Arkib untuk Women

“Ish..Suami kite ni”

Posted in About Cik Mata Hati Je, L.O.L.O.L.O.V.E.L.OV.E with tags , , , , , , on 22/11/2012 by Cik Mata Hati

Bila terlewat bangun pagi dan tergesa-gesa nak pergi kerja, keluar rumah tengok ada orang dah panaskan enjin kereta kita dan bukakan pintu pagar, sambil tersenyum dalam hati ni terusik ‘ish..suami kite ni..”

Bila kereta kotor dan penuh lumpur tapi badan terasa malas nak cuci dan terus masuk tidur. Esoknya ada orang sudah cucikan kereta, sambil tersenyum dalam hati terlintas “ish..suami kite ni..”

Bila bukak pintu belakang rumah lepas tu terlupa dan tinggalkan untuk buat kerja lain. Kemudian datang balik untuk kunci tapi ada orang dah tolong kuncikan, sambil tersenyum dalam hati terlintas “ish…suami kite ni..” Teruskan membaca

Advertisements

Copy Paste Blog Org Je : “Anak Ekspress”

Posted in Heh! Copy Paste Blog Orang, L.O.L.O.L.O.V.E.L.OV.E with tags , , , , , , , , on 19/11/2012 by Cik Mata Hati

Baru perasan antara category aku yang paling famous dalam blog ni selain Info-licious iaitu L.O.V.E lama tak diisi. Biasalah dah kawin ni banyak ekspresikan sayang tu jadi takde banyak sangat yang terpendam di hati.

Ilham tulisan sendiri belum sampai, kang curah rasa hati kat sini banyak plak yang termuntah huhu! So copy paste je la. Entri Copy Paste hari ni datangnya dari blog Ariffshah “Anak Ekspress”. Enjoy reading!

“Belajar lima tahun, terpaksa menempuh ribut salji dalam suhu -20 darjah Celsius.Lepas graduate gelabah cari kerja. Jadi yes man kepada orang atas setahun dua sambil kumpul duit gaji. Minimum nak RM20 ribu untuk kahwin sekarang.

Teruskan membaca

Simbol S*ks Di Wajah Perempuan

Posted in Ah! Info-li-cious, Beautylicious with tags , , , on 25/03/2009 by Cik Mata Hati

Bukan satu benda yang asing untuk melihat kebanyakan perempuan di negara Barat yang telah mengubah bentuk tubuh dan wajah mereka. Walaupun tidak banyak sekurang-kurangnya ada satu bahagian pada tubuh dan rupa mereka telah diubah.

Ramai gadis-gadis yang obseskan kecantikan dan menderita inferiority complex memilih untuk melakukan pembedahan plastik kerana ingin digilai masyarakat dan mendapat layanan yang lebih baik.. Bukan itu saja mak nyah – mak nyah yang merubah jantina mereka juga melakukan pembedahan wajah agar kelihatan lebih ‘tulen’ dan ‘lembut ‘

Selain membesarkan buah dada dan inject punggung, bahagian muka juga adalah ’tempat’ favourite untuk dijadikan permainan doktor. Muka, mempunyai kelebihan yang penting untuk menarik pandangan orang tertumpu padanya. Mereka bukan saja ingin menjadikan bahagian ini lebih cantik tetapi pada masa sama mengubahnya menjadi lebih seksi. Erotisnya terletak di muka sehingga berpakaian rapi dan sopan pun masih kelihatan sangat mengghairahkan di mata lelaki.

Berbeza dengan individu yang dikurniakan secara semulajadi features yang erotik pada muka ini, ada yang masih tidak bersyukur dan tidak sedar sebenarnya aset-aset pada wajah mereka itu menjadi idaman perempuan-perempuan yang beauty concious. Di sini ada beberapa bahagian muka yang dikatakan seksi dan menjadi permintaan tertinggi di kalangan mereka yang ingin membuat pembedahan plastik. Antara bahagian erotik yang boleh dilihat pada wajah seorang perempuan adalah:

noryn_aziz2

Tinggi

Apa yang tinggi? Hidung tinggi? Kening tinggi? Oh, jawapannya adalah tulang pipi yang tinggi dan menonjolkan keseluruhan bentuk muka. Selalunya tulang pipi yang tinggi ini menjadi bahan jenaka ramai kerana ia features semulajadi masyarakat indigenous di Malaysia. Namun, tanpa kita sedari tulang pipi inilah yang membuatkan bentuk muka seorang perempuan kelihatan menonjol teramat seksi dan menggiurkan.

Luas

angelina-jolie-1600x1200-02Dahi yang luas dan bersih menjadi sumber “cari makan” bagi seseorang perempuan. Itulah punca mengapa lelaki berhidung belang pantang bertemu dengan dahi licin, asyik nak menggatal je. Disebabkan itu di dalam Islam perempuan diwajibkan bertudung untuk menutup paras dahi yang berlebihan ini dari terdedah pada kalangan lelaki. Dahi yang luas dan sedikit jendul juga menonjolkan keyakinan tinggi dan tahap keagresifannya dalam menggoncangkan iman lelaki.

Sempitqi03

Perkataan ‘sempit’ membawa banyak maksud selain dari ordinary meaningnya sendiri. Sempit juga menunjukkan erotiksism. Jangan terlanjur jauh.. Wajah wanita yang mendominasi carta seksi zaman sekarang adalah yang mempunyai ruang yang pendek dan sempit antara bibir bawah dan dagu. Kebanyakan wanita Asia dianugerahkan raut wajah sebegini dan ditambah pula dengan bibir yang mungil. Wajah sebegini selalu tampak innocent dan naïf pada lelaki-lelaki sehingga selalu dianggap mudah meng ‘iya’ kan sebarang aksi di ranjang.

Terbelah “Philtrum”

00-lee_hyo_ri-it_s_hyorish-kr-2008Bukan terbelah kain, tapi belahan garis yang menyambungkan hidung dan bibir atas. Tanpa disedari erotis di wajah perempuan selalunya berpunca kerana si dia memiliki garisan yang kecil dan jelas di ruang tersebut. Apabila dipandang dari sisi, ia menampakkan kemisterian si gadis sebelum membuka mulut. Lebih-lebih lagi apabila si gadis memuncungkan bibirnya.

Panjang

noradanishSatu lagi simbol seks yang boleh terlihat pada wajah seorang wanita adalah apabila dia mempunyai rahang muka yang panjang tetapi kecil. Orang selalu tersilap antara rahang mulut dan dagu yang panjang. Jarak rahang muka ini boleh dilihat dari telinga ke dagu. Rahang perempuan dan lelaki berbeza di mana rahang seorang perempuan lebih lembut dan tajam. Di situlah terletaknya keayuan dan kelembutan seorang perempuan yang berbeza dengan lelaki yang selalu menonjolkan kejantanannya dengan mempunyai rahang yang lebih pendek. Kelebihannya selalu terdapat pada gadis yang berwajah bujur sirih berbanding yang berwajah bulat.

Sumber : What Makes Women Sexy

P/S: Kalau nak tahu makna “kekuatan sebenar”?, baca sini Kekuatan. Cantik dan seksi bukan taruhan semata-mata. Kalau hati budi tidak elok, cantik pun tak ke mana.

Mengenal Cinta Sejati

Posted in L.O.L.O.L.O.V.E.L.OV.E with tags , on 18/11/2008 by Cik Mata Hati

“Andai dipisah lagu dan irama, lemah tiada bermaya. Hampa…”

agamamuCinta, ibarat irama dan lagu, kumbang dan bunga, ombak dan pantai. Sukar mencari tafsiran yang hampir tepat dengannya.

Ada main-main cinta, cinta monyet, cinta pertama, cinta kilat, cinta sms, dan pelbagai jenis cinta lagi. Bersama menghamparkan harapan supaya cinta sejati lahir dari hubungan yang terbina itu. Yang paling mudah diungkapkan ialah kata-kata cinta tanpa benar-benar memahami ertinya. Ada yang bersama dulu dengan hati yang kosong tapi kemudian tumbuh rasa cinta pada hati masing-masing. Ada yang bercinta tetapi tidak temui cinta dan kebahagiaan dalam hubungannya. Dan, paling kesian apabila telah jatuh cinta tetapi tidak berupaya mengungkapkannya kerana ia menjadi milik orang lain. Macam-macam perihal cinta.

i-love-uFasa remaja-dewasa (18-29 tahun) seperti penulis selalunya menemui teman-teman sekeliling yang sedang mencari cinta untuk dibuat sehidup semati. Di sinilah kebanyakan daripada mereka mula meng”usha” bakal suami dan bakal isteri sebagai teman hidup. Namun, ramai juga yang kecundang di pertengahan jalan dengan hati yang menderita. Malah, ada yang tersangkut dalam keadaan tidakpasti dan musykil dengan hala tuju hubungan. Tiada siapa yang mampu memutuskan sama ada insan yang dipilih adalah cinta sejati atau tidak selagi mereka belum mengenalpasti ciri-cirinya. Memang mudah berkata “I LOVE U” tapi bukan mudah untuk memuntahkannya dari lubuk hati. Cinta sejati tidak perlu dilafaskan kerana impaknya terlalu dalam sehingga rasa cintanya menjadi ketara pada kita.

Cinta perlukan tanggungjawab.

couples-disagreement-need-for-counselingSaya percaya bercinta adalah ketika kita merasakan adanya hubungan  dan rasa tanggungjawab ke atas hubungan itu. Bukannya nak memberi nafkah atau menjadi “suami isteri perasan”, tetapi bertanggungjawab dengan perasaan pasangan. Pencinta sejati tidak akan mudah-mudah berjanji mulut dan kemudian mengingkarinya. Cinta sejati tidak akan mudah-mudah dilepaskan dan akan terus diperjuangkan. Ia akan menyebabkan kita menjadi individu yang bertanggungjawab kepada kata-kata, janji, perbuatan dan harapan yang diberikan pada pasangan. Tak adelah dengan A cakap Wo Ai Ni, dengan B pula cakap I Lap U.. Kalau cakap saja cinta tapi masing-masing buat ikut suka hati tanpa memikirkan perasaan pasangan, maknanya anda kena menilai baliklah sama ada benar-benar cintai pasangan

Cinta sejati memerlukan kesabaran

imagescano2nol

Cinta haruslah diuji dan dinilai kembali sama ada perasaan itu masih ada dari masa ke semasa. Kalau kenal sejam dah cakap cinta sejati, itu maknanya anda dipanah cinta kilat. Dalam bercinta, ruang untuk rasa bosan tidak harus muncul kerana ia satu proses menyemai dan menyuburkan perasaan dari hari ke hari. Untuk kita tahu bahawa cinta sejati atau tidak, beri peluang pada diri untuk menikmati rasa cinta itu mengikut peringkatnya. Jangan baru kenal seminggu tapi dah berikan semuanya seolah-olah dialah cinta yang teragung. Cinta itu berperingkat dan mempunyai fasa-fasa yang harus dilalui dalam mencapai cinta sejati. Kalau terus terbang ke puncak cinta, kita tak dapat menilai sebarang kecacatan yang ada di kiri kanan jalan. Bila dah terlanjur jauh, sukar pula untuk mencari jalan pulang.

Cinta sejati perlukan kesejatian

love_quotes_graphics_013

SEJATI, atau dalam maksud lain “sebenar, betul, tulen, original, genuine, true, real” dan sebagainya. Jadi, tentunya tiada sedikit pun ruang kepalsuan untuk singgah ke dalam hubungan. Kalau awal-awal lagi status diri pun dah dipalsukan, macam mana anda nak pastikan cintanya jujur buat anda? Yang berpunya cakap solo, manakala yang dah kahwin pula cakap bujang. Saya selalu percaya kalau semua padanya nampak baikkkkk……. je, there must be something wrong somewhere. Sama ada kita sedang ditipu atau kita tidak lagi berpijak di bumi nyata. Persembahkanlah diri anda yang sebenar walau jelik mana pun sebab di situlah boleh melihat sejauhmana dia hendak bersama kita. Kalau dia benar-benar menyintai kita, semua yang buruk pada diri kita itulah terbaik buatnya. Padanya…, kekuranganmu menyempurnakan hidupku!! Oleh sebab itu, jika nanti anda sudah tidak cantik, dah beranak sampai 16 orang, dah botak gondol, dah papa kedana pun, dia tidak akan meninggalkan anda.

Cinta sejati perlukan kebebasan, tapi kebebasan terkawal.

love53

Ini adalah salah satu pelantar bagi kesejatian cinta. Lepaskan dia untuk bernafas dan mengasihimu dengan caranya yang tersendiri. Kalau awal-awal lagi dah mengongkong, mengekor ke hulu hilir, mencengkam privasi pasangan sehingga dia tidak dapat bernafas, bagaimana anda nak berinya ruang untuk menghargai anda? Bebaskan dia untuk anda melihat segala belang-belangnya. Yelah, di depan kita pijak semut pun tak mati. Kawal dia dengan kebahagian dan kasih sayang anda dan ini akan membutakannya dari mencari kebahagiaan lain di luar sana. Kalaulah baru sekejap berpisah, si dia sudah pandai bercumbu dengan orang lain…nampak sangatlah cinta anda tiada nilai padanya.

Cinta sejati milik Tuhan Yang Esa.gse_multipart261241

Maka, dalam bercinta bagai nak rak pun jangan lupa untuk mendapat keberkatan dari Nya. Dialah pemegang hakmilik asal rasa cinta yang penuh nikmat itu. Kalau benar cinta sejati, maka muktamadkannya dengan perkahwinan. Kalau tidak, itu bukanlah cinta sejati kerana cinta yang sebenar hanyalah untuk suami atau isteri yang hakiki. Jika anda mempunyai keimanan dan kerohanian yang kuat, anda akan redha dengan ketentuanNya ke atas cinta anda. Percayalah, cinta sejati mendekatkan kita padaNya, bukan menjauhkan. Wallahualam.

AbdullahAmran Official Page

When Left-Brained Starts Writing