Archive for the Rohani-cious Category

Kisah Nabi Ibrahim : Burung atau Cicak?

Posted in Rohani-cious with tags , , , , , on 20/11/2012 by Cik Mata Hati

Berlaku kisah di zaman Nabi Ibrahim semasa Baginda dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulang kali.

Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain yang kehairanan melihat perlakuan burung kecil, lalu bertanya kepada burung kecil itu: “Wahai pipit, apa yang engkau mahu lakukan?” tanya makhluk Allah yang lain.

“Aku mahu membantu Nabi Ibrahim. Aku mahu padamkan api yang membakar Nabi Ibrahim,” jawab burung pipit.

Teruskan membaca

Advertisements

Palestin, Dulu dan Sekarang..Jauh Beza!

Posted in News + Issues, Rohani-cious with tags , , , , on 19/11/2012 by Cik Mata Hati

Beginilah keadaan Palestin  pada tahun 1900 jauh sebelum penjajahan Israel.

Family of Ramallah, Palestine (1900-1910) Teruskan membaca

Peristiwa Ajaib Ketika Perang Di Gaza

Posted in News + Issues, Rohani-cious with tags , , , , on 18/11/2012 by Cik Mata Hati

Pesawat tentera Yahudi mengebom bangunan-bangunan milik kerajaan Hamas, selepas kabinet Israel meluluskan kerahan tenaga tentera simpanan sehingga 75,000 orang sebagai persiapan untuk menceroboh dari arah darat. Teruskan membaca

Tazkirah Pagi Ini : Salam Maal Hijrah 1434 H

Posted in About Cik Mata Hati Je, Rohani-cious with tags , on 15/11/2012 by Cik Mata Hati

Bila-bila rasa tak senang buat kerja rasa nak berhenti nak cari kerja lain ingat dekat orang lain luar sana tu yang takde kerja, menganggur, pergi interview 10 kali tak dapat-dapat..

Bila-bila rasa nak mengumpat orang, cerminlah diri dulu banyak tak lagi kelemahan untuk dibetulkan, perfect sangat ke kita ni untuk judge orang lain, kalau dah tak de kelemahan baru boleh cakap pasal orang lain..tapi tentu ada.

Bila-bila rasa nak makan duit orang, pikirlah kalau orang lain makan harta kita, harta anak kita, harta bapak kita. Mampu ke kita terima dengan rasa bahagia. Kalau tak boleh, baik masak nasi dan makan dengan telur dari makan harta orang lain..

Bila-bila rasa diri miskin, tak ada duit nak makan, nak berjoli macam orang hidup ni hanya di dunia, pikir-pikir orang kat Somalia yang hari-hari minum air lopak dan roti makanan paling mewah.

Bila-bila rasa nak sepak orang sebab rasa dunia ni tak adil, cuba ingat dekat luar sana tu banyak lagi orang yang marah-marah sebab difitnah, dituduh perkara yang mereka tak buat, dianiaya padahal tak bersalah.

Bila-bila rasa nak tuduh orang jahat, banyak buat maksiat, tengok diri kita dulu baik sangat ke nak tuduh orang bukan-bukan. Cukup ke bukti tu. Nak jatuhkan hukuman pada seseorang ibarat sebelah kaki masuk syurga dan sebelah kaki lagi masuk neraka..

Bila-bila rasa macam akhirat nak dekat, cepat-cepatlah amik air semayang dan tunaikan solat. Cukup-cukuplah asik cucuk bintang kat disko dan minum air setan..

Bila-bila rasa waktu dah singkat, banyakkanlah amalan dalam dunia ni untuk dibawa ke dunia satu lagi. Topup dunia banyak dah beli tapi topup di ‘sana’ cukup ke nanti. Tak ade R & R untuk singgah beli bekalan.

Bila-bila rasa banyak berdosa, cubalah belajar untuk insaf dan tak ulangi perbuatan lagi. Asik buat benda sama, kumpul dosa banyak-banyak sampai penat malaikat kiri nak tulis, tak bagi rehat langsung, cukup-cukuplah sudah..

Kerana apabila kau dah terlajak, sukar untuk berundur.

Walau perit mana kau bertahan, semuanya hanya kosong..kosong..

Yang tiba hanyalah hari penghukuman dan balasan…

Masa itu dah terlambat untuk kau berundur!

Jadi..marilah berhijrah ke arah kebaikan!

Salam maal hijrah semua! Semoga tahun ini bermula dengan kegemilangan dan berakhir dengan kecemerlangan oleh kita semua!

Tazkirah “Anak Derhaka” di TV3

Posted in Ah! Info-li-cious, Rohani-cious with tags , , , , on 09/11/2012 by Cik Mata Hati

Topik yang menarik di tazkirah pagi TV3 mengenai “Anak Derhaka”. Antara headlinenyer anak derhaka adalah produk dari ibu bapa yang kurang’memberi’. Hasilnya anak kurang ‘membalas’ atau kedekut apabila sudah dewasa. 

Kita selalu salahkan anak-anak kerana jadi derhaka, tidak ambil berat pasal ibu bapa, biadap, jadi budak jahat dan sebagainya tapi adakah ibu bapa pernah melihat sama ada mereka juga ada melakukan kesilapan dalam membesarkan anak-anak.

Ini dinamakan failed parenting.

Ibu bapa juga manusia biasa mustahil tidak pernah melakukan kesilapan. Namun kesilapan yang lebih teruk apabila mereka tidak mengakui kesilapan mereka dan apabila sudah tersedar anak sudah jauh dari mata, meninggalkan rumah dan keluarga kerana terasa tidak disayangi.

Anak-anak juga mahu disayangi, mahu dipujuk, ditanyakan bagaimana prestasinya di sekolah bukan hanya tunggu report card datang ke tangan, anak-anak juga mahu ibu bapa meluangkan masa untuk mereka,  bukan untuk beri duit belanja semata-mata atau minta duit belanja apabila anak sudah bekerja tetapi untuk berbual-bual. Ibu bapa tempat luahan perasaan apabila anak-anak ada masalah.

Ini sebaliknya pula berlaku apabila baru saja mula hubungi ibu bapa zaman sekarang untuk berbual soalan yang pertama “Duit dah masuk belum?” , “Kerja sekolah dah siap” dan bukannya perkara-perkara yang lebih belas kasihan dan mesra. Terlampau tegas kononnya tak mahu beri muka pada anak.

Kesilapan berlaku apabila ibu bapa mendidik anak tanpa perasaan belas ihsan.  Dr Abdullah Nasih Ulwan menyebut bahawa terdapat anak-anak yang diperlaku dengan perlakuan yang keras sehingga menyebabkan anak-anak tertekan, kecewa, punah harapan dan ada yang membunuh diri.

Tidak dinafikan terdapat ibu bapa yang ‘mendidik’ anak berbekalkan luapan emosi marah tidak terkawal sehingga ada yang memaki hamun, menghina, memukul dan membelasah anak sendiri.  Bahkan kes-kes penderaan anak masih kerap didengari sehingga hari ini.

Ibu bapa tidak sedar yang anak-anak masih berbekas ingatan lebam di peha atau hukuman tidak bagi makan yang menajdi sebahagian pembentukan emosi sampailah bila-bila.

Kekerasan melampau ke atas anak-anak ini membuahkan kekacauan jiwa anak-anak. Hal ini juga ada kaitannya dengan faktor anak-anak enggan berada di rumah. Bagi mereka ‘Rumahku Nerakaku’.  Mereka lebih bahagia dan damai bila berada dengan rakan-rakan, yang kadang-kadang membawa mereka ke kancah kemusnahan kekal.

Bagi si ibu dan bapa, perlu diingat bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berbuat baik kepada anak-anak kerana anak adalah amanah dari Allah. Allah berfirman:

“Sesungguhnya Allah menyuruh menjalankan keadilan, berbuat baik, dan memberi kepada kaum kerabat.” (Surah an-Nahl:90)

SAbda RAsulullah S.A.W:

“Sekiranya Allah inginkan kebaikan bagi sesebuah keluarga, maka diberikan sifat belas kasihan kepada mereka. Dan andainya sifat belas kasihan itu suatu ciptaan (yang boleh dilihat), nescaya semua manusia akan memandangnya sebagai sebaik-baik ciptaan dari Allah. Dan sekiranya kekerasan itu adalah satu ciptaan (yang boleh dilihat), nescaya semua manusia akan memandangnya sebagai seburuk-buruk ciptaan dari Allah.” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi)

Antara kesilapan-kesilapan yang common dilakukan ibu bapa adalah :

1. Jarang bersama anak-anak sewaktu sedang makan.

2. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak. Seperti, anak ketiga berkahwin, ditaja pelbagai-bagai tapi anak lain kahwin satu sen pun tidak dikeluarkan.

3. Sering mengeluh habis duit kerana besarkan anak-anak di depan mereka sendiri seperti. Apalah sangat duit makan,minum, sekolah anak kecil. Bukan mereka pinta dilahirkan ke dunia ini.

4. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah. Ada yang tidak tahu anak ada peperiksaan di sekolah, hari sukan, hari kanak-kanak dan sebagainya.

5. Tidak memprogramkan masa riadah dan rehat anak-anak bersama keluarga.

6. Tidak menunjukkan contoh teladan yang baik di hadapan anak-anak.

7. Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak. Selalu menggunakan medium orang ketiga untuk sampaikan pada anak-anak.

8. Tidak menggunakan bahasa yang betul. Panggil anak bodoh, gila dan maki hamun.

9. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.

10. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak. Pendapat dan buah fikiran anak yang lebih muda diketepikan untuk anak-anak yang lebih dewasa. Lama kelamaan anak-anak berasakan tidak penting dalam kehidupan ibu bapanya dan menarik diri.

Sumber Tazkirah Jumaat

Selain itu ada ibu bapa yang suka membanding-bandingkan anak atau merendahkan kebolehan anak seperti “Ali kau budak lagi kau tahu apa? Kau bukan macam anak Mak Esah yang belajar obersea tu. Pandai, tertib pastu baik pulak tu”, pada Ali yang sudah berusia 25 tahun yang sudah graduate dan bekerja.

Memanglah tidak ade seorang ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka membesar menjadi orang bermasalah atau loser tapi kesan emosi dan psikologi yang ditinggalkan atas kesilapan ibu bapa mendidik anak-anak akan mengubah personaliti seseorang itu dari lembut kepada hati kering.

Sebagai ibu bapa dan bakal ibu bapa, perlu ingat bahawa anak-anak adalah amanah Allah s.w.t. kepada kita untuk dijaga dan dibentuk sebaik-baiknya.  Mereka lahir seperti kain yang putih bersih tanpa sempurna tanpa sebarang cacat celanya.  Kitalah yang mencorakkan dan mewarnakan kain putih itu dengan corak dan warna yang tertentu.  Sebahagian besarnya mengikut acuan yang telah kita sediakan untuk mereka. 

P/s : Lebih bernasib baik =)

AbdullahAmran Official Page

When Left-Brained Starts Writing