Archive for the Heh! Copy Paste Blog Orang Category

Copy Paste Blog Org Je : “Anak Ekspress”

Posted in Heh! Copy Paste Blog Orang, L.O.L.O.L.O.V.E.L.OV.E with tags , , , , , , , , on 19/11/2012 by Cik Mata Hati

Baru perasan antara category aku yang paling famous dalam blog ni selain Info-licious iaitu L.O.V.E lama tak diisi. Biasalah dah kawin ni banyak ekspresikan sayang tu jadi takde banyak sangat yang terpendam di hati.

Ilham tulisan sendiri belum sampai, kang curah rasa hati kat sini banyak plak yang termuntah huhu! So copy paste je la. Entri Copy Paste hari ni datangnya dari blog Ariffshah “Anak Ekspress”. Enjoy reading!

“Belajar lima tahun, terpaksa menempuh ribut salji dalam suhu -20 darjah Celsius.Lepas graduate gelabah cari kerja. Jadi yes man kepada orang atas setahun dua sambil kumpul duit gaji. Minimum nak RM20 ribu untuk kahwin sekarang.

Teruskan membaca

Busuk Hati, Cemburu atau Paranoid? Part 2

Posted in Heh! Copy Paste Blog Orang, Inspira-tious with tags , , , , on 10/11/2012 by Cik Mata Hati

Ni sambungan post Busuk Hati, Cemburu atau Paranod? Part 1.

Panjang sangat nak tarbiahkan pasal depa ni. Sampai aku kena pecahkan post hari tu into two. Di sini i want to thank all my 301 followers! Kalau nak follow Ilanism sila tengok right bar dan klik follow! Okay guys, silalah tweet yang ini pulak! Huhu!

Mari kita tengok apa pulak kata Dr Irfan Khairi.

“Nasihat saya adalah untuk bersyukur sekiranya ini terjadi.” Bersyukur? Dr Irfan sudah buang tebiat ke?

Pertama sekali, ketahui bahawa, sekiranya ada orang iri hati dengan kita, ia adalah tanda-tanda awal bahawa kita sudah keluar dari kepompong kesederhanaan.

Di dunia, hanya 5% sahaja masyarakat yang berusaha keluar daripada kepompong kesederhanaan. 95% akan berasa selesa dengan keadaan sementara.

Tiada masalah sekiranya anda selesa dengan keadaan sementara anda, tetapi, yang menjadi masalah adalah golongan yang tidak selesa dengan mereka yang 5% tersebut.

Teruskan membaca

Busuk Hati, Cemburu atau Paranoid? Part 1

Posted in Heh! Copy Paste Blog Orang, Inspira-tious, Rohani-cious with tags , , , , , , , , on 05/11/2012 by Cik Mata Hati

Ada orang cakap, “Bau busuk bangkai binatang kita boleh hidu, bau busuk hati manusia, susah kita nak hidu.” dari penyataan tersebut boleh kita simpulkan, untuk mengenal manusia berhati busuk adalah amat sukar, namun dengan pengalaman hidup, ianya tidak mustahil.

Sumber Di Sini Busuk Hati.

Rasa iri hati selalunya orang samakan dengan rasa cemburu, padahal terdapat perbezaan yang ketara antara rasa iri dan rasa cemburu.

Sebagai contoh, saya akan bawakan satu situasi yang mana mereka yang terlibat merasa iri.

Andai kata pada waktu ini, jiran anda baru sahaja membeli sebuah kereta baru model Mitsubishi Lancer Evolution X manakala anda sehingga ke saat ini masih lagi belum mampu walaupun untuk membeli sebuah motosikal.

Lepas je anda tau berita ini, anda mula rasa kurang senang dan anda menunjukkan tanda-tanda yang anda kurang gembira dengan apa yang jiran anda miliki tersebut.

Dalam keadaan tersebut anda sebenarnya merasa iri hati.. bukannya cemburu.

So masa bila pulak kita akan rasa cemburu?

Kita akan rasa cemburu bila kita berdepan dengan situasi macam ni. Pada satu hari kita terlihat isteri kita (bagi yang belum berkahwin, gantikan dengan teman wanita) berbual-bual dengan seorang lelaki yang kita tak kenali. Dari lenggok tubuh dan gaya percakapan pada waktu kita terlihat mereka berbual dengan mesra sekali.

Selepas tu timbul pulak perasaan kurang senang bila kita terlihat adegan-adegan tersebut berlaku didepan mata kita. Ha.. pada waktu ni lah kita sebenarnya diserang rasa cemburu. Tak sama ye dengan iri hati. Perbezaannya terletak pada status ‘benda’ atau ‘objek’ yang menjadikan kita rasa kurang senang hati tersebut.

Kalau rasa kurang senang hati tu berpunca daripada objek yang bukannya milik kita.. itu maknanya kita rasa iri hati. Tetapi kalau objek tersebut sememangnya milik kita dan kita merasa kurang senang dek kerana sebab-sebab yang tertentu, pada waktu itu lah kita dikatakan merasa cemburu.

Rasanya semua dah faham kan perbezaan antara rasa cemburu dan rasa iri hati?

Baiklah, sekarang kita beralih pulak dengan penyakit seterusnya iaitu dengki. Dengki ni biasanya berpunca dari rasa sakit hati dan iri hati yang melampau. Kita ambik balik situasi yang pertama iaitu situasi dimana jiran kita baru je beli kereta baru model Mitsubishi Evolution Lancer X.

Kalau pada waktu yang sama kita kata dalam hati..

Harap-harap dia mati accident dengan kereta baru dia tu..

Pada waktu tu kita dikatakan sebagai dengki dengan pencapaian jiran kita tu tadi. Sebenarnya kita dikatakan dengki apabila kita bertindak ataupun melakukan sesuatu yang mampu untuk mengubah dan mencacatkan kondisi barangan atau objek yang menyebabkan kita merasa sakit hati.

Antara cemburu, iri hati dan dengki.. agak-agaknya mana satu yang lebih bahaya?

Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Surah An-Nisaa’ ayat 32

Ambil pengajaran daripada ayat diatas dan sedar bahawa setiap orang ada bahagian masing-masing dari rezeki yang Allah kurniakan pada kita. Sabreehussin.

Sambungan Busuk Hati, Cemburu dan Paranoid di post yang seterusnya Part 2. 

Panjang sangat pasal orang-orang yang iri hati ni sampai dedicated two posts about it.

See what i’m writing about you on the next ‘episode’..

Copy Paste Blog Orang Je Sebab Malas Taip

Posted in Heh! Copy Paste Blog Orang, Inspira-tious with tags , , , , , , on 05/11/2012 by Cik Mata Hati

Menghadapi masalah sama seperti Hanis Zalikha.

Ini copy paste dari blog beliau.

“Inilah follow-up entry nak memanjangkan cerita. Kan I was telling you how my lidah tak coordinate dengan niat jahat, jadi dia selalu taknak tolong I dalam situasi yang memerlukan I menipu. Sobs. Sebenarnya bukan lidah saja yang begini. Tangan pon same. Hari tuh teman Liana Khairul pergi gym sebab dia boleh bawak satu guest on weekend.
Pastu orang counter tuh suruh lah I isi nombor talipon (supaya dia boleh kacau setiap 3jam nak paksa join membership gym dia). Bisikan hati dah warning-warning, tangannnn, kau better tulis nombor tipu. Tukarkan digit 0 kepada 3, tukarkannnn! Pastu tangan degil oh, sampai bisikan hati jadi jeritan batinku pon dia taknak ikut. Dia tulis juga nombor talipon yang betul. Sigh.
Mama selalu kata “Hish, Hanis nih tak reti nak tipu”. Eh merungut plak mak aku nih, bukan ke nilai murni tu? Sebab kalau dia merajuk ngan Daddy dia takleh harapkan I nak komplot sekali. Contohnya,“Nanti cakap je kat Daddy, Mama tengah tidur” “Ha? Nak cakap camner?” “Cakap jelah, ikut jelah ayat tuh” “Tapi Mama tak tidur” “Eh ko ni…”
 
I don’t think my honesty is a problem (eventhough it clearly has not helped me in some situations). Kadang-kadang memang ada niat nak menipu tapi yelah, susah jugak kalau lidah ngan tangan aku nih ni ada mind of its own -_- .
Tapi dah memang jenis yang tak menipu or berselindung-selindung. Walaupun sampai jejaskan kredibiliti sendiri, “Weh kau kat ne” “Jap aku baru nak pakai seluar”. Malangnya orang yang terlalu jujur sebenarnya ada satu masalah yang psychologically kita panggil perceptual distortion khususnya ‘projection‘, di mana dia ingat semua orang jujur cam dia. Senang kena tipu.
Kehampaan bila dia kena tipu, tak sama dengan orang lain sebab dia first, dia tak expect. Secondly, dia tak paham. Dia rasa “Why would anybody lieeeeeeee?”
 
“When you tell the truth, it becomes a part of your past.
When you lie, it becomes a part of your future”
P/s: Kalau nak tahu lebih click sini —->>> “Kategori Orang Bercakap”

Copy Paste Blog Org : “Sehidup Semati”

Posted in Heh! Copy Paste Blog Orang, L.O.L.O.L.O.V.E.L.OV.E, Rohani-cious on 05/06/2012 by Cik Mata Hati

Post ni aku quoted from Farah’s Lee Blog : Very interesting! Same with my concept of ‘sehidup semati’. Teruskan membaca!

“Jangan hanya inginkan lelaki yang baik selagi kita tidak menjadi baik, tetapi jadilah wanita yang baik sehingga kita diinginkan oleh lelaki yang baik.”

     Ayat ni lah yang menjadi topik perbualan aku dan seorang rakan seperjuangan dunia akhirat aku semalam. Macam gatal jugak kan cakap pasal kahwin-kahwin ni. Yela.. Umur baru 21 tahun. Muda lagi, enjoy life dulu la bak kata orang zaman sekarang. Tapi hakikatnya, bermula dari umur muda inilah aku kena fikirkan soal jodoh supaya dapat aku persiapkan diri untuk membina sebuah keluarga yang bahagia (ceewahh..).

     Bagi si adam, tanggungjawab anda selepas berkeluarga sangat besar. Anda diberikan amanah oleh Allah membimbing bukan sahaja isteri tetapi juga anak-anak yang bakal hidup bersama di jalanNya. Jadi, bermula dari usia muda inilah anda perlu melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu Fardhu ain, untuk bekalan bersama hidup di dunia untuk mengejar kebahagiaan di akhirat kelak. Selepas kahwin, dosa isteri dan anak-anak semua bergantung di bahu anda. Baik bimbingan anda, insyaAllah ringanlah bahu anda. Buruk bimbingan anda… (fikir-fikir la sendiri).

     Bagi si hawa pula, anda juga ada tanggungjawab yang besar! Tanggungjawab yang diperlukan sebagai isteri yang patuh kepada suami dan sebagai ibu yang lembut membelai anak-anaknya. Memang tiada dinyatakan tugas untuk menguruskan kerja rumah adalah tugas wanita, tetapi persiapkanlah diri dengan ilmu memasak, mengemas rumah, berhias diri sejajar dengan tugas anda untuk membahagiakan dan meringankan beban suami anda (uik, terasa pulak. ngee..)

    

Tempoh perkenalan yang lama diantara si dara dan si teruna juga bukanlah perkara ‘wajib’ sebelum ke jinjang pelamin. Tempoh ‘berkenal-kenalan’ yang lama hanya mengundang maksiat. Kononnya “Kena la kenal lama-lama dulu, baru boleh tahu sesuai ke tak”. Dalam masa berkenal-kenal mesti la kena keluar dating-dating kan. Pastu nanti datang la kawan rapat kita, Incek Syaitan (bukan nama sebenar) join sekaki.

Pastu ada la kes terlebih kenal sampai buang-buang anak (tahniah, kita berjaya membuat incek syaitan gembira). Mungkin kita takde la sampai buang-buang anak ni, pegang-pegang tangan je (tu pun maksiat jugak lerr). Tup tap tup tap, sebab terlalu kenal ter’clash’ pulak. Dulu cakap nak tau sesuai ke tak, so kalau tak sesuai means boleh terima kenyataan la. Tapi ni tak, bila clash tu ada pulak la yang meraung, menangis 40 hari 40 malam tak dapat terima kenyataan (tahniah lagi sekali sebab incek syaitan sedang melompat-lompat keriangan).

      Kalau kita suka kat seseorang, before ambil keputusan untuk make a move, apa kata kita solat istikarah dulu? Mintak supaya Allah dekatkan dia dengan kita sekiranya dia baik untuk kita, agama kita, dunia kita dan juga akhirat kita. Kita juga kena redha dengan apa jua petunjuk yang diberikan Allah kerana Dialah yang maha mengetahui. Jika ‘seseorang’ itu bukan untuk kita, yakinlah bahawa Allah menyediakan yang lebih baik untuk kita.

Jika ‘seseorang’ itu baik untuk kita, mulalah langkah dengan bertaaruf seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah (Taaruf adalah kegiatan bersilaturahim,  berkenalan bertatap muka, atau bertamu ke rumah seseorang dengan tujuan berkenalan dengan penghuninya), bukan dengan cara berdating yang hanya mengundang maksiat yang menjadi mancis ke lembah api perzinaan. Jika kita ikhlas niat kerana Allah, insyaAllah hubungan kita ini akan mendapat redha yang Esa dan kekal hingga ke anak, cucu, cicit, cicit punya cicit (panjang betul umur).

Read more at Sehidup Semati. 

********************

“Dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.”

[30:21]

AbdullahAmran Official Page

When Left-Brained Starts Writing