Busuk Hati, Cemburu atau Paranoid? Part 1

Ada orang cakap, “Bau busuk bangkai binatang kita boleh hidu, bau busuk hati manusia, susah kita nak hidu.” dari penyataan tersebut boleh kita simpulkan, untuk mengenal manusia berhati busuk adalah amat sukar, namun dengan pengalaman hidup, ianya tidak mustahil.

Sumber Di Sini Busuk Hati.

Rasa iri hati selalunya orang samakan dengan rasa cemburu, padahal terdapat perbezaan yang ketara antara rasa iri dan rasa cemburu.

Sebagai contoh, saya akan bawakan satu situasi yang mana mereka yang terlibat merasa iri.

Andai kata pada waktu ini, jiran anda baru sahaja membeli sebuah kereta baru model Mitsubishi Lancer Evolution X manakala anda sehingga ke saat ini masih lagi belum mampu walaupun untuk membeli sebuah motosikal.

Lepas je anda tau berita ini, anda mula rasa kurang senang dan anda menunjukkan tanda-tanda yang anda kurang gembira dengan apa yang jiran anda miliki tersebut.

Dalam keadaan tersebut anda sebenarnya merasa iri hati.. bukannya cemburu.

So masa bila pulak kita akan rasa cemburu?

Kita akan rasa cemburu bila kita berdepan dengan situasi macam ni. Pada satu hari kita terlihat isteri kita (bagi yang belum berkahwin, gantikan dengan teman wanita) berbual-bual dengan seorang lelaki yang kita tak kenali. Dari lenggok tubuh dan gaya percakapan pada waktu kita terlihat mereka berbual dengan mesra sekali.

Selepas tu timbul pulak perasaan kurang senang bila kita terlihat adegan-adegan tersebut berlaku didepan mata kita. Ha.. pada waktu ni lah kita sebenarnya diserang rasa cemburu. Tak sama ye dengan iri hati. Perbezaannya terletak pada status ‘benda’ atau ‘objek’ yang menjadikan kita rasa kurang senang hati tersebut.

Kalau rasa kurang senang hati tu berpunca daripada objek yang bukannya milik kita.. itu maknanya kita rasa iri hati. Tetapi kalau objek tersebut sememangnya milik kita dan kita merasa kurang senang dek kerana sebab-sebab yang tertentu, pada waktu itu lah kita dikatakan merasa cemburu.

Rasanya semua dah faham kan perbezaan antara rasa cemburu dan rasa iri hati?

Baiklah, sekarang kita beralih pulak dengan penyakit seterusnya iaitu dengki. Dengki ni biasanya berpunca dari rasa sakit hati dan iri hati yang melampau. Kita ambik balik situasi yang pertama iaitu situasi dimana jiran kita baru je beli kereta baru model Mitsubishi Evolution Lancer X.

Kalau pada waktu yang sama kita kata dalam hati..

Harap-harap dia mati accident dengan kereta baru dia tu..

Pada waktu tu kita dikatakan sebagai dengki dengan pencapaian jiran kita tu tadi. Sebenarnya kita dikatakan dengki apabila kita bertindak ataupun melakukan sesuatu yang mampu untuk mengubah dan mencacatkan kondisi barangan atau objek yang menyebabkan kita merasa sakit hati.

Antara cemburu, iri hati dan dengki.. agak-agaknya mana satu yang lebih bahaya?

Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Surah An-Nisaa’ ayat 32

Ambil pengajaran daripada ayat diatas dan sedar bahawa setiap orang ada bahagian masing-masing dari rezeki yang Allah kurniakan pada kita. Sabreehussin.

Sambungan Busuk Hati, Cemburu dan Paranoid di post yang seterusnya Part 2. 

Panjang sangat pasal orang-orang yang iri hati ni sampai dedicated two posts about it.

See what i’m writing about you on the next ‘episode’..

Satu Respons to “Busuk Hati, Cemburu atau Paranoid? Part 1”

  1. […] Ni sambungan post Busuk Hati, Cemburu atau Paranod? Part 1. […]

Your comment will reflect your IQ, so it better be wise. Anything that contain harsh word will automatically be sent to spam. TQ Wordpress. U make my day! Hehe! -Sabar itu Separuh Dari Iman-

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s