Arkib untuk Couples

Copy Paste Blog Org Je : “Anak Ekspress”

Posted in Heh! Copy Paste Blog Orang, L.O.L.O.L.O.V.E.L.OV.E with tags , , , , , , , , on 19/11/2012 by Cik Mata Hati

Baru perasan antara category aku yang paling famous dalam blog ni selain Info-licious iaitu L.O.V.E lama tak diisi. Biasalah dah kawin ni banyak ekspresikan sayang tu jadi takde banyak sangat yang terpendam di hati.

Ilham tulisan sendiri belum sampai, kang curah rasa hati kat sini banyak plak yang termuntah huhu! So copy paste je la. Entri Copy Paste hari ni datangnya dari blog Ariffshah “Anak Ekspress”. Enjoy reading!

“Belajar lima tahun, terpaksa menempuh ribut salji dalam suhu -20 darjah Celsius.Lepas graduate gelabah cari kerja. Jadi yes man kepada orang atas setahun dua sambil kumpul duit gaji. Minimum nak RM20 ribu untuk kahwin sekarang.

Teruskan membaca

Statistik Perceraian dan Perkahwinan Pasangan Islam di Malaysia!

Posted in Ah! Info-li-cious, L.O.L.O.L.O.V.E.L.OV.E, Rohani-cious with tags , , , , on 18/09/2008 by Cik Mata Hati

Statistik perceraian yang diberikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di akhbar Harian Metro sangat mengejutkan. Ini kerana ia makin meningkat berbanding tahun-tahun yang sebelumnya. Mengikut laporan ini jumlah perceraian pada tahun 2007 adalah 20,259 kes berbanding 131,086 perkahwinan. Bagi tempoh sehari pula, lebih daripada 56 perceraian dan 359 perkahwinan berlangsung.

Di setiap negeri pula, dilaporkan perceraian paling tinggi didaftarkan oleh negeri Selangor dengan 3,722 kes (dah agak pun) diikuti Kelantan sebanyak (2,257), Kedah (2,188), Johor(1,931), Perak (1,551), Terengganu– yang dikatakan janda teramai di Malaysia di tangga keenam dengan (1,537), Pahang (1,502), Kuala Lumpur (1,141), Sabah (924), Pulau Pinang (917), Sarawak (910), Negeri Sembilan (907), Melaka (758), Perlis (247) dan Labuan (37)

maternal_instinctsDikatakan punca krisis rumahtangga ini adalah kerana tidak serasi, kecurangan,poligami, kerenah dan campur tangan keluarga yang keterlaluan, masalah kesihatan pasangan termasuk kesuburan, suami isteri bermain kayu tiga, masalah hutang banyak, masalah ekonomi, pengangguran, peluang kerja terhad, komitmen kerja dan kerjaya yang terlalu tinggi, simptom cemburu buta – kurung pasangan, dan kurangnya didikan moral -penderaan dan pengabaian.

Menurut laporan ini lagi, perkahwinan yang tertinggi pada tahun 2007 dicatatkan oleh negeri Kedahsebanyak 20,889 diikuti sekali lagi di tangga kedua, Kelantansebanyak 17,201, Selangor (14,817) – cerai no 1 kahwin no 3?, Johor(13,241), Perak (11,446), Sabah (9,941), Pahang (9,519), Terengganu (8,953), Sarawak (5,393), Negeri Sembilan (5,151), Pulau Pinang(4,458), Melaka (3,559), Kuala Lumpur (3,538),Perlis(2,484) dan Labuan (486).

1_601440484lSoal rezeki, jodoh, ajal dan yang seumpamanya di tangan yang Esa. Namun seperti yang tertulis di dalam al Quran “Allah tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum, melainkan kaum itu mengubahnya sendiri”. Sehubungan itu,kita tidak boleh dengan mudah-mudah berserah segalanya pada takdir tanpa ingin berusaha. Kebanyakan kes perceraian berlaku kerana pasangan belum cukup persiapan dan bersedia dalam menghayati alam rumah tangga. Berkahwin tanpa arah tuju dengan niat semata-mata kerana nafsu saja tidak akan membawa keharmonian dalam membina masjid.

Ia seperti seorang lelaki yang ingin terjun ke dalam sebuah lubang yang gelap, yang dikatakan mempunyai emas dan intan permata di dalamnya. Lelaki itu terjun ‘blindly’, tanpa sebarang persiapan dan kemungkinan risiko yang menanti lebih tinggi. Bahaya dipatuk ular atau tercedera tidak disedarinya kerana terlalu ingin mengejar ‘kemewahan’ yang diangan-angan. Tapi bandingkan jika lelaki ini terjun dengan memakai helmet, sut keselamatan, bersama lampu suluh dan pisau sebagai persiapan, jika apa-apa yang buruk berlaku dia mempunyai kesempatan untuk mempertahankan diri. Malah, jika dia pulang dari lubang itu dengan tangan kosong pun, dia tidaklah rugi banyak sangat. Paling kurang dia telah berusaha dan barulah berserah. Akhirnya kalau tidak menjadi, penyesalannya tidaklah sedalam mana. Begitulah juga dengan perkahwinan yang dibawa dengan persedian dan persiapan dari sudut agama, mental, fizikal dan pelbagai sudut lain.

AbdullahAmran Official Page

When Left-Brained Starts Writing