Beza Bandung & Bali, Indonesia!

Hujung bulan ni nak pergi Bandung lagi family vacation dengan keluarga mertua, haruslah hasben yang sponsor. Huhu!. Excited nak gi bercuti dengan family in laws, tapi yang tak bestnya bila mengingatkan kembali Bandung yang penuh messy, ramai penipu dan haru biru rasa macam arghhhh boleh ke nak gi sekali lagi ni?

Bali, April 2012. Memandang dengan penuh hairan.

Okay entri ni pasal Perbandingan Bandung dan Bali yang kedua-duanya terletak di Indonesia. Eventho terletak di negara yang sama, ternyata perbandingan antara keduanya seperti langit dan bumi in terms of keindahan tempat, well manners and kecerdikan akal menipu.

Keindahan Tempat
Tempat yang menarik di Bandung seperti Tangkuban Perahu, Transtudio, Cihempalas, Kartika Sari, Pasar Baru, Safari Park and many more yang for me sesuai untuk orang yang kaki shopping.

Pasar Baru

Tangkuban Perahu

Pada aku yang menarik mungkin Safari Park dia sebab dia lepaskan menatang tu macam tu je sambil jalan-jalan naik pickup macam citer Madagascar tu. Transtudio pulak macam Universal Studio. Bagi orang yang tinggal di negara yang already have 3 taman tema, kita tak heran sangat pun.

Tapi untuk menikmati panorama alam dan kesenian tak begitu banyak choices berbanding Bali. Bali memang banyak tempat cantik-cantik dari Kuta, Nusa Dua, Legian hingga ke Ubud banyak tempat menarik yang mengutamakan kesenian, budaya, dan seni kaum di Indonesia. Ada banyak seni bina yang menarik dan walaupun Bali negara miskin, tempatnya bersih dan cuaca tak begitu panas berbanding Bandung. Villa and hotel cantik-cantik with private pool pun banyak pilihan.

Large Private Pool just for two

Our 3 bedroom Villa from side view

Living room and kitchen separate building

Amboih..lepak betul!

Kami masa honeymoon di sana amazed dengan bagaimana orang Bali gunakan peluang for every tempat-tempat menarik di sana untuk buat duit. Macam “Romantic Seaside Dinner at Jimbaran Beach” tengok sunset.

Padahal just letak meja hadap ke laut sambil hidang makanan ala-ala makanan laut sambil tengok sunset. Kat Port Dickson pun kita boleh buat camtu kalau kita nak.. Tapi depa creative untuk take advantage orang tengah honeymoon as a way for them buat duit.

Makanan laut

Tengok Kecak Dance

At Turtle Sanctuary, bapak ni suruh main ngan ular la pulak..

Kalau nak kata snorkeling di Bali, bagi aku snorkeling di Pulau Perhentian 10 kali lagi cantik. Tapi mereka pandai ambil peluang orang luar datang untuk tengok laut Bali, jadi mereka pun buat service snorkeling padahal pekarangan laut mereka biasa-biasa je. Yang menarik kat Turtle Sanctuary tu je la kot sebab kita boleh main dengan menatang-menatang dalam tu. Ular sawa pun ada kalau kau nak!

Budi bahasa dan Akhlak
Bandung, negeri majoriti islam and Bali, negeri majoriti Hindu tapi kalau kau tanya aku dan banyak lagi pelancong Malaysia yang kena tipu, well said Bandung lebih rendah sikit dari segi well manners. Sorry to say, but di sana kau tak boleh nak lemah lembut macam kat Jepun sebab mereka tolak menolak, copet mencopet sesuka hati.

Brownies Kartika Sari makan kat hotel jer..

Kalau kau makan kat food court, restoran dia hati-hati sikit kalau tak dia caj sesuka hati pun tak ikut harga menu asal. Kalau kau tanya bebanyak, siap kena tengking lagi. Orang muda Bandung jangan main-main. Nampak je lembut tapi sebenarnya.. Di Bali pulak sebab majority Hindu, kau kena pandai cari makanan halal. Suggestion, pergi cari kedai Minangkabau atau ABC, lauk sama macam kat Malaysia ni.

Kat Kedai ABC Minang. Pilih lauk mana kau nak je. Bayar ikut piring lauk.

Banding dengan Bali, aku suprised bila aku tinggalkan handbag dengan duit aku dalam kereta dengan driver masa nak pergi mana-mana, dia boleh simpan elok-elok dan jaga dengan sebaik-baiknya. Malah, kalau ada orang penipu nak jual barangan dengan harga mahal kat kau, dia boleh bagitahu kat kau yang orang tu penipu.

Abang dengan kawan baik di Kuil Monyet ape ntah..

Kalau pergi Bali, peganglah supir ni elok-elok sebab dialah driver, bodyguard dan juga cameraman kau. Di Bali, kau akan dilayan macam raja. Turun mana-mana orang akan bukakan pintu. Mereka dah biasa dengan pelancong jadi mereka sangat ramah tamah dan dengan naturally offer diri untuk tangkap gambar kau kalau dia tengok ko tengah tergedik-gedik amik gambar dengan tangan tolak paling jauh.

With Pak Made, supir terhebat.

Dekat Bandung? Huhu! Of coz not. Kalau kau nak mintakkan orang lalu lalang untuk amik gambar pun beritahu awal-awal percuma, kalau tak nanti mereka caj. Di Bandung, apa yang aku lalui semua benda mereka caj. Aku mintak tolong aktifkan sim kard kena bayar RM5. Padahal masuk simkard Simpati Indonesia tu dan aktifkan je kot.


Kecerdikan Akal Menipu
Di Bandunglah aku rasa tempat yang kau akan jumpa orang menipu dengan penuh class! Ya, penuh class! Why? Kat sini orang menipu dengan cara pretending to be nice, cakap punyalah lemah lembut, sopan santun, borak pandang tepat ke mata pastu sat gi bila ko percaya dia akan belit kau.

Pengalaman ditipu oleh pemandu teksi yang kononnya nak tunggu di pasar baru seberapa lama pun kau shopping sebelum hantar ke hotel dengan bayaran 50 ribu rupiah cuma tipu semata-mata, apabila pulang ke kereta 3 jam kemudian diberitahu bahawa harga caj terkini 150 ribu rupiah kerana dia caj ikut meter!

Terang-terang kena tipu. Aku pergi BAli tak kena tipu pun in fact they are helping us by giving their personal handphone number so that in future we don’t have to book from Agoda but instead book from them and get cheaper rates! Di Bali sampai je di airport, ada berlambak katalog tempat perlancongan yang kau nak pergi dan setiap katalog ni ada rate masing-masing so pelancong tak kena tipu.

Tapi bukan begitu yang terjadi di bandung. Kau kena pandai-pandai sendiri menilai kejujuran mereka.

FYI, kami pergi melancong ke kedua-dua tempat ni without TRAVEL agent. Semua arrange sendiri dari flights and hotel. Tapi impak dari both visit ni sangatlah berbeza. Kami duduk 4 hari di Bali rasanya nak terus stay dan bawa family pula. Tapi di Bandung, hari kedua aku dah rimas sebab orang asik nak take advantage to you sebab u tourist. For me, orang-orang di Bandung nampak kita ni macam ATM bergerak.

Harga di Bandung pun sekarang dah mahal tak macam dulu. Peniaga di Bandung dah pandai. Mereka tahu harga berapa yang kita jual di Malaysia, so bila di sana mereka caj sama harga macam kita di Malaysia. Ape dia kisah, ramai sangat Malaysians kita yang nak beli kat dia.

Bagi aku yang masih murah hanyalah kain pasang dan

sebotol air Teh Sosro! Tu sajer!

Tula kisah jujur aku mengenai beza Bandung dan Bali.

Senang citer tahun depan aku nak pergi Bali lagi, tak kireee!!

9 Respons to “Beza Bandung & Bali, Indonesia!”

  1. MU SHIT Says:

    Nak ikut bulih x

  2. abdullahamran Says:

    org bandung licik dan pandai menipu skang..org Malaysia ibarat ATM bergerak lol.

  3. Cik Mata Hati Says:

    Yup..money2..

  4. shamsul abdul Says:

    Salam. kalau x keberatan boleh share tak no supir yg bawa cik di bali, saya plan nak pergi sana hujung minggu ni, dan nak cuba pergi tanpa travel agency. Takat ni blum booking hotel atau ada fix agenda. Any advise from cik is highly appreciated.

  5. Cik Mata Hati Says:

    Shamsul, namenye Bapak Made (seperti dalam gambar di atas) no tel 62-81338466521

  6. shamsul abdul Says:

    terima kasih cik…nak tahu berapa dia charge…lagi satu kalau tak keberatan di jinbaran berapa kos makan di situ…maaf kalau terlampau byk tanya

  7. Cik Mata Hati Says:

    Xpe la. Mmg nak org tnye pun. Haha. Dalam 120ribu rupiah.

  8. shamsul abdul Says:

    120ribu rupiah tu utk makan di jinbaran atau bayaran utk pak made sehari. Nama restoran jinbaran yg cik mata hati pergi apa namanye

  9. Cik Mata Hati Says:

    xingat la pulak awak nama restoran. 120 RP tu byrn pakej makan di jimbaran.. murah jer

Your comment will reflect your IQ, so it better be wise. Anything that contain harsh word will automatically be sent to spam. TQ Wordpress. U make my day! Hehe! -Sabar itu Separuh Dari Iman-

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s