Arkib untuk tips to deal with haters

Busuk Hati, Cemburu atau Paranoid? Part 2

Posted in Heh! Copy Paste Blog Orang, Inspira-tious with tags , , , , on 10/11/2012 by Cik Mata Hati

Ni sambungan post Busuk Hati, Cemburu atau Paranod? Part 1.

Panjang sangat nak tarbiahkan pasal depa ni. Sampai aku kena pecahkan post hari tu into two. Di sini i want to thank all my 301 followers! Kalau nak follow Ilanism sila tengok right bar dan klik follow! Okay guys, silalah tweet yang ini pulak! Huhu!

Mari kita tengok apa pulak kata Dr Irfan Khairi.

“Nasihat saya adalah untuk bersyukur sekiranya ini terjadi.” Bersyukur? Dr Irfan sudah buang tebiat ke?

Pertama sekali, ketahui bahawa, sekiranya ada orang iri hati dengan kita, ia adalah tanda-tanda awal bahawa kita sudah keluar dari kepompong kesederhanaan.

Di dunia, hanya 5% sahaja masyarakat yang berusaha keluar daripada kepompong kesederhanaan. 95% akan berasa selesa dengan keadaan sementara.

Tiada masalah sekiranya anda selesa dengan keadaan sementara anda, tetapi, yang menjadi masalah adalah golongan yang tidak selesa dengan mereka yang 5% tersebut.

Teruskan membaca

Advertisements

Busuk Hati, Cemburu atau Paranoid? Part 1

Posted in Heh! Copy Paste Blog Orang, Inspira-tious, Rohani-cious with tags , , , , , , , , on 05/11/2012 by Cik Mata Hati

Ada orang cakap, “Bau busuk bangkai binatang kita boleh hidu, bau busuk hati manusia, susah kita nak hidu.” dari penyataan tersebut boleh kita simpulkan, untuk mengenal manusia berhati busuk adalah amat sukar, namun dengan pengalaman hidup, ianya tidak mustahil.

Sumber Di Sini Busuk Hati.

Rasa iri hati selalunya orang samakan dengan rasa cemburu, padahal terdapat perbezaan yang ketara antara rasa iri dan rasa cemburu.

Sebagai contoh, saya akan bawakan satu situasi yang mana mereka yang terlibat merasa iri.

Andai kata pada waktu ini, jiran anda baru sahaja membeli sebuah kereta baru model Mitsubishi Lancer Evolution X manakala anda sehingga ke saat ini masih lagi belum mampu walaupun untuk membeli sebuah motosikal.

Lepas je anda tau berita ini, anda mula rasa kurang senang dan anda menunjukkan tanda-tanda yang anda kurang gembira dengan apa yang jiran anda miliki tersebut.

Dalam keadaan tersebut anda sebenarnya merasa iri hati.. bukannya cemburu.

So masa bila pulak kita akan rasa cemburu?

Kita akan rasa cemburu bila kita berdepan dengan situasi macam ni. Pada satu hari kita terlihat isteri kita (bagi yang belum berkahwin, gantikan dengan teman wanita) berbual-bual dengan seorang lelaki yang kita tak kenali. Dari lenggok tubuh dan gaya percakapan pada waktu kita terlihat mereka berbual dengan mesra sekali.

Selepas tu timbul pulak perasaan kurang senang bila kita terlihat adegan-adegan tersebut berlaku didepan mata kita. Ha.. pada waktu ni lah kita sebenarnya diserang rasa cemburu. Tak sama ye dengan iri hati. Perbezaannya terletak pada status ‘benda’ atau ‘objek’ yang menjadikan kita rasa kurang senang hati tersebut.

Kalau rasa kurang senang hati tu berpunca daripada objek yang bukannya milik kita.. itu maknanya kita rasa iri hati. Tetapi kalau objek tersebut sememangnya milik kita dan kita merasa kurang senang dek kerana sebab-sebab yang tertentu, pada waktu itu lah kita dikatakan merasa cemburu.

Rasanya semua dah faham kan perbezaan antara rasa cemburu dan rasa iri hati?

Baiklah, sekarang kita beralih pulak dengan penyakit seterusnya iaitu dengki. Dengki ni biasanya berpunca dari rasa sakit hati dan iri hati yang melampau. Kita ambik balik situasi yang pertama iaitu situasi dimana jiran kita baru je beli kereta baru model Mitsubishi Evolution Lancer X.

Kalau pada waktu yang sama kita kata dalam hati..

Harap-harap dia mati accident dengan kereta baru dia tu..

Pada waktu tu kita dikatakan sebagai dengki dengan pencapaian jiran kita tu tadi. Sebenarnya kita dikatakan dengki apabila kita bertindak ataupun melakukan sesuatu yang mampu untuk mengubah dan mencacatkan kondisi barangan atau objek yang menyebabkan kita merasa sakit hati.

Antara cemburu, iri hati dan dengki.. agak-agaknya mana satu yang lebih bahaya?

Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Surah An-Nisaa’ ayat 32

Ambil pengajaran daripada ayat diatas dan sedar bahawa setiap orang ada bahagian masing-masing dari rezeki yang Allah kurniakan pada kita. Sabreehussin.

Sambungan Busuk Hati, Cemburu dan Paranoid di post yang seterusnya Part 2. 

Panjang sangat pasal orang-orang yang iri hati ni sampai dedicated two posts about it.

See what i’m writing about you on the next ‘episode’..

Copy Paste Blog Orang Je Sebab Malas Taip

Posted in Heh! Copy Paste Blog Orang, Inspira-tious with tags , , , , , , on 05/11/2012 by Cik Mata Hati

Menghadapi masalah sama seperti Hanis Zalikha.

Ini copy paste dari blog beliau.

“Inilah follow-up entry nak memanjangkan cerita. Kan I was telling you how my lidah tak coordinate dengan niat jahat, jadi dia selalu taknak tolong I dalam situasi yang memerlukan I menipu. Sobs. Sebenarnya bukan lidah saja yang begini. Tangan pon same. Hari tuh teman Liana Khairul pergi gym sebab dia boleh bawak satu guest on weekend.
Pastu orang counter tuh suruh lah I isi nombor talipon (supaya dia boleh kacau setiap 3jam nak paksa join membership gym dia). Bisikan hati dah warning-warning, tangannnn, kau better tulis nombor tipu. Tukarkan digit 0 kepada 3, tukarkannnn! Pastu tangan degil oh, sampai bisikan hati jadi jeritan batinku pon dia taknak ikut. Dia tulis juga nombor talipon yang betul. Sigh.
Mama selalu kata “Hish, Hanis nih tak reti nak tipu”. Eh merungut plak mak aku nih, bukan ke nilai murni tu? Sebab kalau dia merajuk ngan Daddy dia takleh harapkan I nak komplot sekali. Contohnya,“Nanti cakap je kat Daddy, Mama tengah tidur” “Ha? Nak cakap camner?” “Cakap jelah, ikut jelah ayat tuh” “Tapi Mama tak tidur” “Eh ko ni…”
 
I don’t think my honesty is a problem (eventhough it clearly has not helped me in some situations). Kadang-kadang memang ada niat nak menipu tapi yelah, susah jugak kalau lidah ngan tangan aku nih ni ada mind of its own -_- .
Tapi dah memang jenis yang tak menipu or berselindung-selindung. Walaupun sampai jejaskan kredibiliti sendiri, “Weh kau kat ne” “Jap aku baru nak pakai seluar”. Malangnya orang yang terlalu jujur sebenarnya ada satu masalah yang psychologically kita panggil perceptual distortion khususnya ‘projection‘, di mana dia ingat semua orang jujur cam dia. Senang kena tipu.
Kehampaan bila dia kena tipu, tak sama dengan orang lain sebab dia first, dia tak expect. Secondly, dia tak paham. Dia rasa “Why would anybody lieeeeeeee?”
 
“When you tell the truth, it becomes a part of your past.
When you lie, it becomes a part of your future”
P/s: Kalau nak tahu lebih click sini —->>> “Kategori Orang Bercakap”

Tanda-tanda Anda Sangat Famous

Posted in Ah! Info-li-cious, Funnyricious with tags , , , , , , on 31/10/2012 by Cik Mata Hati

Famous? Popular? Terkenal?

Maksud perkataan terkenal adalah noted; famous; well-known.
Anda rasa diri popular? Semua orang bercakap tentang anda? Malah orang-orang yang tidak kenali anda kini mahu mengenali anda dan tercari-cari siapakah diri anda. Anda tidak akan sedar anda famous selagi tanda-tanda ini tidak terjadi pada diri anda.

Tanda-tanda anda dikenali ramai adalah :

1. Orang buat status Facebook pasal anda.

Punyalah berjuta mahkluk Tuhan gunakan Facebook ciptaan Zuckerberg, tapi dalam ramai-ramai tu anda juga yang dimasukkan dalam status facebook orang lain.

Yang paling penting orang yang memasukkan dan menggunakan tenaganya untuk menaip nama anda ini bukanlah kekasih anda, emak atau ayah yang panggil anda balik kampung di hari raya dengan status “@Ilani bila nak balik raya?”, kawan-kawan baik yang buat status hang-out seperti “With @ilani, @ahmad and @Labu Kuncil di SACC makan bihun”, bukan kawan rapat pun tetapi mereka yang tak pernah rapat dan ada yang tak pernah bersua muka pun.

Malah orang berinteraksi dan gigih menghebahkan serta berkongsi perkembangan khabar berita terbaru anda kepada ramai orang .

Itu tandanya anda sangat famous.

Haha. Ada tanda ni?

2. Orang menulis blog/buku/ SMS/Whatsapp/BBM pasal anda.

Pasal anda kahwin, anda putus cinta, kucing anda beranak, kereta baru yang anda beli, semua benda orang tulis mengenai anda kerana ramai yang ingin tahu,

Semua orang ada blog zaman sekarang ni. Dan siapalah diri kita untuk orang sebut-sebut dan serukan dalam blog mereka yang tentunya dilayari oleh beribu pelayar internet di muka bumi ini.

Siapalah diri kita ini untuk dimasukkan sekali ke dalam lembaran blog mereka tersebut. Tetapi anda lain, anda tersangatlah famous sehingga nama, keluarga, watak, karakter, latar belakang, pekerjaan, perniagaan, quotes dan sebagainya mengenai anda disebut-sebut di dalam blog mereka.

Tidak cukup dengan itu mereka menyebut mengenai anda dalam SMS, Whatsapp, BBM mereka. Begitu kuat pengaruh anda sehingga diangkat sebegitu tinggi.

Penulis-penulis blog seperti Irfan Khairi, Bill Rancic, Tun Mahathir dan sebagainya suka memetik nama-nama orang yang dikenali atau berkaitan secara langsung atau tidak langsung dalam sejarah hidup mereka dalam blog mereka, anda juga tergolong dalam kategori ini jika nama anda dinyatakan dalam blog sama ada hentam, suka, puji atau apa-apa je la.

Ya, anda famous jika nama anda dipetik dan diberi perhatian oleh mereka.

3. Orang buat trending Twitter mengenai anda.

Ala yang hash tag tu. Seperti trending  “#Ab yang ku rindui.” merata-rata di dalam dunia twitter. Kalau setakat nama anda saja tu hanya famous biasa.

Tapi kalau orang sampai tiru kata-kata yang anda keluarkan, menjadi inspirasi buat mereka sehingga menjadi trending di sekitar dunia Twitter mereka, maksudnya anda TERAMATLAH famous! Sampaikan quote, statement atau ayat yang anda keluarkan memberi kesan yang mendalam kepada orang sehingga diikuti ramai.

Tahniah, bukan mudah untuk meninggalkan kesan yang mendalam kepada seseorang. Ini bermakna anda telah mencapai tahap yang tertinggi iaitu mempunyai keyakinan yang sangat tinggi untuk mempengaruhi mereka ke atas pilihan status Twitter mereka.

Ia lebih hebat bila anda tidak melakukan apa-apa untuk mempunyai pengaruh yang sedemikian ramai.

4. Statistik Blog/Facebook/Website/Twitter anda tinggi

Ini memang secara statistiknya membuktikan pengaruh anda yang sangat kuat sehingga bila anda tutup sebentar akaun-akaun ini, ramai orang yang meracau dan hilang arah kerana merindui anda.

Kalau anda tutup Facebook sejam, mereka cari di WordPress, dan kalau anda tutup pula WordPress, mereka mencari pula di Twitter.

Sampai sanggup stalk anda di mana saja anda berada termasuklah di Google search. Sehinggakan sekadar melihat nama anda yang telah diprint screen saja sudah cukup melepaskan rindu dendam mereka pada anda.

Bersyukurlah kerana anda disayangi ramai. Tidak ramai orang boleh meninggalkan impak yang sungguh hebat ke atas kehidupan orang sehingga mereka sasau dan meracau jika tidak mendapat khabar berita dari anda walaupun sehari.

5. Orang download/print screen/bookmark atau save berita mengenai anda.

Macam ini dah tahap famous melampau. Selalunya kalau orang baca suratkhabar lama, bila sudah lapuk, kita akan recycle pada Apek jual paper naik van tu.

Tapi ni, sampai sanggup download gambar anda, print screen tulisan anda, bookmark dan kerat berita mengenai anda. Ini memang membuktikan anda terSANGATlah famous!

Mereka ternanti-nanti bila saja anda mengupdate status terbaru dan memburu berita sensasi mengenai anda. Dan, bila tidak dapat, mereka sanggup mereka-rekanya untuk memenuhi keinginan delusi mereka terhadap anda.

6. Orang menyamar untuk berkawan dengan anda

Biasalah, orang-orang yang terkenal ni ramai nak keliling.

Bila orang meminati anda, banyak perkara gila yang mereka boleh lakukan untuk mendekati anda. Termasuklah buat akaun palsu dan menyamar untuk berkawan dengan anda.

Masa tu anda jangan terperanjat melihat sebegitu ramai orang-orang yang tidak mempunyai profile picture, atau orang yang baru membuat akaun 5 minit lalu telah beratur untuk “add” anda di Facebook, whatsapp, BBM, dan juga telefon anda di tempat kerja.

Perkara gila macam ini adalah perkara biasa untuk orang famous.

7. Orang mengorek sejarah-sejarah lampau anda.

Bila mereka tidak dapat berkawan rapat dengan anda, apa langkah alternatif yang mereka mampu lakukan selain cuba berkawan dan berhubung dengan boyfren, mak, ayah, kakak, adik, abang anda pula.

Mereka cuba mengorek cerita mengenai anda dan juga sejarah lampau anda jika anda yang kotor bolehlah mereka gosipkan bersama. Biasalah, anda famous.

Di mana anda beli seluar dalam pun orang nak tahu!

Jangan hairan kalau kisah dulu-dulu semasa darjah 1 turut mereka ketahui lebih arif daripada anda sendiri.

8. Orang mahu interview & mahu tahu khabar berita TERPERINCI mengenai anda SETIAP MASA.

Tak kiralah temuduga dalam suratkhabar ke, soalan dalam blog ke, personal message ke, sidang akhbar ke, analisis fakta ke, peminat-peminat anda akan bertanyakan macam-macam dari perkara remeh sehinggalah besar daripada anda sendiri.

Malah kalau ada reunion pun, nama anda juga yang disebut oleh pensyarah atau guru tersebut seperti “Eh, si polan tu tak datang ke. Ape citer die ek? Lama saya tak dengar pasal dia”

Orang mahu tahu pasal anda. Khabar berita anda. Dah kawin ke belum, dah mengandung ke belum, dah mengandung berapa kali, dah sambung belajar ke belum, dah ada berapa anak, duduk kat mana, kereta berapa bijik, dah bagi ayam makan ke belum.

Masa itu sedialah menjawab. Sape suruh famous kan. Nanti kalau tak jaga hati peminat, ramai plak yang lari.

Hahaha!

9. Orang mahu ikut jejak langkah anda.

Kalau sebelum ni, semua orang nak buat perkara yang kebiasaan tapi bukan perkara yang betul. Bila tiba-tiba anda yang muncul dengan perkara yang betul luar dari kebiasaan, masa tu mulalah ramai yang cuba nak mengikut. Macam peminat fanatik. Mereka akan perhatikan setiap langkah, gaya dan cara idola mereka dan mahu tiru gaya hidup mereka.

Begitulah yang akan dilakukan oleh mereka yang meminati anda. Anda akan mendapati ramai yang akan meniru gaya anda menulis, meniru kata-kata anda, gaya hidup anda, pilihan hidup anda, dan seumpamanya.

Apa yang anda dapat, mereka juga ingin dapatkan. Tak kiralah dari segi mana pun. Sama ada baik atau pun buruk. Cakap saja apa-apa, esok meletop semua orang COPY PASTE apa yang anda cakap!

Kalau macam ini, ternyata anda SANGAT famous!

10. Orang share apa yang anda buat.

Kalau nak tahu anda famous ke tidak, tunggulah seminit lepas anda publish sesebuah post/gambar pasti ada yang baca dan share pada yang lain dengan pantasnya.

Kalau just bagitahu biasa-biasa tu tak ada ape, tapi kalau sampai copy paste link tu maksudnya anda SANGAT famous!

Ini antara tanda-tanda OBVIOUS sekiranya anda famous yang teramat.  Kalau anda anda tanda-tanda ini, akuilah anda sangat famous!! Just embrace and don’t deny it! Enjoy populariti ini sementara ade!

Bukan semua orang boleh jadi someone’s top favourite! Selagi anda tak mengganggu hidup orang lain dan tidak lari dari norma hukum agama dan alam, tak payah kisah la kalau tiba-tiba menjadi SANGAT famous! Hidup sebagai orang ‘paymes’ ni, letih kalau nak puaskan hati semua orang!

=)

P/s : Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba makan satay Kajang lagi best……

Yahoo! : Cara Hilangkan Stress!!

Posted in Ah! Info-li-cious, Heh! Copy Paste Blog Orang with tags , , , , , on 29/03/2009 by Cik Mata Hati

Tentu antara kita semua pernah berasa stress dan tension menyiapkan kerja-kerja yang berlambak. Pada masa sama tentunya bertambah stress buat yang berjauhan dari yang tersayang kerana merantau dan tiada tempat mengadu.  Okey-okey, jangan stress-stress dulu. Di sini, Yahoo! Health Expert for Women’s Health berikan beberapa cara untuk menghilangkan stress diubah dengan ayat saya ;

Dengar Laguhouse-shape-radio-21594259919

Gi amik walkman, gi pasang radio, gi bukak playlist Winamp kat laptop, kalau tak cukup gi pinjam radio antic Atuk yang simpan dalam stor tu. Mendengar lagu yang slow dan relax bukan frenetic akan menyebabkan brain waves to keep time and relax you- research from a music symposium at Stanford University in California reports. Load your iPod with a playlist of the songs that make you happiest.

Hubungi Kawan-kawancalling

Tak payah simpan masalah sorang-sorang, yang mendengar tu nanti setan je. Pergi topup kredit atau bayar bil dan call kawan-kawan yang rapat atau tidak rapat (nak call ex pun takpe jugak) dan tanyalah khabar mereka. Meluahkan masalah dan mendengar masalah orang lain membuatkan kita berasa diri normal.

Exercise sikit!exercise

Exercising for 30 minutes makes your body release chemicals that dull the physiological effects of stress response for up to a full day. But the effect only works when the activity is something you really want to do, so make sure you’re psyched about channeling your energy in that cardiovascular direction. Meh menari gelek seperti artikel—>>>Tarian Gelek, Tembusi Rahsia Wanita!!

Gunakan lampu yang lebih baik2820208740_f4a2747ffc1

Outfit your office lamp with an incandescent bulb, particularly if your cubicle is brightened by fluorescent lights. Incandescent and fluorescent lights work together to more closely mimic outside light. And it’s sunshine (or the perception of it) that regulates the body’s biorhythms. Kurang cahaya luar rumah akan memberi kesan pada hormon anda, menurunkan system imun badan dan meningkatkan kebarangkalian mood swings, tekanan dan meragam.

Manjakan Diri Sendiri

Bila lagi nak merasa urutan Jawa, sambil kuku di’pedicure’, pakai masker timun dan air Tropicana ais kat sebelah. Giving yourself special treatment reduces your blood pressure and gets your mind off what’s bothering you. Science supports this coping mechanism as well: A warm bath can activate neurons that increase serotonin, and a study from Bowling Green State University in Ohio found that a 15-minute massage can significantly cut anxiety levels. Not up for a splurge? Get the same effect from an at-home pedicure, manicure or blowout.

Candlelight Dinner

1399156280_7f0b3678f9Haa..ape kata ajaklah orang yang tersayang untuk makan spesel di luar pula? Tak apelah kalau tak dapat makan di hotel, asalkan kedai Seafood dengan lilin dalam piring kecik tu pun jadi. Masing-masing pakai lawa-lawa sperti kembali ke zaman berdating balik. The effect won’t just make you look gorgeous. Setting makanan yang romantic dan baru itu memnri signal kepada otak untuk mengeluarkan melatonin yang menggalakkan hormone tidur untuk tidur yang lebih lena. And catching enough zzz’s helps keep your stress levels under control and your immune system humming.

Bermanja dengan yang tersayang

lucky_kisses_by_kirayashaAmiklah masa 20, 10 minit untuk peluk atau at least beri kiss kat pipi pada orang yang tersayang. Untuk yang dah berkahwin, hubungan seks akan dapat mengeluarkan lebih banyak hormone yang menenangkan jiwa. A simple 20-second kiss or hug increases endorphin levels, while having sex releases more calming hormones than any other form of sex play, researchers at the University of the West of Scotland at Paisley note.

Menulis Jurnal

Tulislah rutin seharian anda untuk mengetahui apa puncanya anda menjadi stress. Bila ada masa lapang kembali menyemak calendar anda yang lepas untuk anda spotcheck tekanan yang menimpa. A study in the Journal of Health Psychology finds that a mere month of expressive writing can help reduce hypertension. Keep a pretty notebook handy at all times.

Rancang sesuatu yang mengujakan

Carilah apa-apa benda yang mampu membuatkan anda tersenyum dan bersemangat untuk pergi bekerja setiap hari. The point is to look forward to something each day, whether it’s enjoying your morning java or counting down to an exotic vacation. Practicing this will keep your mind from focusing on what could go wrong that day. Ala..amik gambar banyak-banyak kat tempat-tempat menarik, mesti hati gumbira bila tengok gambar lawa-lawa dan baru.

Tunjukkan Saat-saat menarik pada orangilani4

Tape up pictures of three amazing days you’ve experienced, such as dancing at your wedding or crossing the finish line of a half-marathon. Honing in on the images for at least 10 seconds can lower muscle tension and stabilize your heartbeat. Amik je gambar masa-masa sedang bersukaria atau pun kumpul gambar yang menarik cam gambar hiasan di sebelah ni.  Hehe!Have fun like you dun care!

Ambil hati orang lain

Go on, pay a compliment to someone deserving. Research has shown that the more warm personal connections you make, the better your body is at jettisoning the effects of stress.

P/s: Tidak mudah stress, rahsia jiwa muda! huhu! Ketahui di sini—>> “Beza Bandung dan Bali”

AbdullahAmran Official Page

When Left-Brained Starts Writing