Arkib untuk Mutiara Kata

10 Mutiara Kata Untuk Orang Malas & Orang Yg Sabar

Posted in Quoete-licious with tags , , on 12/11/2012 by Cik Mata Hati

1. “Lidah orang pemalas, tidak pernah malas” – Thomas Fuller

2. “Sesiapa tidak pernah kisah dengan perutnya, dia sangat kisah dengan hal yang lain” – Samuel Johnson Teruskan membaca

10 Mutiara Kata Pecinta

Posted in Quoete-licious with tags , , , , , , on 13/01/2011 by Cik Mata Hati

Saya ada terjumpa sebuah buku yang mengandungi 7000 Mutiara Kata daripada ahli-ahli philosophy seluruh dunia. Di sini saya list down kata-kata pepatah favourite saya!

1. “Cinta tidak menyedari kedalamannya hinggalah menjelang saat perpisahan” – Khalil Gibran

2. “Apabila semua lelaki tahu fikiran wanita, mereka menjadi 25 kali lebih berani” – Alfonso Karr

3. “Seorang suami yang bijaksana, serupa dengan nakhoda kapal semasa angin ribut, dia menurunkan layar, menunggu, berharap , sedangkan angin ribut bukan penghalang baginya supaya tetap mencintai laut” – Andre Maurios

4. “Biasanya orang percaya cinta pertama itu adalah cinta terakhir, namun cinta terakhir itulah adalah cinta pertama bagi memasuki alam perkahwinan” – Sidney Smith

5. “Pelajaran paling penting dalam hidup adalah memahami orang tolol pun kadang-kadang bersikap bijaksana” – Winston Churchill

6. “Di Amerika, Presidennya memerintah selama empat tahun, akhbar memerintah selama-lamanya” – Oscar Wilde

7. “Sifat pelupa yang agung adalah melupakan segala sesuatu yang menyakiti” – David Simmons

8. “Seorang lelaki lebih berasa bahagia bersama wanita yang tidak dicintainya” – Oscar Wilde

9. “Orang yang lemah ragu-ragu sebelum mengambil keputusan, orang yang kuat akan ragu-ragu selepas itu” – Karl Krauss

10. “Sejak adanya dunia ini, lelaki menyempurnakan banyak hal tetapi wanita hanya selalu berusaha menyempurnakan satu hal sahaja, iaitu dirinya sendiri”- Henri Meilhac

Kategori Orang Bercakap

Posted in Ah! Info-li-cious, Rohani-cious with tags , , , on 02/05/2009 by Cik Mata Hati

Anda tergolong dalam kategori mana ketika bercakap? Orang yang bercakap mempunyai tujuan yang berbeza beza. Dan boleh di kategorikan seperti berikut:

  1. Golongan cakap orang merapu
  2. Golongan orang peramah
  3. Golongan kaki cakap
  4. Golongan cakap sebagai pejuang
  5. Golongan cakap orang politik
  6. Golongan cakap orang pendiam
  7. Golongan cakap orang sombong
  8. Golongan cakap orang biasa
  9. Golongan cakap cakap nak perdaya
  10. Golongan petah bercakap
  11. Golongan cakap hendak tunjuk pandai
  12. Golongan cakap cakap kotor dan lucah
  13. Golongan cakap suka memaki

Bagaimana pula dengan teknik dan intonasi ketika bercakap? Mengikut Wasiat ke-7 Al-Banna, Fahri Abdullah al-Masri, Imam Hasan al-Banna mengatakan “Jangan bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kita”.

Percakapan yang nyaring dan kuat banyak mengundang masalah seperti mengundang kemarahan orang dan menyuburkan takbur di hati para penceramah dan pendakwah itu sendiri. Dalam hal ini, seorang bapa yang bijaksana, Luqman al-Hakim menasihatkan anak-anaknya sebagai berikut:-

“Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata) , sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.”[Luqman: 19]

Justeru, menjadi tanggungjawab ibu bapa menasihatkan anak-anak mereka agar tidak meninggikan suara ketika berbual bersama teman-temannya.

dg4bjxd_484c5hbpwhf_b2Ini kerana, hal meninggikan suara itu boleh menimbulkan pergaduhan. Hal kesantunan bicara ini turut disentuh dalam buku bertajuk Cinta Di Rumah Hasan Al-Banna yang memperihalkan kehidupan rumahtangga Al-Banna sendiri.

Di dalam satu bab, pernah dikupas perihal tiadanya suara-suara yang keras dan nyaring dalam keluarga beliau.

Semua ini menunjukkan bahawa Hasan al-Banna telah merintis jalan teori dan melaksanakan amalinya dalam keluarganya sendiri. Maka di sini, al-Banna benar-benar telah menjadikan wasiat Luqman al-Hakim itu sebagai panduannya.

Sikap nabi-nabi yang bersikap lemah-lembut kepada pihak yang didakwah juga patut diberikan perhatian.

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat) , dan kalau engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentu mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. [Ali Imran:159]

Demikian juga ketika diperintahkan kepada Musa a.s dan Harun a.s untuk berdepan dengan kezaliman Fir’aun.

“Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut.” [Taha: 44]

Jangan nyaring berwirid Malah dalam hal yang berkaitan dengan wirid, ratib dan zikir sekali pun, Allah s.w.t menyeru kita supaya meratibkannya dengan rendah dan tidak nyaring.

Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggarp  erintahnya) , dan dengan tidak pula menyaringkan suara pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai. [Al-‘Araaf: 205]

– Taman Syurga Yahoo Groups

Selain dari di atas ada peringkat peringkat yang bercakap ialah:

  1. Bercakap perkara yang perlu sahaja
  2. Bercakap yang terpaksa
  3. Bercakap kerana kewajiban
  4. Tidak suka bercakap
  5. Bercakap yang sengaja di sukat kerana menjaga status
  6. Bercakap yang menggoda. – http://hembusan-amal.blogspot.com/

Selamat Bercakap!

AbdullahAmran Official Page

When Left-Brained Starts Writing