Checklist to Japan! Kara-kara go!

Weekend ni aku nak tinggalkan Malaysia untuk cari tempat tinggal baru di Osaka, Jepun! (I WISH) Hehe! Of coz la tak! Aku still lagi sayang Malaysia walau apa-apa pun. So, before leaving to Japan,  checklist mesti disiapkan terlebih dolu!!

1. Application Visa at Embassy of Japan

Mesti datang ke Kedutaan Jepun di Persiaran Stonor tu. Ala senang je, kalau ikut dari Shah Alam, just travel follow Smart Tunnel and from there masuk Jalan Tun Razak. 5 minutes after that sampailah korang!

Make sure before sampai ke Kedutaan tu dah fill up all the forms and attachments. Kalau tertinggal anything kat dalam Embassy tu dah leceh nak keluar balik sebab pelawat tak dibenarkan bawak sebarang alat telekomunikasi masuk. alat telekomunikasi ini tak kiralah blackberry ke, nokia ciput ke, Galaxy Tab dan sebagainya.

Di bawah ni application requirement yang aku copy paste from http://www.my.emb-japan.go.jp/English/visit.html#visa.

Honestly, rasa leceh gila prosedur Visa ni tapi apakan daya, kita hanya pelawat biasa je, kenalah patuh!Jangan dilupa travel itenary termasuk details hotel yang kita nak duduk sekali dalam application Visa ni tau!

2. Duit dalam bank mesti combine all travellers dalam RM5K

Ni aku dah confirmkan dekat orang Kedutaan Jepun sendiri masa nak amik bank statement hari tu. Mereka kata dalam trip tu traveller kena bawak at least 5k to Japan. Mungkin dia takut kita datang tak berduit and nak cari kerja kat sana. Biasalah Jepun kan banyak opportunity. So uols, kalau husband ada RM4,999. Make sure wife yang ikut ada at least RM1 dalam bank, ok?

3. Kedutaan Jepun di KL atau di Penang?

Ni memang mengejutkan jantung aku la masa dah sampai depan kaunter permohonan Visa hari tu. Yela, datang jauh-jauh dari Ipoh, ambil cuti sehari, sampai depan kaunter dia kata “Eh Puan salah tempat ni. Puan patut pergi ke Embassy Japan di Penang bukan kat sini”. Sebabnya, aku dan suami menetap di Ipoh dan juga bekerja di negeri Perak, maka tergolong dalam zon Utara dan bawah kedutaan Jepun di Pulau Pinang bukan di KL.Derr..1st time datang sini, manalah aku tau!

Tapi bila aku ayat baik punya cakap keluarga aku staying here barulah dibenarkan. Itupun aku kena tulis surat rayuan dan berjanji dalam tu next time aku akan buat Visa dekat Kedutaan Jepun di Pulau Pinang dan bukan lagi di Kuala Lumpur. So, take note tu yer uols. Jangan terkena cam aku! Sia-sia!.

4. Tiga Hari Visa siap

So, dapat je resit Visa tu simpan elok-elok jangan dihilangkan sebab 3 hari lagi boleh datang kutip. kalau tak dapat datang boleh hantar wakil asalkan resit tu ada bersama. Benda ni dah kira setel. Aku dan hubby plan nak gi amik hari Jumaat 14 September 2012 semasa mesyuarat kat Putrajaya. Senang! Tak payah nak amik2 cuti. Fyi, Kedutaan Jepun ni tutup pukul 4 ek. So, korang yang kerja area KL tu jangan verangan nak datang apply pukul 4. Datang lambat, dh tutup ‘kedai’ tau!

5. Mohon pelepasan ke luar negara dan insurans

Ni sesiapa penjawat awam mesti tahu pasal permohonan ke luar negara mesti dibuat dari Jabatan masing-masing. Keizinan ke luar negara ini juga termasuklah perlindungan insurans yang diperoleh dengan percuma sekali setahun untuk penjawat awam. So, jangan lupa minta izin dulu nak ke luar negara kalau tak nanti diambil tindakan woahhh! Wa takuttt!

6. Converter Ringgit to Japan

Ni memang pentinglah sebab nak kena convert Ringgit to Yen awal. Kalau convert di jepun, dapat sikit je berbanding di sini. So aku dah plan nak pergi money coverter kat PKNS, Shah Alam tu untuk convert duit pada pengurup duit itu! Korang boleh check converter kat sini 1 or kat http://fx-rate.net/MYR/JPY/. Mana-mana yang convenient to you all!

Contoh :

RM 1 : 25.24 Yen, as of the date 11.09.2012

7. Boarding Pass & Resit Hotel

Sebenarnya dah check in lama dah tapi mengada je belum print. so kenalah print siap-siap sekarang ni kan. Hehe! Karang melangut depan pramugari pun tak de sapa bagi masuk! Sama juga dengan booking hotel dan resit bayaran yang dah dibuat. lebih baik ada hard copy siap-siap daripada susah payah nak terangkan apabila sudah sampai di sana nanti. Tempahan bilik hotel boleh dibuat dari Agoda.com, booking.com dan sebagainya. Aku lebih prefer Agoda.com sebab bayaran terus dibuat dan tak payah nak buat bayaran lagi apabila tiba di sana nanti.

8. Katalog tempat-tempat menarik di Osaka, Jepun

Sebenarnya nanti bila dah sampai Kansai International Airport, banyak je travelogue untuk kita lihat tempat-tempat menarik di jepun beserta pakej. tapi untuk memudahkan kita rancang perjalanan awal, lebih baik kita print siap-siap katalog perjalanan tempat-tempat menarik lebih awal supaya tak tercari-cari mana tempat nak tuju di sana nanti dan mengelakkan dari tertipu dengan ulat tiket. Yelah, masa singkat dan bajet pun terhad, jadi baik google sekarang! Antara katalog tempat-tempat menarik yang boleh dirujuk adalah seperti TripAdvisor.com yang menyenaraikan tempat-tempat menarik beserta ranking.

Done!

9. Shopping makanan ringan ke Jepun

Part ni memang saje je sebenarnyer. Tak wajib pun untuk orang iktu tapi advisable better bawa makanan dari Malaysia yang ringan-ringan macam maggi, roti and biskut supaya korang boleh berjimat dari segi makanan di sana. Tekak memang confirm tak leh masuk Mi dan sushi so baik bawak backup awal-awal!

10.Perjalanan ke Airport

Kat sini pun kena plan jugak dari segi nak ke airport untuk naik flight ke Jepun. nak drive sendiri ke, nak minta orang hantarkan ke, nak naik LRT dari Putrajaya / KL Sentral ke. Apa-apa pun untuk pengetahuan semua tambang parking di LCCT ada dua zon, satu zon A dan satu lagi Zon C. Tak tahu pula mana zon B? Tapi paling minimum sehari RM33.50. so total kalau 3 hari parking adalah RM100.50. 

Harga parking di KL Sentral pula maksimum RM30 sehari manakala kalau letak kereta di Putrajaya Sentral paling murah seperti berikut:

RM 2 per entry (RM 7 perday) – Untuk hari pertama sahaja
After 12 midnight RM 5 per day – Untuk hari berikutnya.
 
Jadi kalau letak tiga hari baru RM21, sangat jimat berbanding tempat lain! Bezanya dari Putrajaya Sentral ke LCCT hendaklah menaiki ERL atau bas. caranya mudah je, beli tiket di Putrajaya Sentral dan beritahu mahu perjalanan direct ke LCCT dan mereka akan berikan tiket ke Hentian Bas Salak Tinggi. ERL akan hantar hingga ke bus stop Salak Tinggi dan dari situ naiklah bas ke LCCT. http://janggeltrekking2.blogspot.com/2011/05/erl-dan-bas-sahaja.html

Now, dah setel all the checklist, time to travelling! Weeeee! bye-bye bos, bye ofis, bye-bye Malaysia!

Your comment will reflect your IQ, so it better be wise. Anything that contain harsh word will automatically be sent to spam. TQ Wordpress. U make my day! Hehe! -Sabar itu Separuh Dari Iman-

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s