Arkib untuk Family

Tips-tips Untuk Berterus-terang!

Posted in Inspira-tious with tags on 10/11/2008 by Cik Mata Hati

“Sorrylah..saya malas nak keluar. Banyak kerja saya nak buat kat rumah”,

kata saya ketika menolak date dengan si pelawa. Kadang-kadang kita berhadapan dengan situasi di mana ia memerlukan kejujuran kita dalam bersuara dan ada situasi di mana kita perlu diamkan diri sahaja. Di sinilah kita harus memainkan peranan yang betul.

Nanti terlepas cakap, takut buat orang terasa lak. Tapi, kalau terkurang cakap, isi hati kita tak sampai. Takut nanti lain pula yang difahaminya. Sebenarnya cara penyampaian kita jugak boleh diadun dan digubah dalam meyampaikan maksud kita. Kita kan orang Melayu yang penuh dengan adab dan sopan. Bila bercakap kita kena menjaga tata tertibnya. Ini di antara cara mudah untuk bersuara :

1.  Mulakan dengan kemesraan

Untuk menyampaikan maksud asal, kita mulakan dulu dengan menggunakan topik lain. Kita dedahkan individu itu dengan hal-hal lain yang menarik perhatiannya sebelum lebih menjurus kepada hal yang mahu kita sampaikan. Dengan bahasa tubuh yang amat selesa dan perbualan yang rancak, kita menyampaikan maksud yang kita datang sebagai kawan bukan lawan.

th_rites1

Mukadimah yang baik akan menampakkan sama ada si dia bersedia untuk mendengar atau tidak apa yang kita sampaikan.Misalnya kita hendak bertanya arah jalan pada makcik yang menjual goreng pisang di tepi jalan, kita mulakan dengan “Wah laku betul goreng pisang mak cik hari ini ya”, apabila dibalas dengan bahasa tubuh yang baik baru kita mula bertanya “Makcik, saya sebenarnya dah sesat ni, boleh tak tunjukkan jalan ke….” Jika respons tidak baik, maka kita tangguhkan saja niat itu.

2. Perkataan yang sedap didengar dan molek

words

Dalam satu ayat yang sama, kita memilih perkataan yang orang tidak akan terasa atau berkecil hati. Misalnya, “kau ni busuklah” dan ubah ia kepada “kau ni setiap kali lepas mandi wangi betul. Aku pun suka nak duduk dekat. Wangi betuul! Rexona ek?”.Bila orang yang mendengar mula respon baru kita beritahu maksud kita yang sebenar seperti : “Ohh bukan Rexona ek? Tapi kan, Rexona memang sangat bagus untuk perempuan yang aktif sukan macam kita ini.” Dengan ini, niat kita untuk menegur nampak kabur di matanya dan kelihatan seperti kita hendak berkongsi pengalaman.

3. Nada suara yang rendah dengan mimik muka yang tenang.

comeynyee

Nada suara yang lembut dan wajah yang tenang, kita boleh mencairkan pihak lawan. Seolah-olah kita datang untuk berdamai dan bukan untuk menyerangnya. Kita bercakap sesuatu yang sensitif tetapi di telinga orang ia seolah-olah sesuatu perkara yang rasional untuk difikirkan. Kalau kita bercakap dengan emosional, nanti kita akan dianggap membuat tuduhan melulu tanpa mengkaji kata-kata yang dikeluarkan. Misalnya “kamu ni pemalas betullah, satu kerja pun tak boleh buat” dengan nada yang sangat garang dan maki hamun. Orang yang mendengar hanya akan bertambah marah dan menganggap kita nak cari pasal. Satu apa kita cakap pun takkan masuk!.Cuba kalau cakap baik-baik, tentu kesannya lebih kuat di ingatannya. Sebab orang bila naik marah, dia tak berapa ingat apa yang sedang berlaku.

4. Berkongsi pengalaman

3699296235Misalnya (diambil dari contoh kedua) “Dulu tak ada siapa nak dekat dengan saya sebab bau busuk dengan peluh. Kawan-kawan mana nak cakap takut kita terasa kan? Tapi, lepas guna Rexona, masalah bau badan tak ada lagi” Orang yang mendengar akan lebih yakin dengan penyampaian kita kerana melihat sendiri contoh subjek itu di depan mata. Dia akan lebih faham apa yang cuba kita sampaikan. Malah, dia akan sedar yang kita bukan bercakap atas dasar suka-suka tapi untuk menegurnya kerana apa yang dilakukannya itu berlawanan dengan norma kehidupan.

5. Cari persamaan dengan subjekbumi-only

Secara psikologi, kita lebih mudah ‘ngam’ dengan orang yang ada persamaan dengan kita daripada orang yang sangat asing. Misalnya, kita membeli sayur di pasar malam. Kalau kita bercakap dengan dialek yang sama dengan penjual sayur itu, mesra dan ramah, kita lebih berpotensi untuk mendapat harga yang lebih murah atau percuma barangan lain. Begitu juga dalam berterus-terang, cari persamaan antara anda dan subjek. Beritahu padanya tentang persamaan ini. Misalnya ketika sedang di ‘interview’, si penemuduga mengatakan dia berasal dari Kedah jadi katakan “Oh mak saya pun berasal dari situ”, percayalah penyampaian anda menjadi lebih mudah.

6. Berhemah dan rasional

minimalistic_desperation_by_jonyboy135

Selepas anda sudah menunjukkan persamaan antara anda dan dia, sudah mesra, maka katakan isi hati anda dengan sangat brhemah. Jangan terus menyerang subjek dengan melulu. Misalnya “eh, bila ko nak bayar balik hutang aku minggu lepas tu??!” Sepatutnya kita katakan begini “sekarang ni banyak betul duit nak guna kan? Nak beli itu, beli ini, lagi-lagi masa harga minyak dah naik ini. Kucing eden kat rumah tu pun asyik makan nasi ngan kicap je, dah lama tak merasa ikan..eden tak mampu nak belinyo. Anak-anak pula baru nak masuk belajar,hurm..kalau boleh eden nak guna duit yang eden bagi pinjam kat ekau mggu lepas tu.” Dengan cara begini, hubungan anda dengan dia pun tidaklah terjejas. Iya lah, hidup ini bagaikan roda, hari ini kita buat orang, esok lusa mungkin kita akan perlukan bantuan dia pula.

Jadi, berterus-terang bukanlah satu masalah bukan?  Asalkan suara hati anda dapat didengar olah orang lain. Jangan pula sampai terlepas cakap! Seperti kata pepatah, “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan merana” Pandai-pandailah membawa diri ya.


Advertisements

Rokok : Teman Kala Kebodohan Menyerang

Posted in Beautylicious, Inspira-tious, Quoete-licious with tags , , , , , , on 30/08/2008 by Cik Mata Hati

Waktu-waktu saya tertekan saya nyalakan sebatang rokok, dan bila tekanan tu semakin mencucuk-cucuk urat serebelum saya bakar lagi sebatang. Alangkah sedapnya saya rasa apabila asap rokok membakar paru-paru saya dan saya biarkan ia meresap ke urat-urat dan menjadi darah daging saya. Nanti anak yang bakal saya lahirkan pun dah menjadi ‘pewaris-pewaris’ plumbum dan tar yang ada dalam darah saya.

36e378b47cc99f3c

Rokok adalah teman yang saya cintai di kala saya diserang kebodohan mengenangkan kekasih saya yang merajuk dan tak mahu melayan panggilan telefon untuk saya meminta maaf. Rokok adalah teman ketika saya buntu memikirkan harga minyak yang naik 78 sen akhir-akhir ini. Ahh!! saya buntu nak cari duit lebih tapi di saat saya buntu dan kemiskinan saya bakar sebatang rokok lagi. Bodoh ke saya?? Tidak lah!! Saya sanggup mengisi minyak setakat 2 ringgit 50 sen hasil kutipan duit-duit syiling dalam kereta asalkan saya dapat membeli sekotak rokok Gudang Garam lagi. Saya bukan buta huruf dan boleh membaca dengan jelas bahawa ‘rokok itu membahayakan kesihatan’ tertera pada kotak rokok dengan jelasnya.

p7t1_long_effect

Walaupun saya tahu dengan jelas bahaya rokok yang bakal mengundang seperti kanser tekak, mati pucuk, sakit jantung dan sebagainya yang sudah muak untuk saya nyatakan lagi.

Ahh..bingit telinga saya mendengar ibu saya berleter lagi!!

Saya lebih rela putus cinta dari bercerai dengan rokok!

Perpisahan antara saya dengan rokok sangat memeritkan sehingga saya boleh menggeletar kedua-dua kepala lutut sebab merinduinya.

Saya tiada selera makan selagi saya tak dapat rokok sebatang lagi.

Pernah saya cuba berhenti tapi tekak terasa loya dan saya muntah-muntah.

Ternyata rokok adalah pengubat untuk saya sihat dan peneman tiap kali saya bangun tidur.

Tolong jangan pisahkan ‘cinta hati ‘ saya!! Rokok!! Rokok!! dan Rokok! Buatkan saya teringat satu pantun mengenai ROKOK yang popularnya seantero dunia.


I am PETER STUYVESANT

I have two friends, BENSON and HEDGES

I came from the city of MARLBORO,

In the SALEM high country

I always carry a MILD SEVEN

I rode on a WHITE HORSE

Going to KINGSWAY in KENT

It was LUCKY STRIKE I fell in love

With the daughter of MASTER DUKE

Her name was YSL

We got married by PERILLYS, the priest

We checked in at the house of DUNHILL

And booked into room number 555

I laid her on the bed made of GOLD LEAF

I played with her two MATTERHORNS

When I poked in my ROTHMANS KING SIZE

She cried in delight, “You are a ROUGH RIDER!!!”

You are riding like a mad CAMEL

When I asked her if she is satisfied

She answered “I want MORE!!!”

Then suddenly she turned around and asked me if I want to

enter her GUDANG GARAM.

She said… depan belakang puas, Barula..

Hua..Hua..Hua…. Tengok,faymes kan ‘kekasih’ sy ni.. Bertambahhhhhhh syg la sy..
Bodoh kan post ni?? Memanglah, di kala kebodohan menyerang saya nyalakan sebatang rokok lagi..

P/s : Ini hanyalah satu SINDIRAN pada perokok-perokok di luar sana. Penulis sendiri tidak pernah merasai rokok dan belum pernah berkeinginan merasainya.

AbdullahAmran Official Page

When Left-Brained Starts Writing