Tanda-tanda Anda Sangat Famous

Famous? Popular? Terkenal?

Maksud perkataan terkenal adalah noted; famous; well-known.
Anda rasa diri popular? Semua orang bercakap tentang anda? Malah orang-orang yang tidak kenali anda kini mahu mengenali anda dan tercari-cari siapakah diri anda. Anda tidak akan sedar anda famous selagi tanda-tanda ini tidak terjadi pada diri anda.

Tanda-tanda anda dikenali ramai adalah :

1. Orang buat status Facebook pasal anda.

Punyalah berjuta mahkluk Tuhan gunakan Facebook ciptaan Zuckerberg, tapi dalam ramai-ramai tu anda juga yang dimasukkan dalam status facebook orang lain.

Yang paling penting orang yang memasukkan dan menggunakan tenaganya untuk menaip nama anda ini bukanlah kekasih anda, emak atau ayah yang panggil anda balik kampung di hari raya dengan status “@Ilani bila nak balik raya?”, kawan-kawan baik yang buat status hang-out seperti “With @ilani, @ahmad and @Labu Kuncil di SACC makan bihun”, bukan kawan rapat pun tetapi mereka yang tak pernah rapat dan ada yang tak pernah bersua muka pun.

Malah orang berinteraksi dan gigih menghebahkan serta berkongsi perkembangan khabar berita terbaru anda kepada ramai orang .

Itu tandanya anda sangat famous.

Haha. Ada tanda ni?

2. Orang menulis blog/buku/ SMS/Whatsapp/BBM pasal anda.

Pasal anda kahwin, anda putus cinta, kucing anda beranak, kereta baru yang anda beli, semua benda orang tulis mengenai anda kerana ramai yang ingin tahu,

Semua orang ada blog zaman sekarang ni. Dan siapalah diri kita untuk orang sebut-sebut dan serukan dalam blog mereka yang tentunya dilayari oleh beribu pelayar internet di muka bumi ini.

Siapalah diri kita ini untuk dimasukkan sekali ke dalam lembaran blog mereka tersebut. Tetapi anda lain, anda tersangatlah famous sehingga nama, keluarga, watak, karakter, latar belakang, pekerjaan, perniagaan, quotes dan sebagainya mengenai anda disebut-sebut di dalam blog mereka.

Tidak cukup dengan itu mereka menyebut mengenai anda dalam SMS, Whatsapp, BBM mereka. Begitu kuat pengaruh anda sehingga diangkat sebegitu tinggi.

Penulis-penulis blog seperti Irfan Khairi, Bill Rancic, Tun Mahathir dan sebagainya suka memetik nama-nama orang yang dikenali atau berkaitan secara langsung atau tidak langsung dalam sejarah hidup mereka dalam blog mereka, anda juga tergolong dalam kategori ini jika nama anda dinyatakan dalam blog sama ada hentam, suka, puji atau apa-apa je la.

Ya, anda famous jika nama anda dipetik dan diberi perhatian oleh mereka.

3. Orang buat trending Twitter mengenai anda.

Ala yang hash tag tu. Seperti trending  “#Ab yang ku rindui.” merata-rata di dalam dunia twitter. Kalau setakat nama anda saja tu hanya famous biasa.

Tapi kalau orang sampai tiru kata-kata yang anda keluarkan, menjadi inspirasi buat mereka sehingga menjadi trending di sekitar dunia Twitter mereka, maksudnya anda TERAMATLAH famous! Sampaikan quote, statement atau ayat yang anda keluarkan memberi kesan yang mendalam kepada orang sehingga diikuti ramai.

Tahniah, bukan mudah untuk meninggalkan kesan yang mendalam kepada seseorang. Ini bermakna anda telah mencapai tahap yang tertinggi iaitu mempunyai keyakinan yang sangat tinggi untuk mempengaruhi mereka ke atas pilihan status Twitter mereka.

Ia lebih hebat bila anda tidak melakukan apa-apa untuk mempunyai pengaruh yang sedemikian ramai.

4. Statistik Blog/Facebook/Website/Twitter anda tinggi

Ini memang secara statistiknya membuktikan pengaruh anda yang sangat kuat sehingga bila anda tutup sebentar akaun-akaun ini, ramai orang yang meracau dan hilang arah kerana merindui anda.

Kalau anda tutup Facebook sejam, mereka cari di WordPress, dan kalau anda tutup pula WordPress, mereka mencari pula di Twitter.

Sampai sanggup stalk anda di mana saja anda berada termasuklah di Google search. Sehinggakan sekadar melihat nama anda yang telah diprint screen saja sudah cukup melepaskan rindu dendam mereka pada anda.

Bersyukurlah kerana anda disayangi ramai. Tidak ramai orang boleh meninggalkan impak yang sungguh hebat ke atas kehidupan orang sehingga mereka sasau dan meracau jika tidak mendapat khabar berita dari anda walaupun sehari.

5. Orang download/print screen/bookmark atau save berita mengenai anda.

Macam ini dah tahap famous melampau. Selalunya kalau orang baca suratkhabar lama, bila sudah lapuk, kita akan recycle pada Apek jual paper naik van tu.

Tapi ni, sampai sanggup download gambar anda, print screen tulisan anda, bookmark dan kerat berita mengenai anda. Ini memang membuktikan anda terSANGATlah famous!

Mereka ternanti-nanti bila saja anda mengupdate status terbaru dan memburu berita sensasi mengenai anda. Dan, bila tidak dapat, mereka sanggup mereka-rekanya untuk memenuhi keinginan delusi mereka terhadap anda.

6. Orang menyamar untuk berkawan dengan anda

Biasalah, orang-orang yang terkenal ni ramai nak keliling.

Bila orang meminati anda, banyak perkara gila yang mereka boleh lakukan untuk mendekati anda. Termasuklah buat akaun palsu dan menyamar untuk berkawan dengan anda.

Masa tu anda jangan terperanjat melihat sebegitu ramai orang-orang yang tidak mempunyai profile picture, atau orang yang baru membuat akaun 5 minit lalu telah beratur untuk “add” anda di Facebook, whatsapp, BBM, dan juga telefon anda di tempat kerja.

Perkara gila macam ini adalah perkara biasa untuk orang famous.

7. Orang mengorek sejarah-sejarah lampau anda.

Bila mereka tidak dapat berkawan rapat dengan anda, apa langkah alternatif yang mereka mampu lakukan selain cuba berkawan dan berhubung dengan boyfren, mak, ayah, kakak, adik, abang anda pula.

Mereka cuba mengorek cerita mengenai anda dan juga sejarah lampau anda jika anda yang kotor bolehlah mereka gosipkan bersama. Biasalah, anda famous.

Di mana anda beli seluar dalam pun orang nak tahu!

Jangan hairan kalau kisah dulu-dulu semasa darjah 1 turut mereka ketahui lebih arif daripada anda sendiri.

8. Orang mahu interview & mahu tahu khabar berita TERPERINCI mengenai anda SETIAP MASA.

Tak kiralah temuduga dalam suratkhabar ke, soalan dalam blog ke, personal message ke, sidang akhbar ke, analisis fakta ke, peminat-peminat anda akan bertanyakan macam-macam dari perkara remeh sehinggalah besar daripada anda sendiri.

Malah kalau ada reunion pun, nama anda juga yang disebut oleh pensyarah atau guru tersebut seperti “Eh, si polan tu tak datang ke. Ape citer die ek? Lama saya tak dengar pasal dia”

Orang mahu tahu pasal anda. Khabar berita anda. Dah kawin ke belum, dah mengandung ke belum, dah mengandung berapa kali, dah sambung belajar ke belum, dah ada berapa anak, duduk kat mana, kereta berapa bijik, dah bagi ayam makan ke belum.

Masa itu sedialah menjawab. Sape suruh famous kan. Nanti kalau tak jaga hati peminat, ramai plak yang lari.

Hahaha!

9. Orang mahu ikut jejak langkah anda.

Kalau sebelum ni, semua orang nak buat perkara yang kebiasaan tapi bukan perkara yang betul. Bila tiba-tiba anda yang muncul dengan perkara yang betul luar dari kebiasaan, masa tu mulalah ramai yang cuba nak mengikut. Macam peminat fanatik. Mereka akan perhatikan setiap langkah, gaya dan cara idola mereka dan mahu tiru gaya hidup mereka.

Begitulah yang akan dilakukan oleh mereka yang meminati anda. Anda akan mendapati ramai yang akan meniru gaya anda menulis, meniru kata-kata anda, gaya hidup anda, pilihan hidup anda, dan seumpamanya.

Apa yang anda dapat, mereka juga ingin dapatkan. Tak kiralah dari segi mana pun. Sama ada baik atau pun buruk. Cakap saja apa-apa, esok meletop semua orang COPY PASTE apa yang anda cakap!

Kalau macam ini, ternyata anda SANGAT famous!

10. Orang share apa yang anda buat.

Kalau nak tahu anda famous ke tidak, tunggulah seminit lepas anda publish sesebuah post/gambar pasti ada yang baca dan share pada yang lain dengan pantasnya.

Kalau just bagitahu biasa-biasa tu tak ada ape, tapi kalau sampai copy paste link tu maksudnya anda SANGAT famous!

Ini antara tanda-tanda OBVIOUS sekiranya anda famous yang teramat.  Kalau anda anda tanda-tanda ini, akuilah anda sangat famous!! Just embrace and don’t deny it! Enjoy populariti ini sementara ade!

Bukan semua orang boleh jadi someone’s top favourite! Selagi anda tak mengganggu hidup orang lain dan tidak lari dari norma hukum agama dan alam, tak payah kisah la kalau tiba-tiba menjadi SANGAT famous! Hidup sebagai orang ‘paymes’ ni, letih kalau nak puaskan hati semua orang!

=)

P/s : Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba makan satay Kajang lagi best……

Your comment will reflect your IQ, so it better be wise. Anything that contain harsh word will automatically be sent to spam. TQ Wordpress. U make my day! Hehe! -Sabar itu Separuh Dari Iman-

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s