Tips Kecantikan Wanita – Estrogen & Progesterone

Ramai wanita cuba kelihatan cantik tetapi kecewa sebab penampilan masih nampak teruk dan tidak terurus. Kenyataannya ramai yang terlupa mengenai sains hormon “kecantikan” yang sebenarnya terdapat sendiri dalam badan seorang wanita.

Hormon wanita terdiri dari dua jenis hormon iaitu Estrogen dan Progesterone which both are mainly produced in the ovaries along with a small quantity of testosterone (androgen – male sex hormone). Terlalu banyak satu hormon atau lain-lain boleh membawa kepada masalah perubatan.

Sebelah kiri gambar wanita mengalami masalah Estrogen Dominance dan  sebelah kanan selepas hormon seimbang

Hormon estrogen dan progesterone ini hendaklah pada paras yang seimbang dalam badan seorang wanita. “Estrogen” tidak wujud dalam badan perempuan sebenarnya. Estrogen adalah satu istilah yang luas yang biasanya digunakan untuk menangani tiga estrogen yang terdapat dalam tubuh manusia. Tiga bentuk estrogen adalah:

E1 Estron

Estradiol E2

E3 estriol

ESTROGEN:

Semua hormon ini dikawal melalui otak iaitu kelenjar hipotalamus dan kelenjar pituitari.

PROGESTERONE:

Pada waktu haid sehinggalah ovulasi, kelenjar  akan mengeluarkan hormon estrogen. Estrogen yang mencukupi inilah akan menyebabkan ovulasi berlaku. Selepas saja proses ovulasi berlaku, corpus luteum yang menyimpan ovum tersebut akan menghasilkan hormon Progesterone.

Hormon progesterone digunakan untuk memberi signal kepada rahim untuk menebal bagi penempelan embrio. Progesteron mengarahkan endometrium untuk mengeluarkan cecair yang kaya dengan nutrien untuk mengekalkan embrio sehingga plasenta mengambil alih.

Jika paras hormon Progesterone menurun, maka dinding rahim akan gugur dan embrio tidak dapat menempel pada dinding rahim. Keguguran berlaku dalam bentuk haid.

Gambar : Apabila hormon progesterone berkurangan, maka hormon estrogen akan dihasilkan melalui kelenjar untuk memulakan haid. Hormon Estrogen yang banyak ini akan memberikan signal kepada otak untuk memulakan simptom-simptom PMS seperti sakit payudara, cramp, migrain, abdominal bloating dan  haid.

Senang citer, kedua-dua hormon hendaklah pada paras seimbang kerana jika berkurangan atau berlebihan akan menyebabkan masalah hormon pada seseorang wanita tersebut.

Kesan-kesan apabila hormon terlebih/tak seimbang seperti:

  • Masalah seksualiti
  • Haid tidak teratur atau lambat datang haid pertama kali
  • Insomnia
  • Masalah kesuburan (kerana tidak mengalami ovulasi)
  • Masalah jerawat
  • Tulang rapuh (untuk wanita menopaus
  • Lebam bawah mata
  • Selalu keletihan sepanjang masa
  • Berat badan naik atau turun mendadak

Kebaikan Estrogen Yang Seimbang:

  • Pembentukan bentuk badan seseorang wanita di awal baligh
  • Kulit yang halus dan cantik
  • Pembentukan payudara yang besar dan tegang
  • Meningkatkan tulang punggung
  • Meratakan warna kulit
  • Melambatkan proses penuaan
  • Menganjalkan kulit kerana ia menghasilkan kolagen semulajadi

Kurangnya hormon estrogen ini akan menyebabkan wanita tersebut “kurang sifat” kewanitaan seperti kurang bentuk badan, kulit kasar, bulu halus di badan dan muka kerana didominasi oleh hormon androgen (hormon lelaki).

Disebabkan itu banyak produk kesihatan ada menjual bahan-bahan untuk menambah hormon estrogen ni di pasaran supaya wanita-wanita dapat menambah kuantiti estrogen di dalam badan mereka seperti:

1. Pueraria Mirifica

Pueraria Mirifica mengandungi Miroestrol dan deoxymiroestrol, yang mempunyai aktiviti estrogenik tertinggi di kalangan fitoestrogen diketahui. Mereka adalah sama kepada estradiol, estrogen utama manusia dalam badan wanita. Pueraria Mirifica juga mengandungi bahan kimia lain yang dipunyai oleh kumpulan isoflavon dan Comestan fitoestrogen, contohnya Genistein, daidzein, Daidzin, Genistin dan Coumestrol

2. Makanan Berasaskan Soya

Kacang soya seperti minuman susu soya, tauhu, tofu, tempe, mengandungi hormon tumbuhan semulajadi yang dikenali sebagai isoflavon. Ini isoflavon juga dipanggil fitoestrogen. Fitoestrogen adalah serupa dengan estrogen bahawa badan kita menghasilkan semula jadi. Walau bagaimanapun, fitoestrogen yang terletak di dalam kacang soya boleh diserap oleh badan, dan dengan itu meniru estrogen.

3. Tingkatkan Berat Badan kepada Paras Ideal

Bagi mendapatkan badan yang cantik, jika seorang yang kurus disyorkan cuba tambahkan berat badan dengan melebihkan makanan hingga ke tahap indeks atau Berat Jisim Tubuh (BMI) yang ideal. BMI yang kurang dari 18 adalah terlalu kurus dan melebihi 30 pula dikategorikan sebagai obesiti atau terlalu gemuk. Jus seperti buah delima, roti, kacang, lobak dan sebagainya juga boleh membantu peningkatan estrogen semulajadi dalam badan.
    .
Sumber : LiveStrong, Kasih & Helenbolam
     .
P/s: Ingat, jangan tingkatkan hormon estrogen saja tanpa hormon progesterone kerana jika berlebihan akan menyebabkan kanser. =)

Your comment will reflect your IQ, so it better be wise. Anything that contain harsh word will automatically be sent to spam. TQ Wordpress. U make my day! Hehe! -Sabar itu Separuh Dari Iman-

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s