Tazkirah “Anak Derhaka” di TV3

Topik yang menarik di tazkirah pagi TV3 mengenai “Anak Derhaka”. Antara headlinenyer anak derhaka adalah produk dari ibu bapa yang kurang’memberi’. Hasilnya anak kurang ‘membalas’ atau kedekut apabila sudah dewasa. 

Kita selalu salahkan anak-anak kerana jadi derhaka, tidak ambil berat pasal ibu bapa, biadap, jadi budak jahat dan sebagainya tapi adakah ibu bapa pernah melihat sama ada mereka juga ada melakukan kesilapan dalam membesarkan anak-anak.

Ini dinamakan failed parenting.

Ibu bapa juga manusia biasa mustahil tidak pernah melakukan kesilapan. Namun kesilapan yang lebih teruk apabila mereka tidak mengakui kesilapan mereka dan apabila sudah tersedar anak sudah jauh dari mata, meninggalkan rumah dan keluarga kerana terasa tidak disayangi.

Anak-anak juga mahu disayangi, mahu dipujuk, ditanyakan bagaimana prestasinya di sekolah bukan hanya tunggu report card datang ke tangan, anak-anak juga mahu ibu bapa meluangkan masa untuk mereka,  bukan untuk beri duit belanja semata-mata atau minta duit belanja apabila anak sudah bekerja tetapi untuk berbual-bual. Ibu bapa tempat luahan perasaan apabila anak-anak ada masalah.

Ini sebaliknya pula berlaku apabila baru saja mula hubungi ibu bapa zaman sekarang untuk berbual soalan yang pertama “Duit dah masuk belum?” , “Kerja sekolah dah siap” dan bukannya perkara-perkara yang lebih belas kasihan dan mesra. Terlampau tegas kononnya tak mahu beri muka pada anak.

Kesilapan berlaku apabila ibu bapa mendidik anak tanpa perasaan belas ihsan.  Dr Abdullah Nasih Ulwan menyebut bahawa terdapat anak-anak yang diperlaku dengan perlakuan yang keras sehingga menyebabkan anak-anak tertekan, kecewa, punah harapan dan ada yang membunuh diri.

Tidak dinafikan terdapat ibu bapa yang ‘mendidik’ anak berbekalkan luapan emosi marah tidak terkawal sehingga ada yang memaki hamun, menghina, memukul dan membelasah anak sendiri.  Bahkan kes-kes penderaan anak masih kerap didengari sehingga hari ini.

Ibu bapa tidak sedar yang anak-anak masih berbekas ingatan lebam di peha atau hukuman tidak bagi makan yang menajdi sebahagian pembentukan emosi sampailah bila-bila.

Kekerasan melampau ke atas anak-anak ini membuahkan kekacauan jiwa anak-anak. Hal ini juga ada kaitannya dengan faktor anak-anak enggan berada di rumah. Bagi mereka ‘Rumahku Nerakaku’.  Mereka lebih bahagia dan damai bila berada dengan rakan-rakan, yang kadang-kadang membawa mereka ke kancah kemusnahan kekal.

Bagi si ibu dan bapa, perlu diingat bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berbuat baik kepada anak-anak kerana anak adalah amanah dari Allah. Allah berfirman:

“Sesungguhnya Allah menyuruh menjalankan keadilan, berbuat baik, dan memberi kepada kaum kerabat.” (Surah an-Nahl:90)

SAbda RAsulullah S.A.W:

“Sekiranya Allah inginkan kebaikan bagi sesebuah keluarga, maka diberikan sifat belas kasihan kepada mereka. Dan andainya sifat belas kasihan itu suatu ciptaan (yang boleh dilihat), nescaya semua manusia akan memandangnya sebagai sebaik-baik ciptaan dari Allah. Dan sekiranya kekerasan itu adalah satu ciptaan (yang boleh dilihat), nescaya semua manusia akan memandangnya sebagai seburuk-buruk ciptaan dari Allah.” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi)

Antara kesilapan-kesilapan yang common dilakukan ibu bapa adalah :

1. Jarang bersama anak-anak sewaktu sedang makan.

2. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak. Seperti, anak ketiga berkahwin, ditaja pelbagai-bagai tapi anak lain kahwin satu sen pun tidak dikeluarkan.

3. Sering mengeluh habis duit kerana besarkan anak-anak di depan mereka sendiri seperti. Apalah sangat duit makan,minum, sekolah anak kecil. Bukan mereka pinta dilahirkan ke dunia ini.

4. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah. Ada yang tidak tahu anak ada peperiksaan di sekolah, hari sukan, hari kanak-kanak dan sebagainya.

5. Tidak memprogramkan masa riadah dan rehat anak-anak bersama keluarga.

6. Tidak menunjukkan contoh teladan yang baik di hadapan anak-anak.

7. Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak. Selalu menggunakan medium orang ketiga untuk sampaikan pada anak-anak.

8. Tidak menggunakan bahasa yang betul. Panggil anak bodoh, gila dan maki hamun.

9. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.

10. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak. Pendapat dan buah fikiran anak yang lebih muda diketepikan untuk anak-anak yang lebih dewasa. Lama kelamaan anak-anak berasakan tidak penting dalam kehidupan ibu bapanya dan menarik diri.

Sumber Tazkirah Jumaat

Selain itu ada ibu bapa yang suka membanding-bandingkan anak atau merendahkan kebolehan anak seperti “Ali kau budak lagi kau tahu apa? Kau bukan macam anak Mak Esah yang belajar obersea tu. Pandai, tertib pastu baik pulak tu”, pada Ali yang sudah berusia 25 tahun yang sudah graduate dan bekerja.

Memanglah tidak ade seorang ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka membesar menjadi orang bermasalah atau loser tapi kesan emosi dan psikologi yang ditinggalkan atas kesilapan ibu bapa mendidik anak-anak akan mengubah personaliti seseorang itu dari lembut kepada hati kering.

Sebagai ibu bapa dan bakal ibu bapa, perlu ingat bahawa anak-anak adalah amanah Allah s.w.t. kepada kita untuk dijaga dan dibentuk sebaik-baiknya.  Mereka lahir seperti kain yang putih bersih tanpa sempurna tanpa sebarang cacat celanya.  Kitalah yang mencorakkan dan mewarnakan kain putih itu dengan corak dan warna yang tertentu.  Sebahagian besarnya mengikut acuan yang telah kita sediakan untuk mereka. 

P/s : Lebih bernasib baik =)

Your comment will reflect your IQ, so it better be wise. Anything that contain harsh word will automatically be sent to spam. TQ Wordpress. U make my day! Hehe! -Sabar itu Separuh Dari Iman-

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s