Arkib untuk Gays

Kalaulah Saya Bukan perempuan, Tentunya Saya Lelaki Lembut!

Posted in Inspira-tious with tags , , , on 12/10/2008 by Cik Mata Hati

Hello, saya menjawab telefon.

Suara saya yang serak-serak basah ini bertambah serak dan garau dengan demam selesema. Lagi-lagi baru terjaga dari tidur sebab dikejutkan oleh panggilan dari mana entah pukul 5 setengah pagi ini.

Ermm..sapa ini?!!”, suara seorang lelaki di hujung talian.

“Haaa..awak nak cari siapa ini?”, tutur saya dengan nada terkejut, tapi keayuan masih lagi maintain.

“Ni laki ke perempuan?”, tanyanya pada saya.

Saya terkejut dan jawab “perempuan lah takkan laki kot” dengan suara saya yang masih garau tu.

“Eh, tak la. Takkan suara perempuan camni. Hehehehehe Mak nyah ek?”, sambil dia tergelak-gelak kecil.

Dalam hati saya “aku sepak jugak mamat ni, dah la ganggu aku pagi-pagi!!”.

Wan I_ _ _ _ ada tak?”, katanya pada saya sambil dia cuba nak memperkenalkan diri. Bila disuruh beritahu nama dia buat main-main lak sambil berkali-kali tak percaya yang dia bercakap dengan perempuan tulen. Dia ingat saya ini mak nyah ke apa??

“Dah la, awak pegi tidolah!”, dengan suara yang agak tegas sebelum saya matikan hanfon. Sorilah beb, saya ini pantang sikit kalau tidur diganggu. Iyalah, tahap kepekaan dan sensitiviti tu tinggi sangat. Sikit kilauan lampu, bunyi tv, saya dah boleh terjaga. Kalau nak terlelap punyalah payah, macam-macam condition yang kena fulfill dulu. Jadi, sekali dapat terlelap memang saya pulun tidur betul-betul.

shave

Tapi, hari ini kita bukan nak bincangkan pasal tidur. Saya terfikir macam manalah agaknya kalau saya ini bukan perempuan. Ala…tak bestnyerrrrrrr. Kena kumpul kening tebal-tebal tak boleh cabut dah, lagi lebat..lagi macho! Tak boleh dah nak pakai lipstick, euw pondan ke apa? Tiap-tiap pagi kena sibuk cukur misai or janggut sebelum pegi kelas. Apa lagi yang laki buat ek? Oh ya..selisih sesama kawan lelaki lepas itu mengusik nak sentuh alat sulit kawan. Euwww.. (I had saw that!!) Lepas itu, seriously saya tak boleh lagi menangis di khalayak semasa ceramah sedang tayang video Jasa Bonda yang tunjukkan pengorbanan mak ayah atau tengok gambar-gambar pengguguran bayi. Nanti orang cakap, eee mamat ini menangis mengalahkan perempuan! Apa lagi yang kena saya korbankan?

Tolonglah..ingat best sangat ke jadi laki! Lagi-lagi lelaki melayu zaman sekarang ini banyak yang lembik-lembik. Ketahanan pun kurang! Bila kita jual mahal sikit dia cakap “saya takutlah mendekati awak, saya fikir banyak perkara dan saya takut nak amik risiko-risiko yang mendatang. Masa depan awak sangat cerah. Saya takut kerana saya masa depan awak jadi gelap”. Pergh..ayat bukan main. Padahal, kiri kanan awek keliling pinggang. Sebelum mengorat kita, tak pernah pula rasa takut. Jadi, lelaki melayu zaman sekarang takut dengan apa? Takut dengan komitmen dan tanggungjawab. Mereka lebih suka seronok-seronok je. Kelelakian bagi mereka kalau buat gurl yang disayangi menangis kerana dia, dapat tukar-tukar awek dan apabila perempuan tergedik-gedik padanya.

171346295_125fc60536

Lepas itu masa bulan puasa, lembiknya mengalahkan orang perempuan yang mengandung 9 bulan. Terlonggok ramai-ramai kat bawah gerai, sambil terhendap-hendap takut kena serbu tengah makan di waktu siang. Lemah! Punyalah dulu Hang Tuah dan Hang-hang lain pertahankan bumi Melaka dan berjuang untuk anak bangsa dengan penuh keberanian. Apabila cukup yakin bangsanya nanti kuat dan berani sepertinya, Hang Tuah pun ghoyak “Takkan Melayu hilang di dunia”, berdiri segak di hadapan ramai. Lelaki sekarang? Bila dah buntingkan anak dara orang, terus lesap tanpa khabar berita. Langsung tak berani nak berdepan dengan masalah yang dibuatnya.


mencry1

Jadi normallah kalau zaman sekarang ramai lelaki yang nak jadi perempuan. Ala, sensitive dan lembut macam perempuan tak semestinya mereka nak bercinta sesama jenis juga. Contohnya, Aznil Haji Nawawi dan Chef Wan. Tolak tepi mereka-mereka yang gay itu. Sekarang saya sedang bercakap tentang lelaki-lelaki lembut yang secara semulajadi memang begitu. Lebih baik jadi begini, dari jadi lelaki berhati kering yang buang masa dan habiskan duit mak bapak dengan benda-benda tak berfaedah. Ada masa melepak dengan motor, lepas itu cari perempuan untuk dirosakkan. Saya rasa lelaki macam ini baik mati muda sebab main motor, dari hidup ke tua asyik main perempuan!!

lovehina_1_10241

Kalaulah saya bukan perempuan, tentunya saya jadi lelaki lembut! Lelaki LEMBUT tak sama   dengan lelaki LEMBIK tau! Lembut-lembut pun tak menyusahkan mak bapak! Kerja rumah pandai, menjahit pandai, memasak, mengandam, dan macam-macam lagilah! Lelaki lembut yer, bukan gay! Agama islam tak benarkan perkahwinan sesama jenis! Paling penting saya (yang dah jadi lelaki lembut) memahami perasaan perempuan dan tak suka-suka hati mempermainkan perasaan mereka.

Memang bukan semua lelaki lembik macam itu, tapi LEBIH RAMAI yang suka, bangga dan mahu jadi macam itu. Patutlah lebih ramai anak dara sekarang prefer jadi anak dara tua dari tersalah pilih dan merana sampai mati. Iyalah, bila dah kahwin dengan lelaki macho tapi hancur itu masalah lain pula yang datang. Kita ini kena menanggung sakit hati kerana melayan perangai mereka yang tak betul tu!

Saya bukan bercakap suka-suka, tapi banyak contoh yang menunjukkan prestasi kaum lelaki yang semakin merundum. Mungkin anda rasa macam di ‘torture’ je dengan kata-kata saya ini, tapi anggaplah ia sebagai cabaran untuk buktikan bahawa kata-kata saya itu tak betul. Saya seorang perempuan yang hampir sejati, dan saya juga pencinta lelaki. Saya seorang yang admirer lelaki dan sentiasa mengharapkan kaum Adam ( bukan Adam kawan Asasi saya) terus menawan hati seluruh wanita dengan kejayaan-kejayaannya. Buat kami terus berkata “wahhhh…machonyerrr die…”. Tolonglah lelaki-lelaki berkualiti, jangan pupus dulu. Tak bermakna hidup kami tanpa “menggilai” anda. Haha!

P/s : Ia salah dan saya akan tetap cakap ia salah. Jangan harap saya akan menipu semata-mata nak sedapkan hati anda. Cukup-cukuplah ego tu!!

AbdullahAmran Official Page

When Left-Brained Starts Writing