Cara Jawab Surat Tunjuk Sebab Dengan Penuh TERHORMAT!

Ada tak antara korang kat sini pernah kena Surat Tunjuk Sebab atau dalam kata lain STS? Ni perkara common lah untuk penjawat awam terima STS.

Datang lewat seminit kena STS, hilang sejam kena STS, tak punch card sebab pergi kursus kena STS, tak hadir mesyuarat kena STS.

Habis tu korang ingat senang ke keja gomen ni, tunggu duit gaji naik bulan-bulan dan amik bonus? Oh tidakkk! Ia tidak semudah itu.

Imej penjawat awam perlu dijaga dan disebabkan itu ZAMAN KINI sesiapa yang berada dalam perkhidmatan awam akan merasai ketegasannya Unit Tatatertib atau Jabatan korang dalam melaksanakan Pekeliling-pekeliling Perkhidmatan Awam.

Kena STS ni bukannya bermaksud kau dihukum bersalah. Ia lebih kepada meminta penjelasan dari kau kenapa tindakan tatatertib tak perlu diambil ke atas kau. Puncanya kadang kerana salah faham.

Jadi aku rasa pada sesiapa yang faham-faham maksud aku terkena STS padahal tak relevan, ini jawapan “TERHORMAT” yang korang boleh bagi kat mereka, antaranya:

1. Didapati keluar pukul 1.00 petang dan pulang lewat ke pejabat pada pukul 2.30 petang

Jawapan klise yang orang selalu bagi, hantar anak, ambil anak sekolah, pergi bank, apa kata kali ni kau jawab macam karangan sekolah

” Pada pukul 1.45 petang, saya merasai sakit perut yang amat sangat lalu saya ke tandas untuk tunaikan hajat. Tanpa saya duga, saya didapati sembelit di dalam tandas dan hanya selesai pada pukul 2.15 petang.

Oleh yang demikian saya pun bertolak dari rumah ke pejabat yang mengambil masa 15 minit dan tiba di jabatan pada 2.30 petang.” Tambah sikit, “saya minta maaf kerana sakit perut. Tidak ku pinta dilahirkan sembelit”

2. Didapati tidak hadir mesyuarat pada jam 3 petang,18hb Oktober 2012
Selalu jawapan klise yang orang bagi adalah mempunyai urusan di pejabat, ada mesyuarat di tempat lain. Kali ini apakata korang jawab

“Pada tarikh tersebut, hujan turut dengan lebat selebatnya sehingga menyebabkan banjir. Saya yang dilahirkan sebagai hero secara sukarelanya merelakan diri membantu mangsa-mangsa banjir di kampung saya.

Saya pulang semata-mata untuk memindahkan mereka, keluarga mereka, kucing mereka ke tempat selamat. Tidak banyak yang saya harapkan cuma penjelasan saya diterima pihak tuan”.

3. Didapati tidak hadir bertugas pada 3-5hb Mei 2012
Selalunya penjawat awam bila dapati tuduhan sebegini akan beri alasan cuti rehat, cuti sakit atau cuti kecemasan. Apa kata korang jawab begini,

“Pada tarikh-tarikh sedemikian saya sebenarnya hadir ke pejabat tetapi saya dikehendaki mencuba ilmu halimunan yang saya miliki selepas pertapaan di Gunung Ledang.

Maka, semua kakitangan di Jabatan tidak dapat melihat saya kecuali saya seorang. Jika ada sesiapa yang terlihat saya pada tarikh tersebut dikhuatiri akan diserang cirit birit dan meninggal dunia sambil mulut berbuih”

4. Didapati keluar minum ketika waktu bekerja
Selalu orang jawab “bungkus makanan” atau tiada bukti yang kukuh mengatakan saya di tempat kejadian. Apakata kali ni korang jawab sambil buat citer sedih,

“Untuk makluman tuan, saya disahkan mengidap penyakit gastrik kronik gile yang akan menyebabkan saya muntah darah jika tidak makan setiap sejam

Namun saya teramat malu jika rakan sejawat tahu mengenai penyakit saya ini, maka apa yang saya mampu buat adalah makan di luar jabatan seperti di mamak memandangkan penyakit saya ini hanya menerima makanan mamak saja dan bukan makanan lain.”

5. Didapati gagal mengimbas jari di mesin pengimbas THUMB

Jawapan klise kakitangan yang aku selalu dapat seperti terlupa, jari gagal diimbas, mesin pengimbas rosak, cuba kali ni korang jawab:

“Pada tarikh tersebut saya ingin mengimbas jari namun gagal kerana ..

kerana..saya telah terpotong jari saya ketika memasak malam tadi dan sebelum sempat saya mencantumkan kembali jari tersebut ia telah disambar oleh kucing jiran saya dan dibawa lari.

Maafkan saya tuan, yang benar, si kudung.”

Mesti Ketua Jabatan korang berbulu kalau dapat jawapan macam ni! Hahaha!

Kadang-kadang pada aku STS ini tak relevan jugak. Sebab orang boleh salah gunakan untuk tunjuk seolah-olah mereka buat kerja.

Cuba jawab macam ini kalau rasa loser sangat STS tu! Selamat mencuba!

P/s : Aku berani kerat jari 90% penjawat awam dah pernah terima STS ni. Relevan ke lagi? Sementara tu, baca Anak Ekspress.

Your comment will reflect your IQ, so it better be wise. Anything that contain harsh word will automatically be sent to spam. TQ Wordpress. U make my day! Hehe! -Sabar itu Separuh Dari Iman-

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s