Kenapa Kami Suka K-Pop?

Dah jumpa gambar masa gi konsert Rainnn! Yeayyyy!

Gambar atas konsert Rain masa F1. Tak kesah beli tiket depan sekali (orang belanja) cost RM1ribu tu sebab nak tengok Rain dan memang sangat-sangat berbaloi. Fan service, nyanyi sama dalam CD and paling penting, ENCEMMM talented!

Dari 2008 lagi sebelum Psy jadi peymes aku dah fell in love with pop trance, house and disco. Post ni dikeluarkan kembali lepas tak dapat gi Konsert Big Bang baru-baru ini yang meletop sampai 15ribu lebih crowd! Sayangnya, concert around time raya haji.

Post di bawah ni post lama yang dibawa ke depan selepas blog ini kembali direvised. Direvised = Dirombak. Sangat bahasa rojak!

Ini gambar 2PM masa yours truly pergi konsert depa last year. Harap maap dengan kualiti gambar rendah.Gigih dok depan sekali hokeh!

“It’s really damn cool! Bayangkan lirik yang sangat sedih n depressing tapi lagu punyelah rancak macam kat club. So, we are wondering nak nangis ke or nak menari ni? Hmm.. It’s like the irony of the sad moment”. Unik kan?

1 budaya baru yang di adapt dari Barat dan pantas disambar oleh JK (Japan n Korea) untuk dipopularkan di negara mereka. Cubelah dengar kumpulan-kumpulan lama dari Asia seperti Kat-Tun, Arashi, Super Junior, Big Bang, dan dari Barat seperti TJ Davis, Benyamin Bahadori, Eyeopener dan terbaru mungkin Panic At The Disco?

Saya pun nak explore budaya pop yang satu ini. Saya lebih meminati pop trance dari Korea dan Jepun kerana bagi saya mereka lebih hebat dalam ‘meniru’ sesuatu produk yang bagus dan menjadikanya seolah-olah kepunyaan mereka. Jangan pandang mereka sebelah mata semata-mata kerana mereka dari Asia.

Tahukah anda yang Korea Selatan adalah negara yang pertama menggunakan kamera High Definition dalam video mereka?

Pop Trance

Ni copy paste je:

“Trance is a style of electronic dance music developed in Germany in the early 1990s. Trance is somewhat faster than house music but usually not as fast as rave music. Psychedelic Trance is sometimes faster and earlier tracks were sometimes slower. While many trance tracks contain no vocals at all, other tracks rely heavily on vocals, and thus a subgenre known as Vocal Trance has developed. Vocal Trance adds vocals and a pop-like structure to the songs. Trance is a combination of many forms of electronic music, such as ambient, techno, and house.”

Bayangkan apa jadi apabila kita mix music trance yang rancak dengan lirik yang sangat sedih? Lirik pasal kematian, putus cinta tapi lagu goyang-goyang kepala punya sambil background orang menari-nari dalam mengekspresikan emosi di dalam lagu macam lagu “Again and Again” by 2PM. Rasa macam air mata nak keluar tapi tak dapat-dapat.

Saya rasa ia adalah identity kebanyakan modern youth zaman sekarang yang walaupun depressed, putus cinta, pressure and so on, kita masih lagi dapat make fun of it and go on with our life. Satu identiti di mana remaja sekarang sudah tidak lagi menerima cara pop leleh, balada tangkap jiwang ala ala zaman Newboys dalam menerokai jiwa dan perasaan mereka. Terasa lemah apabila memperkasakan lagu tangkap leleh dengan lirik tangkap cayaq hati dan komposisi muzik serta tempo yang lentok dan sayu mendayu.

What I mean is that, kita perlukan transformasi dalam muzik untuk sejajar dengan kuasa-kuasa besar dalam industry music di luar sana. Di Asia Tenggara, Indonesia sedang rancak mengadaptasikan budaya pop trance, house dan disco dalam lagu-lagu mereka. Tidak hanya bergantung pada picisan karya-karya luar tetapi mereka hasilkan muzik dan lirik orang melayu dalam budaya mat salleh ini. Iyelah, asik-asik nak kena refer dengar lagu Mat Salleh kalau nak dengar muzik pop trance, nampak sangat kita tiada bahan untuk bersaing dengan lambakan karya mereka.

Oh, by the way Malaysia ada industri muzik ke? Mungkin soal cetak rompak yang tidak berkesudahan menjadi satu isu besar kepada produser dan menyebabkan mereka gulung tikar. Realitinya, berapa ramai antara kita yang jujur hendak membeli album original? Budaya dan trend masyrakat sekarang adalah KAMI TAK SUKA ORIGINAL, KAMI SUKA DOWNLOAD JE. Kita beli satu album original lepas itu shared music pelbagai artis dengan download di internet seperti Youtube, Fourshared, Limewire dan sebagainya.

Isu ini ada dibincangkan dalam Hip Korea, di mana saya setuju dengan idea produser di sana yang menukar konsep daripada menghasilkan PENYANYI kepada menghasilkan PRODUK. Penerbit yang dulunya hanya berkarya semata-mata telah berubah menjadi usahawan yang inovatif dan kreatif untuk melahirkan ‘produk’ apa yang up to date, unik dan diperlukan di pasaran. Mereka mengaut keuntungan bukan daripada penjualan album, tetapi dari tajaan iklan, performances, endorsemen, pulangan tiket konsert, dvd dokumentari, buku fotografi, Fan Club, lakonan di dalam filem dan sebagainya. Mereka cari makan dengan cara lain untuk menutup kerugian dalam penjualan album.

Dalam mendapatkan tarikan pendengar untuk datang ke persembahan mereka dan meraih tawaran yang banyak (sebab album tak ada siapa beli) the product must be damn good, up to date, and appealing. Kita tak boleh nak hasilkan produk yang asik-asik sama je atau pun produk yang tidak diperlukan di dalam pasaran. Sebab, apa jadi bila penawaran melebihi permintaan? Ia akan jadi seperti,

Ayam 150,000 > Permintaan 10,000 = Harga ayam jatuh + Penternak rugi

Ni sebab-sebab kenapa K-Pop famous amous di Malaysia walaupun bahasanya kita tak faham-faham walaupun tengok 1000x.

1. Dance and Singing Academy

Tak de artis mi segera. Mostly K-Pop training 5 sehingga 8 tahun lamanya untuk jadi artis. Sebab tu tak heran kalau Rain datang Malaysia perform masa F1 concert, tak pancit dan energetic from beginning till the end. Suara sebijik macam dalam CD! Same goes to 2PM, Girls Generation, 2ne1 and lain2 tu!

2NE1 Pre Debut Dance Training

2. Muzik video yang  lain dari yang lain. Contoh,

Psy “Oppa Gangnam Style”

3. Drama. Ex, Boys Over Flower / Meteor Garden. Tapi buat Parody!

Big Bang “Virus” Drama Parody

4. Showmanship yang superb!

2NE1 Fire Live Concert

5. Buat lagu dan video klip untuk advertisement. Carta muzik masuk, duit dari iklan pun dapat! Masyuk..

2ne1 and Big Bang “Lollipop”

6. Hasil kerja yang keras, nahh konsert besar-besaran!! Jual DVD konsert pulakkk!

Psy Summer Stand Live Concert

7. Tak de gosip-gosip liar

Jarang nak dengar gosip-gosip liar artis K-Pop la, sama ada company dia pandai cover or memang diorang pandai cover line. Tak de dengar nama Datuk Jamal taja artis ni, xouple putus-putus sana sini. Ada?

Apa kata kita lebih up to date dan terbuka dalam mengadaptasikan perubahan muzik zaman sekarang. Hasilkan ‘produk-produk’ yang dikehendaki pasaran, segar, dan unik. Bukan kita, pendengar-pendengar yang budiman tak mahu beli atau menyokong album original, just inilah satu pemahaman dan kebiasaan semua orang.

Dan bukan tak nak sokong artis tempatan, just kami mahu menyokong artis-artis yang berkualiti untuk memenuhi standard piawaian kami orang-orang muda ni. Maka, produser pun kenalah hasilkan strategi yang lebih tajam dan gempak lain dari yang standard dalam menangkis aliran KAMI TAK SUKA ORIGINAL, KAMI SUKA DOWNLOAD JE ni. Selamat mencuba!

Muzik haruslah datang dari produk yang bagus, bersih dan memuaskan hati pengguna! Huhu! Minat masing-masing berbeza, ada yang minat K-Pop ada yang minat Hindustan, ada yang minat lagu Club Hits. Hormatilah minat masing-masing ok?

P/s : Menyesal pergi konsert Avril Lavigne last year. Mabuk, syok sendiri dan tak best! Aku bukan nak dengar back up singer ko nyanyi la derrr..

2 Respons to “Kenapa Kami Suka K-Pop?”

  1. abdullahamran Says:

    Sy suke aiskrim pop..hehe

  2. Cik Mata Hati Says:

    Paddle pop kah? huhu

Your comment will reflect your IQ, so it better be wise. Anything that contain harsh word will automatically be sent to spam. TQ Wordpress. U make my day! Hehe! -Sabar itu Separuh Dari Iman-

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s