Arkib untuk Laws

Statistik Anak Luar Nikah Di Malaysia (2000-2007)

Posted in Ah! Info-li-cious, Inspira-tious, L.O.L.O.L.O.V.E.L.OV.E, Rohani-cious with tags , on 13/01/2009 by Cik Mata Hati

Saya ada terbaca mengenai Statistik Anak Luar Nikah di Malaysia dalam ruangan Motivasi bersama Dr HM Tuah Iskandar al-Haj bertajuk “Wahai Gadis, Usahlah Terlalu Murah” dalam Mingguan Wanita keluaran 9-15 Januari 2009.

downloadhh

Mengikut pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara dari tahun 2000-2007, ada sebanyak 257,411 sijil kelahiran yang didaftarkan tanpa dicatatkan nama bapa.

Ia dikeluarkan sedemikian rupa sebab anak-anak berkenaan tidak mempunyai sah taraf atau anak luar nikah.

Ia juga telah disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika menjawab soalan lisan R. Sivarasa (PKR Subang) semasa sesi soal jawab Dewan Rakyat pada 29hb Oktober 2008 untuk mengesahkan perkara ini.

Kata beliau, selaras dengan peruntukan Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 atau Akta 229, yang tidak membenarkan pendaftar mencatat nama bapa pada sijil kelahiran bagi anak-anak tidak sah taraf atau luar nikah kecuali atas permintaan bersama ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa.

Bagi saya angka yang melebihi 200 ribu dalam masa tujuh tahun yang singkat itu adalah cukup banyak. Itu tidak termasuk dengan anak luar nikah yang dibenarkan didaftar di bawah nama orang yang mengaku ayah atas dasar persetujuan bersama. Mungkin ada langkag-langkah pencegahan yang boleh saya cadangkan?

A.Langkah-langkah menjauhi kelahiran anak luar nikah:

Jangan buat seks luar nikah dan seks bebas, jadi tak adalah peluang nak buat anak kan?

  1. Kalau gatal sangat nak buat, belajar pendidikan seks untuk melakukannya dengan selamat.

B.   Bagaimana cara nak elakkan seks bebas dan seks luar nikah?

  1. Bernikah. Nanti dapatlah anak dalam nikah. Betul tak?
  2. Tak payah jumpa or keluar bersosial dengan bukan muhrim terlalu banyak. Jadi pendedahan dengan orang asing akan berkurangan.
  3. Masih boleh terdedah dengan dunia luar jika pandai mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti menulis blog, membaca dan memancing. Bukan merempit atau berdisko.
  4. Ibu bapa perlu beri perhatian dan kasih sayang pada anak-anak sebab anak yang kekurangan kasih sayang akan menagih kasih sayang yang melampau-lampau dari orang asing. Pegang dan sentuh anak di hati, insyaallah di mana saja dia berada, kasih sayang ibu bapa akan dikenangi.
  5. Pilihlah kawan yang baik-baik, pergaulan yang sihat, persekitaran yang ‘bersih’ dan terkawal. Ni kalau semua kawan terlalu bebas dan bermasalah, lama-lama iman yang kuat pun boleh terhakis. Environment sangat penting!!

C.         Bagaimana kalau dikecam untuk berpisah jika jarang bertemu kekasih?

  1. Berpisahlah dan cari pasangan yang baik, yang kurang gatal, yang setia, dan paling penting tidak membuatkan kita lalai dengan tanggungjawab kita. Carilah pasangan yang berkemampuan untuk menghubungi anda di telefon, sms, mms, 3G dan apa saja method lain sekiranya tidak bertemu. Jikalau tidak, dia sekurang-kurangnya mampu merancang pertemuan yang penuh tatasusila dan berhemah.

Ini akan membawa kepada beberapa kesan:

  1. Apabila dia seorang yang baik dan memahami, dia boleh menerima dengan redha (tanpa buat perangai) apabila anda tidak mahu selalu bertemu dengannya selagi belum menjadi pasangan yang sah. Ini baik untuk jangka masa panjang!
  2. Meningkatkan kreativiti anda kerana dapat merancang pertemuan-pertemuan yang lebih bertatasusila daripada sekadar bertemu di atas katil, belakang tangga atau dalam kereta.
  3. Dia akan cepat-cepat nak jadikan anda pasangannya yang sah sebab dia tahu anda seorang insan yang baik dan beriman yang masih setia walaupun pasangan jauh dari mata dan pada masa sama tak tahan lagi menanggung rindu. Kalaulah masa bercinta hari-hari dia dah ‘dapat’, dia tak heran pun nak jadikan anda pasangan yang sah. Iyalah, tak jadi laki bini pun dah rasa, hurm.baik tak payah kahwin.

D.         Anda tak boleh buat jugak sebab pasangan tidak macam itu dan anda sendiri bosan jika kurang bertemu?

  1. Carilah yang baik seumpama itu, if not tak payah bercinta Lagipun, tak berbaloi pun untuk kamu teruskan dengan pasangan yang sedia ada sebab asyik-asyik nak jumpa atas katil je. Perangai di luar katil kamu langsung tak tahu. Macam mana nak buat laki or bini?
  2. Tambah pengetahuan dan tingkatkan kematangan dalam ilmu bercinta, ilmu kekeluargaan dan ilmu agama, barulah anda dapat mengubah status hubungan daripada “teman tidur” kepada “teman hidup”
  3. Ubahlah diri sendiri dulu sebelum hendak mengubah pasangan. Lelaki yang baik untuk perempuan baik, dan begitulah sebaliknya.

Kesimpulannya, hanya anda mampu mengubahnya!! Ini sekadar my suggestion, anda boleh fikirkan cara lain yang memadai dengan cara anda!!

AbdullahAmran Official Page

When Left-Brained Starts Writing