Arkib untuk jenis-jenis printer

The Real Ilanicious~~

Posted in About Cik Mata Hati Je, Ilanicious, News + Issues with tags , , , on 10/11/2012 by Cik Mata Hati

Inilah Ilanicious yang menjadi hot topic baru-baru ini and this is what i’m work on other than serving the country.

This is my passion. Tulis satu statement or quotes yang come to my mind or from people with great ideas and decorate with beautiful design before print atas baju t.

Yelah, aku ni kan pandai bercakap and menulis, apa orang kata “Pedas gitew”. So, y don’t i use it for something good. Eventho just cut pendek-pendek untuk muatkan dalam baju.

Senang citer i jual STATEMENT T-SHIRT!

Then i arrange them mengikut category. This is where uols can choose any design that you like from Dis-Regards-Cious – design untuk orang-orang yang outspoken, Funnyricious – Design yang funny and sarcastic la of kos, Inspira-tious : Design to inspired others, Bold-d’licious – design yang focus pada six colours yang vibrant and many more!! Oh ya, Couple T-Shirt pun ade ya!

Sume ade “Cious” di belakang, sebab…. suka hati aku lah design aku..hahaha! Tak tak.. sebab..

Ilanicious came from my name combined with the words “Vicious” & “Gorgeous“. Vicious means to do things that deliberately wild & daring but still looking preciously GORGEOUS! ! We help you to being bold.. “quietly”.. =)

Nak mintak custom made design by your own choice pun boleh sebab kami do all the printing ourselves not with any printing company.

Lecehlah sikit-sikit nak print kena que kat printing company isi voucher and whatsoever, print 1000x darab 3ringggit dah berapa lepas tu yang kaya tu depa. So senang citer kami beli terus printer besar gedabak tu letak kat outlet pastu anytime uols nak cakap je, kami click and print. Wahh! SONANGGGG!

I consider this job as my full time job because menda-menda arts ni waktu tengah lepak-lepak tengok tv pun kalau dah datang idea kena cepat-cepat curahkan atas kertas.

The best thing is that I can do something that i really believe in.

For me you can be bold, but you don’t have to be mean in order to do that.

Being bold with style.

You don’t have to be outgoing, willing to do anything to keep up with the crowd, and take part in whatever seemed ‘cool’ at the time to show that you are loud and aggressive. In order to be bold, it has to come from a different place.

It has to come from our strong sense of self-belief, and a view that we don’t have to impress anyone than ourselves in order to love ourselves. Boldness comes from a strong self-belief that we can overcome any limits, and that we can choose to live our lives regardless of what anyone else says.

Loudness comes from a limited self-belief that we must put on a front and try to impress everyone with our wit and dominant socialising.

For us, this ‘other’ way was more appealing. We could say what we wanted but at the same time does not hurt others. We could live our life by our own rules, and not feel that we had to conform to anyone else.

It is not just any art but it is an art to shows who we are and what we truly believes.

That’s ILANICIOUS.

And thats who i am.

Ramai juga yang tanya kami guna teknik printing fabric yang mana satu. Yela part printing ni kan core of the bussiness jugak, salah guna teknik rosakkk sume kejadian tshirt!

“Printing ni pakai ape? Silkscreen or heat press sebab kalau heat press tak tahan lama kan”.

Oh sayang, jangan tersilap yer. Kami tak guna teknik heat press machine for our clothes.

Okay, mula-mula biar i terangkan kat sini apa teknik printing yang available dalam dunia ni untuk print baju. Jangan pi guna printer korang print assignment tu atas baju. Karang tunggu sampai kucing tumbuh tanduk pun tak ade apa kat baju kau tu!

3 yang paling major and common dalam dunia percetakan tekstil ni selain batik, ialah Screen Printing, Heat Transfer Machine dan paling latest DTG Direct to Garment Printing.

1. Silkscreen/Screen Printing

Percetakan skrin, atau sutera saringan, adalah kaedah yang paling popular untuk mencetak t-shirt. Proses percetakan skrin menawarkan pengeluaran kelajuan dan kos-efektif, warna-warna cerah, dan cetakan tahan lama.

Screen printing is done basically by using, quite obviously, a screen which filters the ink into the areas that are meant to be printed upon. Non-permeable material is used to create a stencil which is the negative of the intended image. The ink then seeps only into the areas without the permeable material, therefore creating a controlled outcome.

So, kalau nak lukisan abstrak dan berbeza-beza agak susah sebab skrin baru hendaklah dipotong dan dibentuk untuk mencetak. Namun, printing ni sesuai untuk medium yang besar sebab skrin tu boleh cetak banyak kali secara berterusan.

Harga di Malaysia dalam RM8,000 ke atas.

2. Heat Transfer Printing

Printing cara ni mudah je. Yang uols tengok ada jual set kat DIY dalam RM2,000 – 3,600 untuk print baju, cawan, polimer, keychain dan etc. Murah kerana ia dilakukan dengan menggunakan haba untuk memindahkan imej dari kertas pembawa (transfer paper) ke kain di baju. Haba pada tekanan dikenakan ke atas kertas pembawa untuk memindahkan dakwat dari permukaan kertas kepada permukaan baju t.

jadi kena print atas kertas dulu gambar yang korang nak lepas tu letak kat heat press yang macam iron ni dan gambar tu akan alih ke baju korang. Tapi jangan tak tahu bila dah kena transfer transfer ni, masalahnya bukan 100% warna dan gambar yang korang print dalam kertas tu akan keluar atas baju.

Kelemahannya, hanya certain type of baju je boleh digunakan dengan hasil yang cantik macam PVC and CVC. Kalau cotton memang warnanya tak cantik. Namun, printing ini sesuai untuk yang medium kecil dan sederhana.

3. Direct to Garment Printing

Ni teknologi yang paling latest dalam dunia percetakan tekstil. Macam camera, teknologi yang paling baru diperkenalkan mestilah paling mahal dan rabak duit pokat kau untuk membayarnya. Tapi, berbaloi sebab this is done like how a conventional ink jet printing is done.

Just like the way paper gets printed on by a normal inkjet printer, the t shirt also gets printed on directly by a specialized printer to create the image. The advantage of this method is that it has more color variations than t shirt screen printing and it has a faster turn around time.

Ia sesuai untuk medium sederhana dan besar. Ink permaneant and fixing texture.

Tapi disadvantagenyer, di Malaysia teknologi ni belum sampai. Printer yang kecik macam kita print kat rumah tu paling murah jual di Malaysia adalah RM29,000 dan mencecah ratusan ribu, di Malaysia ada yang jual RM100,000 kat Impression Tech sebab import dari Australia. Tu belum campur ink 1 colour 100USD. Kalau 6 colours?

So teka mana satu printer kami? Huhu!

Jawapannya pada post yang seterusnya.

Kami akan upload video printer yang kami gunakan.

Jeng jeng jeng!

Place your order now by sending email to ilanicious@ymail.com/ sent personal message to our Facebook Ilanicious / call us at this no: 05-5469775.

Be Brave and wear your own statement T-shirt today.

P/s : All the reporter tak bertauliah.. cepatlah..cepat tweet pasal kami ni cepat! Pretty pls =)

Advertisements

Busuk Hati, Cemburu atau Paranoid? Part 1

Posted in Heh! Copy Paste Blog Orang, Inspira-tious, Rohani-cious with tags , , , , , , , , on 05/11/2012 by Cik Mata Hati

Ada orang cakap, “Bau busuk bangkai binatang kita boleh hidu, bau busuk hati manusia, susah kita nak hidu.” dari penyataan tersebut boleh kita simpulkan, untuk mengenal manusia berhati busuk adalah amat sukar, namun dengan pengalaman hidup, ianya tidak mustahil.

Sumber Di Sini Busuk Hati.

Rasa iri hati selalunya orang samakan dengan rasa cemburu, padahal terdapat perbezaan yang ketara antara rasa iri dan rasa cemburu.

Sebagai contoh, saya akan bawakan satu situasi yang mana mereka yang terlibat merasa iri.

Andai kata pada waktu ini, jiran anda baru sahaja membeli sebuah kereta baru model Mitsubishi Lancer Evolution X manakala anda sehingga ke saat ini masih lagi belum mampu walaupun untuk membeli sebuah motosikal.

Lepas je anda tau berita ini, anda mula rasa kurang senang dan anda menunjukkan tanda-tanda yang anda kurang gembira dengan apa yang jiran anda miliki tersebut.

Dalam keadaan tersebut anda sebenarnya merasa iri hati.. bukannya cemburu.

So masa bila pulak kita akan rasa cemburu?

Kita akan rasa cemburu bila kita berdepan dengan situasi macam ni. Pada satu hari kita terlihat isteri kita (bagi yang belum berkahwin, gantikan dengan teman wanita) berbual-bual dengan seorang lelaki yang kita tak kenali. Dari lenggok tubuh dan gaya percakapan pada waktu kita terlihat mereka berbual dengan mesra sekali.

Selepas tu timbul pulak perasaan kurang senang bila kita terlihat adegan-adegan tersebut berlaku didepan mata kita. Ha.. pada waktu ni lah kita sebenarnya diserang rasa cemburu. Tak sama ye dengan iri hati. Perbezaannya terletak pada status ‘benda’ atau ‘objek’ yang menjadikan kita rasa kurang senang hati tersebut.

Kalau rasa kurang senang hati tu berpunca daripada objek yang bukannya milik kita.. itu maknanya kita rasa iri hati. Tetapi kalau objek tersebut sememangnya milik kita dan kita merasa kurang senang dek kerana sebab-sebab yang tertentu, pada waktu itu lah kita dikatakan merasa cemburu.

Rasanya semua dah faham kan perbezaan antara rasa cemburu dan rasa iri hati?

Baiklah, sekarang kita beralih pulak dengan penyakit seterusnya iaitu dengki. Dengki ni biasanya berpunca dari rasa sakit hati dan iri hati yang melampau. Kita ambik balik situasi yang pertama iaitu situasi dimana jiran kita baru je beli kereta baru model Mitsubishi Evolution Lancer X.

Kalau pada waktu yang sama kita kata dalam hati..

Harap-harap dia mati accident dengan kereta baru dia tu..

Pada waktu tu kita dikatakan sebagai dengki dengan pencapaian jiran kita tu tadi. Sebenarnya kita dikatakan dengki apabila kita bertindak ataupun melakukan sesuatu yang mampu untuk mengubah dan mencacatkan kondisi barangan atau objek yang menyebabkan kita merasa sakit hati.

Antara cemburu, iri hati dan dengki.. agak-agaknya mana satu yang lebih bahaya?

Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Surah An-Nisaa’ ayat 32

Ambil pengajaran daripada ayat diatas dan sedar bahawa setiap orang ada bahagian masing-masing dari rezeki yang Allah kurniakan pada kita. Sabreehussin.

Sambungan Busuk Hati, Cemburu dan Paranoid di post yang seterusnya Part 2. 

Panjang sangat pasal orang-orang yang iri hati ni sampai dedicated two posts about it.

See what i’m writing about you on the next ‘episode’..

AbdullahAmran Official Page

When Left-Brained Starts Writing

%d bloggers like this: