Copy Paste Blog Org Je : “Anak Ekspress”

Baru perasan antara category aku yang paling famous dalam blog ni selain Info-licious iaitu L.O.V.E lama tak diisi. Biasalah dah kawin ni banyak ekspresikan sayang tu jadi takde banyak sangat yang terpendam di hati.

Ilham tulisan sendiri belum sampai, kang curah rasa hati kat sini banyak plak yang termuntah huhu! So copy paste je la. Entri Copy Paste hari ni datangnya dari blog Ariffshah “Anak Ekspress”. Enjoy reading!

“Belajar lima tahun, terpaksa menempuh ribut salji dalam suhu -20 darjah Celsius.Lepas graduate gelabah cari kerja. Jadi yes man kepada orang atas setahun dua sambil kumpul duit gaji. Minimum nak RM20 ribu untuk kahwin sekarang.

Pergi kursus kahwin yang membosankan, kalau dapat ustard masuk air, time ceramah dia boleh sentuh bab politik. Nak kahwin kena bayar sana sini lagi.. Selesai perkahwinan, pergi honeymoon seminggu dua. 9 bulan lepas tu, bini dah terberanak. adeiii…..Itu sebenarnya yang saya nampak dalam masyarakat Melayu kita.

Kahwin tak sampai setahun dah nak ada anak. Bertahun-tahun punya susah hidup, baru nak enjoy kehidupan dengan life partner yang dicintai, dah ada orang ketiga. Come on la weh!

Apa-apa pun, entri ni tak target kepada sesiapa, ini sekadar pendapat saya pada perkahwinan Melayu. Semua orang ada pendapat dan saya tak mengutuk anda kalau anda macam ni. Jangan berkecil hati, jangan makan hati. Kepada yang baru menimang cahaya mata regardless dah berapa tahun kahwin, tahniah diucapkan.

It’s not that saya tak suka budak kecik. Kadang-kadang kalau tengok tu adalah nak jugak kan.. Kadang-kadang la… Tapi fikir baliklah betapa punya demanding kehidupan sekarang ni. Bukan macam dolu-dolu….

Dulu gaji kecil pun dah boleh survive, sekarang kurang-kurang nak banyak lah jugak untuk menyara hidup keluarga dan anak. Tu belum cerita dengan loan rumah, kereta dan mungkin personal loan untuk kahwin dulu. Giler apa?

Bayangkan. Baru kerja dua tahun, nampak sinar harapan nak advance, dapat ofis cantik, dapat duit lebih sikit untuk pergi bercuti sekali anak datang. Nak pergi bercuti pun dah tak boleh fikir untuk berdua lagi, kena fikir untuk bertiga.

Sikit tahun lagi, kalau nak bercuti, kena tunggu anak pun cuti jugak barulah dapat ke mana-mana. Tak boleh sesuka hati minta cuti.

Kalau ingat lagi zaman muda-muda masa bercinta berdua, best kan? Macam dunia ni kita (dan pasangan kita) yang punya. Bila ada anak, dah tak berdua. Baru nak romantik-romantik, anak dah menangis minta susu. Keremajaan tu cepat berlalu. Kena fikir macam orang tua dah.

That’s why kadang-kadang ada lelaki bila dah tua, tiba-tiba rasa remaja balik. Nak tackle perempuan muda. Semuanya sebab masa awal-awal dulu tak habis enjoy dan bergatal-gatal dengan bini masa awal-awal kahwin sebab orang rumah sibuk dengan anak je.

Again, saya tak cakap semua. Point saya kat sini, enjoy life berdua dulu. Terokai apa yang boleh diterokai berdua. Bercintalah bagai nak rak selepas kahwin. Bila dah puas semua tu, barulah fikir nak dapat anak.

Orang Melayu ni problem sikit, kadang-kadang laki bini nak pegang tangan/berkepit-kepit in public pun takut sebab nanti orang lain cakap “get a room” atau “buat kat rumah”. Bangang. Taboo sangat. Time dah kahwin la nak celebrate the love.

Gambar Orang Lepas Kahwin Celebrating Love. Jelly? Ada aku kisah?

So that’s how I view love and marriage. Sorrylah kalau tak bertepatan dengan pendapat anda. Semua orang ada pendapat tersendiri dan cara hidup yang mereka pilih. Saya tak suruh ikut, ini hanyalah sekarang menyuarakan apa yang ada dalam minda. Setuju/tak setuju? Itu hak anda.

Mak saya dah banyak cucu. Dia dah warning awal-awal, dah kahwin nanti jangan suruh mak jaga anak. hahahahahaah! Bagus. Maksudnya kalau kahwin nanti, takdelah dia nak demand cucu awal-awal.

And kalau ikut cara pemikiran saya ni, no problem nak kahwin awal masa study (especially mereka yang belajar dalam satu tempat yang sama).

Anak hold on dulu – banyak cara yang mudah sekarang nak rancang. Then, enjoy your life with your loved one. Maksiat tak buat, keterlanjuran tak terjadi.

Then again, dari segi teori memang mudah. The real thing yang susah. Kena jugaklah assess everything. Mana tau ibu mertua pulak yang tak sabar-sabar nak timang cucu. Itu pun satu hal lagi. Again, I’m just giving you the idea, don’t follow if you can’t.

Apa-apa pun, semoga berbahagia =) Happy reading and have a nice day.

Addendum:

1) Sebagai seorang Muslim, kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Kuasa Allah maha besar dan kadang-kadang apa yang dirancang tu sangatlah berbeza bila dengan hasil yang kita dapat. Saya tak cakap, takdelah nak menolak rezeki (anak) tu, kalau dapat, dapatlah. Yang saya cuba terapkan di sini adalah perancangan rapi untuk menghadapi alam perkahwinan. Jadi harap point tu tak dipesongkan ke arah lain.

2) Society. Masyarakat kita memang busy body sikit perihal rumah tangga orang. Baru dua bulan kahwin, raya tahun tu jugak tanya, “dah mengandung ke?” “Bila nak ada anak?” To me, this is something yang kurang ajar especially kalau couple tu tak mention apa pasal anak or all this stuff. For haven’s sake, it’s their private life people! Sibuk sangat nak tau apa yang berlaku di sebalik kamar newly weds ni semua buat apa?

In a way, people asking ni pun memberi pressure kepada yang baru berkahwin dan seterusnya mungkin menyebabkan keputusan untuk mendapatkan anak dilakukan dalam keadaan yang tergesa-gesa. It’s none of your business, so don’t ask.”

P/s : Suka sangat part celebrating love tu. Sedang bercinta nak rak selepas kahwin ni. Maklumlah bercinta berapa bulan dah kahwin.  =)  Huhu! Baca Shopping, Women’s Best Friend!

2 Respons to “Copy Paste Blog Org Je : “Anak Ekspress””

  1. […] P/s : Aku berani kerat jari 90% penjawat awam dah pernah terima STS ni. Relevan ke lagi? Sementara tu, baca Anak Ekspress. […]

Your comment will reflect your IQ, so it better be wise. Anything that contain harsh word will automatically be sent to spam. TQ Wordpress. U make my day! Hehe! -Sabar itu Separuh Dari Iman-

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s