Shoppping, Women’s Best Friend!!

Mannequin dress leopard print

Shopping dan perempuan memang tak dapat dipisahkan. Cubalah kau pisahkan kalau nak dengar membebel sejam setengah tak henti pasal bajet 2012 di almari kita, ketidakadilan, psychological advert dan etc. Tak kiralah kami ni shopaholic ke tak yang penting shopping dapat menghilangkan stress. Ia umpama laki hilang stress dengan watching football, merempit, main MAT dan macam-macam lagi laa!

I love shoes! Yang macam di atas ni ada dalam 2,3 je sebab leceh nak masuk tali satu-satu. Lebih senang pakai Peek Toe macam kat bawah ni. Macam wedges tu tapi dia tutup kaki kau and bagi ruang depan sikit je nampak. Tinggi 3 – 5 inci. Favourite gila ada yang strippes, leopard print, bubbles, macam-macam. Kasut ni i suka sebab sarung je pastu jalanlah sampai lebam. Yang penting meninggikan aku 4 inci (baru sama tinggi ngan Mr Double A) and kaki tak sakit macam stilettos.

Tempat paberet gileerrr beli Peek Toe kat Cotton On! Sekarang baru aku tahu rupanya murah gila modal kasut ni. Kalau jual kat kita bukan main mahal! Tak aci!

Shopping ni jugak one of the way kalau laki nak pujuk partner dia merajuk. Ajak je pi shopping terus muncung panjang seinci tu masuk balik rapat! Huhu!

Masuk je shopping complex, bau kedai, orang berebut masuk kedai for sales di bawah lampu-lampu samar tu cukup membahgiakan hati ini. Hehe!

Things yang aku suka cari of coz lah makeup, handbag and Peek Toe!  Kalau nak beli baju, sekali sekala je. Selalunya beli yang betul-betul worth and cantik. Bukan just nak penuhkan almari. Selalunya baju kurung or kebaya pakai gi kerja.

Aku lebih suka beli barang-barang lain untuk cantikkan rumah, hiasan,barang-barang perabot, souvenir. Tu yang suami tak kisah nak bayor sebab untuk kepentingan dia jugak. Kalau shopping memang tak ingat ape dah. Anak, laki, dah tinggal kat mana pun tak kisah asalkan barang diingini dapat dibeli. I mean, ANAK TEKAK!

Sambil jalan-jalan cari makan, sambil shopping..

Lepas tu shopping souvenir tak ingat dunia untuk family sendiri, family mertua, adik beradik, friends and staffs.

Mesti beli untuk kenangan..

Labu Sayong pun aku angkut!

Muka bahagia dapat shopping! Huhu!

Yang paling memenuhi bajet shopping aku tentulah makeup. Sebab aku suka cuba-cuba style makeup baru. Keluar je advertisement baru kat tv mesti nak try! Gila x? Tanya je all sorts of makeup aku dah try from cokia beli kat kedai 2 ringgit masa hingusan sampailah dari brand local ke high end. You named it! Siap boleh suggest lagi mana bagus ke x (kalau aku baik hati nak bagitahu kat kaulah) huhu! Silkygirl, Maybelline, Elianto (my favourite), MAC, Clinique, Avon, STAGE, Loreal and more.

Ni muka penat lepas dah habis angkut barang.

Bagi aku kalau bab skin care and makeup ni kulit aku tak sensitive so boleh  use diferent brand untuk kulit, untuk mata or untuk mana-mana je. Macam for skin moisturiser i use Olay Skincare tapi untuk cleanser aku pakai Eversoft Avocado! Full with Vitamin E! Untuk makeup plak, lagi campur-campur. Try la if uols want:

Foundation Elianto and STAGE,

concealer Clinique,

blusher Elianto,

eyeshadow Maybelline,

mascara Lash Curler Silkygirl,

eyeliner Elianto,

eyebrow brush MAC,

lipstick at one time ada 9 from different brand.

Makeup remover Johnson’s Baby Oil.

Suma lain-lain sebab tak semua dalam whole set of brand tu produce barang yang bagus.

Hasilnya, mekap still lawa walaupun masak whole day. Huhu!:

Yang penting, confident membeli! “If you have confidence, there is nothing that you can’t achieve”

Handbag pun jarang beli yang baru tapi kalau sekali beli, beli yang bagus terus, tahan lama, and tahan lasak. Mahal sikit pun tak pe asalkan puas hati! Untuk handbag ni brand MESTI diambil kiralah wahai wanita di luar sana sebab memang berbaloi pun!

Ni apa? Sambil bini shopping pun dia angkut jugak. Nasib bek comel! Huhu!

Selamat shopping di hari-hari cuti ni uols!! =)

2 Respons to “Shoppping, Women’s Best Friend!!”

  1. […] P/s : Nak tahu apa mekap yang wanita suka? Klik sini Shopping, Women;s Best Friend […]

  2. […] P/s : Suka sangat part celebrating love tu. Sedang bercinta nak rak selepas kahwin ni. Maklumlah bercinta berapa bulan dah kahwin.  =)  Huhu! Baca Shopping, Women’s Best Friend! […]

Your comment will reflect your IQ, so it better be wise. Anything that contain harsh word will automatically be sent to spam. TQ Wordpress. U make my day! Hehe! -Sabar itu Separuh Dari Iman-

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s