Kekuatan

Kekuatan. Kegagahan mengangkat besi dengan satu tangan?

Kekuatan melangkah atas bara api tanpa kasut?

Ya, mungkin itu kuat. Tapi ia sekadar kekuatan fizikal yang sesiapa sahaja boleh bina dan latih bertahun-tahun. Ia boleh diukur dengan panca indera dan terlampau ‘predictable’.

Kau sudah tahu apa kekuatan si A, B or C ni sebab banyak yang dipamerkan hanyalah kekuatan fizikalnya sahaja.

Tapi hakikatnya kau tak tahu yang sebenarnya si A tadi yang jaguh bina badan terjerit-jerit terkincit apabila terserempak dengan si tikus cencorot yang menyelinap di bawah kerusinya untuk mencuri sekeping roti yang semalam A lupa untuk habiskan.

Tiada siapa yang tahu kekuatan seseorang.  Don’t compare your life to others’. You have no idea what their JOURNEY is all about.

Bagaimana kau nak tahu bahawa kau bertemu seseorang yang’ ‘kuat’ atau tidak? Perkara yang batin dan tertutup ini harus kau capai dengan instrumen lain. Kau tak boleh tengok dengan mata kepala. Seperti nama blog ini, kau harus tengok dan tatap dengan mata hati.

Sentuhlah di hati, di situ kau akan nampak kelembutan yang sebenar dari segala kekebalan yang terselindung itu. Belajarlah gerak suara dan bahasa tubuh. Lihat tatapan matanya terus bertentang dengan mata kau atau takut nak bertentang. Lelaki lebih mudah untuk ditebak berbanding wanita.

Sebab lelaki kebanyakannya kuat fizikal, tapi sebenarnya dalamannya rapuh. Sebab itu lelaki yang berjaya dengan pelbagai perkara boleh jatuh dengan hanya tiga TA, iaitu; Harta, Tahta dan Wanita.

Pengalaman yang kita lalui yang mengajar kita untuk jadi kuat seperti sekarang. Misalnya, kalau dah sepuluh kali jumpa lelaki loser, nanti bila jumpa buat kali ke sebelas…ahh senang je kau nak patah-patahkan. Apa perlunya kekuatan dalaman ini? Inilah penyelamat di kala kita lemah dan hampir berputus asa.

Sentiasa menjadi cahaya positif dalam diri kita apabila menemui kegagalan. Kita tak perlukan sesiapa untuk meyakinkan diri untuk bertindak, asalkan ia tidak salah di sisi agama dan benar, kekuatan dalaman itu akan bersama kita untuk mengharungi semua kepayahan.

Bukan tenaga dan Redbull sebagai extra energy, but its mental dan kekentalan jiwa. Dengan kekuatan ini, bumi pun boleh terbalik.

Kekuatan dalaman itulah baru kekuatan sebenar. Kekuatan seorang lelaki menahan marahnya atau kekuatan seseorang wanita menahan malu apabila maruahnya diaibkan.

Ketabahan seorang ibu tunggal yang membesarkan anak-anaknya seorang diri apabila si suami telah meninggalkannya begitu saja.

Kekuatan. Kau takkan dapat kekuatan tu dalam sehari. You have to earn for it.

Jangan tersilap menilai kekuatan orang dari luaran kerana imej bisa menipu kamu. Menipu hidup-hidup. Ia boleh jadi magik syaitan untuk kau percaya apa yang kau nak percaya je.

Kau takkan tahu kekuatan dalaman sejauh mana sebab ia tidak dipamerkan. Apabila diuji barulah kekuatan yang sebenar itu akan terpancar, menyala-nyala cerah untuk kau gunakan.

Jadi, tidak mengapa kalau kau lembik dan tak kuat macam The Rock asalkan at the end of the day kau rileks dan tak gabra walaupun baru tadi kau gagal interview untuk ke sepuluh kali. Senang sahaja nak bina kekuatan dalaman, percayalah;

“Those who kneel down to ALLAH can stand up for anything.”

P/s : Be strong for everything, i’ll always be there for you. Thats all we need. =)

5 Respons to “Kekuatan”

  1. hai isteri abg yg super woman

  2. Cik Mata Hati Says:

    hai suami yayang yang super awesome!

  3. kesedihan dan penderitaan menghasilkan kekuatan..sabar dan tawakal…pulangkan semua kesediahan kepadaNYa..dia yang Maha Berkuasa menukar kesedihan kepada kekuatan🙂

  4. Cik Mata Hati Says:

    Yup, sandarkan dugaan2 dengan berpaut keimanan pada Allah. Itulah kekuatan kita di saat2 susah dan senang.

  5. […] Kalau nak tahu makna “kekuatan sebenar”?, klik sini Kekuatan. Cantik dan seksi bukan taruhan semata-mata. Kalau hati budi tidak elok, cantik pun tak ke […]

Your comment will reflect your IQ, so it better be wise. Anything that contain harsh word will automatically be sent to spam. TQ Wordpress. U make my day! Hehe! -Sabar itu Separuh Dari Iman-

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s