5 Selebriti Yang Dulunya Lelaki

1. April Ashley

Lahir pada 25 April 1935, Ashley pernah menjadi model dan pelayan restoran. Dia adalah orang Inggris pertama yang muncul in public sebagai seorang transeksual, orang Inggris pertama dan kesembilan di dunia yang melakukan pembedahan tukar jantina. Ashley lahir dengan nama asal George Jamieson di Smithdown Road Hospital, Liverpool.
.
Latar keluarganya cukup alim, ayahnya beragama Katolik Roma dan ibunya seorang Protestan. Pada usia 14 tahun, Ashley memasuki Angkatan Laut tetapi karakteristik seksualnya tidak berkembang menyebabkan dia cuba membunuh diri tetapi gagal. Kemudian Ashley membuat pembedahan menukar alat kelamin.
        .
Wajahnya terpampang di media terkenal seperti Vogue. Ashley bahkan berlakon dalam film The Road to Hong Kong yang dibintangi aktor ternama Bing Crosby dan Bob Hope. Sebagai seorang transseksual dia hidup normal dan berkahwin kali kedua dengan Jeffery West. Hanya pada 2005, Ashley berjaya mendapatkan pengakuan secara legal sebagai seorang wanita dengan akta kelahiran baru, Gender Recognition Act 2004.
      .
2. Dana International
Memiliki nama asal Sharon Cohen, tetapi secara profesional dia dikenali dengan nama Dana International. Lahir di Yaron Cohen pada 1972, Dana merupakan artis pop dari Israel yang sangat terkenal sehingga ke hari ini. Cohen adalah anak bongsu dari tiga bersaudara.
     .
Meskipun secara biologi dia lahir sebagai lelaki, Cohen dikenalpasti sebagai wanita dari usia yang sangat muda, iaitu 13 tahun. Dia bercita-cita menjadi penyanyi sejak berusia lapan tahun setelah melihat penyanyi legenda Israel, Ofra Haza membawakan lagu ‘Chai’ di Eurovision Song Contest 1983.
    .
Namanya melambung setelah membawakan lagu berjudul ‘Diva’ serta memenangi Eurovision Song Contest pada tahun 1998. Kariernya bermula pada tahun 1992, dan telah menghasilkan lapan album dan tiga album tambahan. Ketika ini,dia menjadi salah seorang juri acara pencarian penyanyi berbakat Israel, Kokhav Nolad.
    .
3. Harisu
Harisu adalah nama komersial milik Lee Kyung-eun,seorang transeksual yang menjadi penyanyi,model dan aktres terkenal dari Korea Selatan. Secara biologi,Harisu yang lahir pada 17 Februari 1975 adalah seorang lelaki.
      .
Dia menjadi seorang wanita ketika masih kecil dan menjalani pembedahan tukar kelamin pada tahun 1990. Harisu tercatat seniman Korea pertama transseksual. Pada 2002 dia secara undang-undang mengganti jenis kelaminnya menjadi seorang wanita.
      .
Harisu memiliki lima album rakaman yang terdiri dari muzik seperti tekno dan R&B. Lagunya juga ada yang dirakam dalam bahasa mandarin. Pada 2001, Harisu mendapat peluang untuk berlakon dalam film Yellow Hair 2, Hi!Honey dan siri drama Korea seperti Colour Blossoms. Pada 19 Mei,2007, Harisu berkahwin dengan Micky Jung yang sudah bercinta selama dua tahun.

4. Nong Tum

Lahir sebagai lelaki pada 9 Jun 1981, Parinya Kiatbusaba kini lebih popular dikenal sebagai Nong Tum. Dia merupakan ‘kathoey’ (pelaku transeksual dari lelaki menjadi wanita) paling terkenal di Thailand.
        .
Uniknya,sebelum berubah menjadi wanita, Nong Tum adalah seorang petinju (Muay Thai atau tinju ala Thailand). Sejak kecil sebenarnya dia sudah menyedari ada perbezaan dari dirinya. Namun, kerana orang tuanya tidak mengetahui hal itu, Nong Tum didaftarkan ke sebuah kem tinju.
       .
Media Thailand mulai menyedari ada atlet yang feminin dan gemar mencium serta memeluk lawan mainnya yang lebih kekar. Selepas itu, Nong Tum makin terkenal, kerana sering muncul di majalah dan tv. Dia pun akhirnya menjalani operasi tukar alat kelamin pada tahun 1999 setelah berhenti menjadi petinju.
       .
Kemudian,Nong Tum beralih kerjaya sebagai penyanyi. Kisahnya cukup terkenal, dan diangkat menjadi sebuah film bertajuk ‘Beautiful Boxer’ pada tahun 2003. Film ini mendapat banyak pujian dan memenangi award. Pada Februari 2006, Nong Tum membuat comeback sebagai petinju wanita. Akhirnya pada 2010, Nong Tum membuka kem tinju miliknya dan menjadi jurulatih tinju.
      .
5. Yasmin Ahmad
Yasmin Ahmad (7 Januari 1958 – 25 Julai 2009) lahir di Muar,Johor.  Allahyarhamah adalah seorang pengarah filem, penulis dan penulis skrip dari Malaysia dan juga pengarah kreatif eksekutif di Leo Burnett Kuala Lumpur. Iklan televisyen dan filem-filem beliau yang terkenal di Malaysia seperti iklan Petronas, syarikat minyak nasional dan syarikat gas.
       .
Karya-karya beliau telah memenangi pelbagai anugerah di dalam Malaysia dan di peringkat antarabangsa seperti Gubra dan Sepet. Bermula sebagai seorang graduan dalam seni pengkhususan politik dan psikologi dari Universiti Newcastle di England, sebelum bekerja sebagai pelatih jurubank pada tahun 1982 selama dua minggu kemudian bekerja untuk IBM sebagai wakil pemasaran.
      .
Kemudian allahyarahamah bekerja di Moonlighting sebagai penyanyi blues dan pemain piano pada waktu malam. Yasmin memulakan kerjayanya dalam pengiklanan sebagai penulis di Ogilvy & Mather dan pada tahun 1993 beliau berpindah ke Leo Burnett sebagai pengarah kreatif bersama dengan Ali Mohammed, akhirnya meningkat kepada pengarah eksekutif kreatif di cawangan Kuala Lumpur firma.
Khabarnya Yasmin Ahmad dilahirkan sebagai seorang khunsa (mempunyai kedua-dua jenis kemaluan).Namun kerana naturenya lebih kepada seorang perempuan, akhirnya Yasmin Ahmad telah memilih untuk menjadi seorang wanita. Mungkin benar atau mungkin gosip ini hanyalah rekaan mereka-mereka yang ingin menjatuhkan pengarah berbakat besar ini. –Beautifulnara
         .
Sebelum meninggal dunia, Yasmin mengalami strok tapi masih boleh bergerak, duduk, dan merehatkan kepalanya di atas meja, dengan tangannya menutup kepala, ketika menghadiri mesyuarat dengan artis tempatan Siti Nurhaliza dan suaminya, Khalid Mohamad Jiwa, dan Media Prima wakil untuk projek yang tidak didedahkan di Sri Pentas, TV3. Sebelum mesyuarat itu, dia menghabiskan sedikit masa dengan pengarah kumpulan kreatif Media Prima, Peter Chin dan dilaporkan berada dalam mood yang ceria dan santai.
        .
Beliau dikejarkan ke Hospital Pakar Damansara di mana dia menjalani satu prosedur neurosurgeri untuk mengurangkan bengkak di dalam otaknya. Operasi itu berjaya namun keadaannya adalah kritikal tetapi stabil. Pada hari Sabtu, 25 Julai 2009, lebih daripada 48 jam selepas pembedahan, Yasmin Ahmad meninggal dunia akibat kecederaan beliau dan telah diisytiharkan mati pada 23:25.
        .
P/s: Dia lebih mengetahui. Siapa kita untuk menghakimi mereka. Lihat Peristiwa Ajaib di Gaza di —>>> sini

Satu Respons to “5 Selebriti Yang Dulunya Lelaki”

  1. […] Sebab. Sila tinggalkan komen dengan klik 'comment' pada penghujung artikel. TQ « 5 Selebriti Yang Dulunya Lelaki McD Malaysia Kaya Raya tapi McD Luar Negara,McD Jepun Rugi! […]

Your comment will reflect your IQ, so it better be wise. Anything that contain harsh word will automatically be sent to spam. TQ Wordpress. U make my day! Hehe! -Sabar itu Separuh Dari Iman-

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s