Station One Review

Baru 8 tahun menapak kat Malaysia ni tapi dah jadi tempat yang wajib pergi kalau nak meeting mixed pleasure.

Semalam lepak kat sini walaupun takde Ambank card to get discounts on Western Main Course tapi saje je nak pi lagi to review dan review Lamb Chop Champion (review dalam perut aku je la!) Ni copy paste dari website die je “Station One Leisure Café is the pioneer of chain leisure café in Malaysia, up to today we’ve opened more than 50 outlets nationwide within 8 years!”

Tempat ni sesuailah for youngster macam korang ni yang suka lepak kat tempat yang ala-ala kopitiam cozy gitew serve western foods yang takle mahal giler macam The Ship or Tony Roma’s. Range from RM13.90 to 25.90 cenggitu! Citer pasal Station One ni memula aku gi first time masa dok kat Shah Alam lagi. Yela, tak de privacy untuk artis cam aku ni (ceh poyo siot) lepak kat Pak Li Kopitiam Seksyen 7 tu dengan boipren, tengah tatap-tatap dari mata turun ke hati terjumpa kawan tengah makan kat situ jugak. Hehe!! Kantoilah aku nak berjiwang di bawah lampu malap-malap orenge tu.

Nak lepak PappaRich Kota Kemuning, dekat sangat plak ngan umah, kang ter se rem pak dengan family member. So nak taste kopitiam masa dating, pusing punya pusing punya pusing kitorang pun jumpelah Station One ni dekat-dekat nak masuk 12.00 a.m. (Apelah berembun sampai ke pagi). Berdatinglah kitorang kat situ tak sampai setengah jam pun sebab curfew aku pukul doblas malam dah kena balik umah. Huhu!

Nak dijadikan citer bila dah migrate ni, aku pun teringin gak nak ‘mengimbau kembali’ (ceh ayat) saat-saat kenangan dating kat Station One di Bandar Sunway dolu-dolu tu. So, balik sini surf la tengok kalau-kalau ada cawangan mereka kat sini. Rupe-rupenye kalau tak silap aku ada dua branch Station One kat sini. So sampailah tapak kaki kami kat sini untuk merasa Lamb Chop Champion dia yang besar gabak kat atas tulisan aku ni dengan harga RM25.90. Sesuailah tu! Dah orang belanja (hari-hari makan free) kenalah melantak sampai licin kan?

Sedapnyeeeeee, lembutnyerrrrr, kenyangnyerrrrr makan kat sini. Way better than Victoria Station yang bagi aku score marks dekat service charge je sebab customer service diorang memang bagus. Lagi-lagi bila die serve air jus anggur ala-ala wain tu sambil bunyi plop bila penutup gabus botol tu tercabut dan tuang dalam cawan tinggi korang. Other than that, BIASA jer.

Ni achievements yang Station One pernah dapat :

2008

Golden Bull Award

Super Excellent Brand Award

2009

Golden Bull Award

100 Outstanding Malaysian SME Award

2010

Golden Bull Award

MRCA Best Outlet Award

MRCA National Growth Award

Asia Pacific Excellent Award

ARFF Asean Most Recognized Brand Award

SMI Award

APEA 2010 Malaysia Award

Cer teka mana satu air aku? Kedua-dua air ni menunjukkan personaliti peminum. Huhu!

Konfem ramai lagi tak tau pasal kedai ni so korang boleh la try sekarang. So that kurangkan sikit sesak di tempat-tempat yang biasanya dah faymes and biasa korang pegi tu. Bagi can plak kat aku nak makan Hokkien Kueytiow Goreng kat situ. kuikuikui!

Diorang pun ada buat aktiviti club jugak kalau korang rajin nak join la. Dapat new friends and buat aktiviti yang best2 type 1 Malaysia punyer sebab kalau korang gi sini memang pelbagai kaum sume ade.

To find out more click sini Station One.

Ada penyanyi macam biasa la nyanyi lagu jiwang-jiwang kat korang bagi feel Chenta di Udara. Korang boleh request lagu jugak kalau orang tu nak layan kau la. Hehe. But, kat sini performance live band hari Senin 8.30 malam sampai 11.30 malam jer.

Ni dua orang “ular sawa” kekenyangan. Muka hasben before bini tinggalkan ke Kedah sampai lusa. Sob sobs. Miss u hubby.

Akhir sekali, bayarannya. Bila dah hari gaji, anything pun ok jer.. Hehe.

Rabak! Tapi ok la, nak feel kopitiam sangat kan. Hehehe.

P/s : Nanti balik dari huga-huga in Kedah i will find time to update the comparison between Bali and Bandung ya. Bz yang terlampau kat sini! =)

5 Respons to “Station One Review”

  1. sitipengaman Says:

    amboi merpati 2 sejoli neh hehehe…nampak cam sedap jek…bau lamb tu kuat tak weh aku kureng cket kalau bau die cam hnyir2 hehe

  2. Cik Mata Hati Says:

    Eleh cam tak biase pulak! Tak de bau ape wei. Cedapppp! hehe

  3. best places for dishes..yeahhh

  4. Cik Mata Hati Says:

    Orang belanja lagiiiiii sedap! huhu

Your comment will reflect your IQ, so it better be wise. Anything that contain harsh word will automatically be sent to spam. TQ Wordpress. U make my day! Hehe! -Sabar itu Separuh Dari Iman-

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s