Resipi OBK : “Ikan Cencaru Sumbat Kelapa Manja”

Okay, hari ni cuti lepak kat umah so cuba masak resipi baru lagi. Resipi Orang Baru Kahwin (OBK) hari ni, “Ikan Cencaru Sumbat Kelapa Manja”. Kenapa Manja? Sebab kau kena kacau kelapa parut tu dengan manja bersama bahan-bahan lain. Simple yang teramat. Khas untuk pembaca blog Dari Mata Hati yang selalu ingin tahu perkembangan kami di sini… Hehe! Hanya 4 langkah mudah saja.

Resepi
Bahan-bahan:-
Ikan Cencaru yang di bersih kan dan di belah belakang,
Setengah biji kelapa parut.*
2 Batang Serai *
1 inci kunyit serbuk *
1 biji bawang besar *
6 biji cili api *
3 biji cili hidup *
Garam secukup rasa *
Air Asam Jawa
1. Mula-mula kacau kelapa parut yang korang beli kat Mydin tu dengan kunyit, air asam jawa (kalau xnak letak pun xpe) bawang, cili dan serai.
2. Potong sikit bahagian belakang ikan cecaru korang tu, buat macam poket kecil. Sumbatkan kelapa dalam poket tu sampai penuh.
Sumbat pepenuh macam ni tau :
3. Goreng dengan api kecil. Jangan besar sangat kang hangus kelapa kau ni jadi tak sedap!
4. Taraaa! Hidang dan makan dengan nasi panas-panas!
Hehe! Tambah masak bayam merah sebab hidangan tak lengkap tanpa nutrisi sihat! Okay girls, jangan dok mengumpat sangat kat depan laptop tu! Pi belajar tolong mak kat dapur!
Selamat mencuba!

Satu Respons to “Resipi OBK : “Ikan Cencaru Sumbat Kelapa Manja””

  1. Abdullah Amran Says:

    sedap nye😀

Your comment will reflect your IQ, so it better be wise. Anything that contain harsh word will automatically be sent to spam. TQ Wordpress. U make my day! Hehe! -Sabar itu Separuh Dari Iman-

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s