Desperado Yang Terlampau

Kau rasa badan gatal-gatal dan tangan asik nak garu apabila tengok perempuan hot lalu? Kau rasa tak leh tidur lena di waktu-waktu malam selagi tak dapat hantar komen lucah dekat awek-awek di Fesbuk. Kau rasa bangga tapi tak perasan ramai orang nak muntah! Geli kot~

Kau rase mesti nak test power mana-mana perempuan yang tengah single untuk dijadi teman berSMS terutama ketika sedang lepak bersama geng di kedai mamak (supaya tak nampak loser sangat) atau untuk dijadi teman bergayut sebelom tidor. Dah stim mungkin dapat tidor lena.

Ni maknanya kau memang dah lama sangat single sampai kau bertukar menjadi desperado yang terlampau. Kawan-kawan lelaki aku pon banyak jugak yang single. Tapi cool je tak de pun desperate.

Ade jenis lelaki yang desperate untuk dapatkan perhatian dan kasih sayang perempuan, bukan sahaja kasih sayang dari awek dia, tapi kasih sayang dari semua makhluk yang bernama perempuan. Pantang putus je nak kuar dating awek baru konon enjoy life single padahal dah kemaruk nak main!

Desperado Ala Romeo akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi hero depan perempuan, walaupun diorang berusaha bersungguh-sungguh namun belum mampu membuatkan dorang ni kelihatan hebat, sebaliknya orang macam ni akan kelihatan sadis.

Lepas tu biasa tak situasi begini:

Malam-malam lebih kurang kul 1.00 pagi..

Baru jer landing nak tido..

tetiba jer masuk satu sms .. dr sapa aku pon tak tau…

Dia: Oiiitt dah tido ker..?? sangap arrr… phonesex jom!

Aku: kuang ajor nyer!! ni sapa plak yang miang sesangat nih…??

Dia: eh silap nombor.. soriiii…………..

eeeiiiii………. ada jugak lelaki macam gini ek..??

desperado!

Tapi dia masih percaya yang dia adalah lelaki idaman setiap perempuan, dia akan buat apa sahaja asalkan dapat kena jek. Lelaki jenis macam ni ramai, tapi dalam satu-satu kelompok tak boleh wujud lebih dari 2 orang Desperado, sebab persaingan yang timbul ibarat adengan perampasan takhta kerajaan majapahit.

 Selalunya, awek kepada desperado kerap makan hati dengan kelakuan dorang, awek akan rasa diri tak special pun bila dibandingkan dengan perempuan-perempuan yang cuba diimpress oleh desperado, kadang-kadang tu sampai tahap adik, bakal mak mertua,ngan opah pun dia akan cuba bermulut manis dan layan abis.

 Cakap je apa saja, tolong beli santan? pacak tiang sidai baju? belikan nasik lemak pukul 2 pagi kat pekan? tolong hantar amik kerja walaupun tempat kerja jauh 20km setiap hari? semua bisa diatur dong, Upahnya pulak, bukanlah menggadai body, bukan jugak bagi duit, cukuplah dengan puji-pujian dan perhatian spesel kepada dia.

 Senang cerita, Desperado Ala Romeo ni tak boleh orang lain lebih di depan audience perempuan dari dia. dia mesti nak jadi Numero Uno di depan awek, bakal mak mertua, classmate perempuan, lecturer perempuan, officemate perempuan. Dia Mahu jadi hebat dengan cara yang desprate. Even bukan dengan galfren sendiri pun dia nak nampak gah di mata-mata pompuan lain. Omaigod..desperatenye ha!

Senang je nak tahu laki desperado nak berawek ni:

  • Tanda Pertama 
    • Sikap Caring Mengejut.
      Erm.. Tanda ni selalunya muncul secara tiba tiba. Selalunya, baru kenal je pun, tapi dia dah beria beria menunjukkan ke“caring”an . Contoh eh, dia nak pindah rumah pun, mamat tu tolong secepat mungkin, dia nak pergi cari toilet kat shopping complex pun mamat tu gak tunjukkan ! Haha.. Tu belum lagi, benda benda remeh yang mamat tu nak tolong buatkan ! Seriusss .. ini pernah berlaku !
  • Tanda Kedua 
    • Facebook !
      Facebook, dah jadi kewajipan orang masa kini memiliki satu atau dua atau tiga akaun kan? Hehe.. Bagi yang terdesak, beliau akan meng”add” sebanyak mana perempuan perempuan cun yang ada dalam tu dan kemudian berhajat untuk mengorat mereka ! Walaupun tak kenal, tapi dek kerana sifat dalam diri yang berkobar kobar untuk menamatkan status single, mereka sesedap perencah je add orang senang senang !
  • Tanda Ketiga
    • Guna Member !
      Ni lagi la syiok, pantang tengok member lelaki dia ramai kawan pompuan cun cun sikit , mula la suruh adjust sana sini. Suruh aturkan date la, aturkan makan cekedis di tepi jalan la dan macam macam lagi. Kekadang, yang member tu pulak dalam keadaan dilema, ye la, karang tak pasal  pasal dicop “saving” dengan member sendiri . Hoho.. Apa macam bro?

P/s : Chill la bro. Jangan jadi desperado. Luangkan masa untuk diri sendiri lebih sikit. Manjakan diri dengan proses membaik pulih, jiwa dan nurani.

Your comment will reflect your IQ, so it better be wise. Anything that contain harsh word will automatically be sent to spam. TQ Wordpress. U make my day! Hehe! -Sabar itu Separuh Dari Iman-

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s