Resipi O.B.K : Sambal Udang Marbeles

Sempena hobi aku yang baru iaitu memasak maka aku wujudkan satu kategori ruangan Resipi Orang Baru Kahwin. Ini khas untuk orang-orang baru kahwin yang nak masak simple-simple je (sebab skills memasak belum tahap orang-orang lama). Sebab baru kahwin, jadi tak de la petai (ehem ehem). Hahaha! Jadi resipi hari ini, “Sambal Udang Marbeles”
Bahan – Bahan:
  • 20 ekor udang (dibuang 1/2 kulit)
  • 15 biji lada kering (direbus dan dikisar) Dalam ke saku, aku guna yang instant je sebab malas. Huhuhu!
  • 1 biji lada merah  (direbus dan dikisar)
  • Sedikit lada hitam
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 1 biji bawang besar (dihiris bulat)
  • 2 biji bawang putih (dikisar)
  • 1 keping asam keping (Aku tak guna pun sebab dalam instant tu dah ade sekali)
  • Gula & Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Daun sup & daun bawang sebagai hiasan (dihiris)
Cara-Cara Memasak: 
  1. Panaskan minyak untuk menumis
  2. Tumiskan bawang merah dan putih yang dikisar sehingga naik bau/kekuning-kuningan.
  3. Selepas itu,  masukkan pula cili kering, lada merah yang telah dikisar dan juga asam keping. Masak selama 3-5 minit atau sehingga menggelegak.
  4. Masukkan udang. Masak sehingga minyak naik.
  5. Masukkan sedikit lada hitam.
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan juga bawang besar yang telah dihiris dan juga sedikit daun sup.
  7. Biarkan sehingga pekat dan minyak naik.
  8. Kemudian angkat dan tabur daun sup dan daun bawang.

Tadaaa!!

TIPS-TIPS LAIN

1. Kalau nak sedap kaw-kaw, cili mesti sampai betul2 masak… kalau mentah atau separuh masak mmg la, taruk segala bahan pun tak sedap. Kena masak lama.. macam yang ramai kata tu..gunakan api kecil.. biarkan dia masak hingga pekat.

2. Untuk menyimpan lada kisar untuk jangka masa yang lama, elokla direbus dulu cili kering. Kemudian semasa kisar tu, tambahkan minyak masak supaya biji2 lada hancur semasa mengisar. Xdela nampak sebiji2 biji lada time makan.

3. Campur sikit perasa kiub ayam atau secukup rasa. Ada juga yang suka bubuh gula.Nyum2

4. Masak dengan penuh kasih sayang. =)))

5. Selain makan sambal udang dengan nasi putih, aku masak jugak ikan goreng dan kailan ikan masin bagi lagi umppph!

P/s : Lauk lain yang simple adalah Koko Krunch dan susu Goodday! haha!

Satu Respons to “Resipi O.B.K : Sambal Udang Marbeles”

  1. abdullahamran Says:

    hehe..sedap

Your comment will reflect your IQ, so it better be wise. Anything that contain harsh word will automatically be sent to spam. TQ Wordpress. U make my day! Hehe! -Sabar itu Separuh Dari Iman-

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s