Busuk Hati, Cemburu atau Paranoid? Part 2

Ni sambungan post Busuk Hati, Cemburu atau Paranod? Part 1.

Panjang sangat nak tarbiahkan pasal depa ni. Sampai aku kena pecahkan post hari tu into two. Di sini i want to thank all my 301 followers! Kalau nak follow Ilanism sila tengok right bar dan klik follow! Okay guys, silalah tweet yang ini pulak! Huhu!

Mari kita tengok apa pulak kata Dr Irfan Khairi.

“Nasihat saya adalah untuk bersyukur sekiranya ini terjadi.” Bersyukur? Dr Irfan sudah buang tebiat ke?

Pertama sekali, ketahui bahawa, sekiranya ada orang iri hati dengan kita, ia adalah tanda-tanda awal bahawa kita sudah keluar dari kepompong kesederhanaan.

Di dunia, hanya 5% sahaja masyarakat yang berusaha keluar daripada kepompong kesederhanaan. 95% akan berasa selesa dengan keadaan sementara.

Tiada masalah sekiranya anda selesa dengan keadaan sementara anda, tetapi, yang menjadi masalah adalah golongan yang tidak selesa dengan mereka yang 5% tersebut.

Kedua, tuhan Maha Adil. Lebih banyak dugaan yang perlu anda lalui, lebih banyak pahala dan pulangan yang anda akan terima sekiranya anda dapat menangani segala dugaan tersebut dengan penuh kesabaran. Segala dugaan adalah untuk anda memperkuatkan lagi rohani anda untuk dunia dan juga akhirat.

Ketiga, ketahui bahawa, manusia mempunyai sistem motivasi automatik yang dikenali sebagai “survival instinct”. Maksudnya seperti sekiranya seseorang itu di campak ke pulau yang tidak mempunyai penduduk, “survival instinct”nya akan berusaha mencari makanan dari buah-buahan, mencari makanan melalui ikan di laut, menadah air hujan untuk minuman, membina tempat berteduh daripada ranting-ranting dan daun-daun. Kita sedia maklum melalui filem-filem layar perak keadaan ini.

Konsep “Survival Instict”  berkesan apabila keadaan kita menjadi tertekan. Apabila ada pihak yang iri hati dan cuba untuk menjatuhkan kejayaan kita, “survival instinct” akan bermula dan fikiran kita akan menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam menangani apa sahaja rintangan. Semangat kita akan menjadi lebih membara dalam mengharungi apa sahaja rintangan. Jiwa kita akan di sentuh dan memberi semangat untuk membuktikan kejayaan kita dan menunjukkan kepada mereka yang ingin melihat kita gagal bahawa mereka adalah salah. Bak pepatah Melayu, “Pantang di cabar!”

Sebab itu juga, sering kita mendengar kisah-kisah kejayaan mereka yang kaya-raya bermula daripada kemiskinan. Mereka pada asalnya hidup dengan susah dan kemudian berusaha untuk memperbaiki diri keluar dari kesusahan itu. Survival instinct memainkan peranan dalam keadaan tertekan!

Apabila anda di dalam  perjalanan untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, ketahui rintangan-rintangan sebegini di hadapan.

Bukan untuk menakut-nakutkan anda mengenai kejayaan, tetapi, sekadar memesan supaya anda bersedia menanganinya.Kini, anda mengetahui keadaan ini, terdapat satu konsep kejayaan yang sering digunakan oleh mereka yang berjaya.

Konsep tersebut digelar “Inverse Paranoid”. Paranoid, bermaksud kita sering gelisah dan risau tentang keadaan sekeliling. Sebagai contoh, kita risau untuk berjaya oleh kerana takut nanti ada pula pihak yang akan menjatuhkan kita. Kita risau untuk berjaya kerana takut pula ada yang akan mengkhianati kita.

Kita risau untuk berjaya kerana takut kita akan rebah dan jatuh semula.Tetapi, konsep “Inverse Paranoid” pula bermaksud, untuk kita sering fikirkan bahawa orang ramai mahu kita berjaya, orang ramai akan membantu kita untuk berjaya dan orang ramai akan sedaya upaya menyokong kita untuk berjaya.

Dalam mencapai kejayaan, tanamkan konsep Inverse Paranoid dalam hidup anda. Walaupun mungkin sebilangan kecil tidak akan menyebelahi kejayaan anda, tetapi penuhi fikiran anda bahawa seluruh dunia ingin melihat anda berjaya dan bersedia membantu anda mencapai puncak kejayaan! – Dr Irfan Khairi 

Ternyata apabila kita luar dari kepompong pasti ada yang memerhati dan iri hati. Jadi, bagi aku ucapkan alhamdulillah dan marilah kita sama-sama doakan pada mereka yang busuk hati ini untuk diberi hidayah Nya. Lagipun, buat apa nak peduli kata-kata orang yang tak membantu diri anda! =) Mari ke puncak kejayaan semua!

Cheers!

and

Good luck!

Satu Respons to “Busuk Hati, Cemburu atau Paranoid? Part 2”

  1. […] Sambungan Busuk Hati, Cemburu dan Paranoid di post yang seterusnya Part 2.  […]

Your comment will reflect your IQ, so it better be wise. Anything that contain harsh word will automatically be sent to spam. TQ Wordpress. U make my day! Hehe! -Sabar itu Separuh Dari Iman-

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s