Rahsia Lain “Habbatus Sauda”

Habbatus sauda atau jintan hitam atau dalam bahasa saintifiknya, Nigella Sativa mempunyai pelbagai khasiat yang diiktiraf oleh semua ilmuwan dan juga pengamal perubatan. Malah, Nabi Muhammad pernah bersabda “Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati”

X-Ray di bawah ni sebelah kiri paru-paru tu contoh lung inflammation or radang paru-paru.

Aku guna habbatus sauda untuk cure penyakit radang paru-paru yang attack aku pertengahan tahun ini yang causing me to have  lelah, sakit dada dan batuk teruk.

Punca bcoz kuman merebak ke dalam paru-paru, kerap mandi malam dan selalu terdedah pada kipas atau aircond yang dipasang kuat serta jerebu. Yelah orang banyak travelling kan, asik perubahan cuaca dan tak cukup rehat!

Habbatus sauda ini diambil selepas ubat batuk dan selesema yang diberikan doktor tidak menunjukkan kesan apa-apa pada aku.

Tapi, yang bestnya hubby jaga macam menatang minyak yang penuh! =)))

Ternyata selepas mengamalkan habbatus sauda untuk beberapa bulan, semua lelah, batuk dan sakit dada hilang begitu saja!

Wow!!

Sampai hari ini selepas berhenti menggunakan habbatus sauda, sakit lama tidak pernah kembali dan sihat macam biasa. Memang sangat-sangat mujarab!

Habbatus sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun.

Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.

Habbatus sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.

Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).

Tapi selain daripada itu, rahsia lain “habbatus sauda” adalah sebagai perancang kehamilan semulajadi. Ia hanya dapat meningkatkan kesuburan para LELAKI DAN BUKAN PARA WANITA ya!!

Masih ramai lagi wanita di luar sana yang tidak tahu pasal ni, yang sudah tahu tu UNTUNGLAH.., boleh baca artikel yang lain. Kenyataannya selain dari mencantikkan kulit, merawat paru-paru dan lelah, ada rahsia lain yang terkandung di dalam habbatus sauda ini. Bagi wanita yang ingin hamil, herba ini tidak boleh dimakan sama sekali kerana ia adalah “birth control” atau perancang kehamilan semulajadi yang digunakan berzaman kerana ia dapat memulakan kedatangan haid.

Wanita hamil tidak harus menggunakan Minyak Habbatus sauda kerana ia telah dilaporkan dalam Perubatan Iman Ibnu Qayyum Nabi bahawa ia boleh menggalakkan pengguguran. Merebus jintan hitam ini juga boleh menggalakkan pengecutan uterus selepas kelahiran.

Ramai wanita tidak menyedarinya dan terus mengamalkannya dengan harapan dapat meningkatkan kesuburan, Tapi ketahuilah ia tidak benar sama sekali.

Habbatus sauda terbukti hanya dapat digunakan untuk meningkatkan kesuburan LELAKI bukan WANITA. Ia dapat membantu menambah kuantiti sperma dalam air mani lelaki dan meningkatkan hormon testosteron mereka. Nak tahu lebih lanjut korang bacalah dalam ni: Habbatussauda

Jadi, hari ini aku nak beritahu kenyataannya pada yang masih tidak tahu (selain aku), kalau mahu merancang atau menjarakkan kehamilan, tak ada masalah untuk continue makan habbatus sauda, tapi bagi yang mahu mula berkeluarga, bolehlah berhenti menggunakannya dan mengantikan herba ini kepada ubat lain yang lebih “mesra pengguna”.

Ada pilihan Vitamin dan supplemen lain seperti magnesium, beta-carotene, Fish Oil, Choline, Yogurt dan sebagainya.

“We squander Health in search wealth
We scheme and toil and save,
Than squander wealth in search health
And all we get is grave
We live and boast of what we own,

We die, and only get a stone..”

Your comment will reflect your IQ, so it better be wise. Anything that contain harsh word will automatically be sent to spam. TQ Wordpress. U make my day! Hehe! -Sabar itu Separuh Dari Iman-

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s