Daddy’s Little Gal

Ingat lagi masa aku umur tujuh tahun dan aku mintak ayah tolong tuliskan cover depan buku skrap sebab tulisan ayah cantik. Ayah dengan berhati-hati tulis kat depan buku tu nama sume!

Lepas tu, aku mintak pulak ayah ajarkan Matematik dan terangkan peribahasa-peribahasa Bahasa Melayu.

Ayah yang sebenarnya garang tapi semasa mengajar langsung tak garang dengan aku tapi sempat lagi tengking Ezrin yang asik memekak kat belakang. Walaupun aku cerdik sikit, tapi ayah layan aku sama je macam anak-anak lain.

Ayah aku bukan jenis macam ayah-ayah lain yang serahkan urusan jaga anak-anak dekat emak semata-mata,  tapi sama-sama uruskan kami semua.

Dari sediakan makanan kat meja kalau emak tak sempat sampailah uruskan kami ke sekolah.

Even kalau aku cakap kat kau yang ayah aku tolong emak aku buat satu benda je kat umah tu, basuh baju, angkat baju dan sidai baju pun kau takkan percaya. Tu je satu-satunya benda yang ayah buat kat rumah selain tengok tv dan baca paper tapi dah seakan menjadi satu terapi pada ayah.

Ayah jadikan tu tanggungjawab yang sangat penting dari aku bukak mata sampai la ni. Sekarang ayah siap boleh complaint kalau kami sidai kain tak lurus garisannya!

Ayah juga tak segan nak memasak untuk kami macam lempeng dan nasi goreng semasa mak aku busy kerja dulu-dulu kala, beranak or gi kelas PLK Degree! Ayah aku memang panas baran dan cakap agak pedas tapi tak pernahlah ayah aku maki or jentik emak aku!

Ego-ego dan panas-panas ayah aku pun, kalau emak aku membebel panjang-panjang disebabkan ada yang tak puas hati, ayah aku diam jeeeeeee!

Bukan sebab takut bini, tapi sebab ayah aku tahu yang emak aku sedang meluahkan perasaan tak puas hati dan faham perempuan emosi lebih! Tu belum lagi part emak aku beranak enam-enam sekali ayah aku yang jaga masa berpantang! Baik tak ayah aku?

Tapi, ego ayah tetap ada dalam hal-hal lain macam ayah cukup marah kalau ada orang yang cuba cari pasal dengan emak dan anak-anak. Protective gle!

Cuba nak buli ke or mengata ke, mesti datang heroic act ayah dan sound direct je orang tu. Lagi-lagi yang cuba nak mengorat or jeling-jeling kat emak aku yang cantik jelita macam aku. Haha. Bayangkan laki zaman sekarang mana ade nak cari macam tu.

Siap kutuk pasangan dekat kawan-kawan! Dengan anak-anak pun ayah tegas, ayah aku cukup tak gemar kalau kami pakai seksi-seksi keluar rumah or balik rumah lewat malam.

Nak kawan dengan budak-budak nakal lagilah jangan harap sebab ayah aku dah pasang spy! Sat gi dengarlah bebelan yang cukup laser ke telinga kami. Ayah aku memang tegas tapi ketegasannya itu sebab dia sayangkan kami!

Aku faham ketegasan ayah itu sebab sedikit sebanyak aku turut warisinya! Tapi, aku bangga. Sebab ayahku, lelaki sejati! Bukan dayus!

Salah satu sikap lelaki sejati tu adalah sangat bertanggungjawab. Jangan haraplah ayah nak keluar dan pulang pagi sorang-sorang sebab tengok bola kat kedai or main wau dengan kawan-kawan! Prinsip ayah aku, dah kahwin mesti buang hidup bujang dan mesti tunjukkan contoh yang baik!

Tak pelik kalau ayah sanggup tak tidur malam untuk pasangkan ubat nyamuk, pastikan semua pintu berkunci, untuk kejutkan sahur, untuk hantarkan kami ke interview or kejutkan aku hari pertama ke sekolah or tempat kerja.

Recently, ayah sanggup tidur dalam kereta tunggu aku habis interview PTD! Benda sama juga ayah buat masa angah interview pensyarah, masa alang nak kahwin dan masa anak-anak yang lain memerlukan ayah. Kami tak mintak pun ayah berjaga, tapi itulah ayah aku!

Kami tak payah risau pasal keperluan, sebab dijamin beres oleh ayah! Ayah takkan bagi kami drive bila-bila masa pun dan sanggup memandu berbatu-batu kilometre walaupun penat sebab risaukan kami driving! Dan, ayah tak pernah mengungkit-ungkit kebaikannya!

Salah satu kenangan sweet dengan ayah bila aku penah accident dan jatuh kat tar jalan, kuat betul aku jatuh sampai tangan seret tar dan ada satu batu kecil sebesar 5cm betul-betul tertusuk dalam tengah-tengah tapak tanganku.

Sebab aku lembab aku biarkan je batu tu melekat kat tangan sampailah few days later, ayah baru balik dari kerja dan aku dengan selambanya bagitau tapak tanganku ada batu.

Ayah dengan risaunya amik pengetip kuku, do some surgery on my palm and akhirnya cuci tanganku dengan dettol. Ayah did all that from the beginning till the end ok!

Tu belum lagi part aku selalu sakit even sebulan sekali tu paling kurang mesti demam panas. Dan, tiap kali demam mesti demam teruk. Yela, anak “bertuah” kan.. Hehe. Dan, tiap-tiap bulan tulah dari aku lahir-lahir kena tahan kat HTAR sampai sihat sikit dapat keluar sehingga aku boleh ingat, ayah dan mak jaga aku extra care.

Cari daun bunga raya tengah-tengah malam untuk lumurkan kat dahi aku yang panas terik, berjanji macam-macam hadiah dan makanan sedap-sedap kalau sihat lah dua,tiga jam sekali kejutkan aku mandi dan bagi makan ubat. Umur 17 tahun pun dapat suap bubur lagi kalau demam. Bayangkan.. Mane aku tak manje camtu! Hai..

Dan, bila hari ni ayah sakit dan terbaring lesu tak boleh buat apa-apa kerja, aku rasa tersentuh. Ayah sakit sangat sampai takleh makan apa-apa than bubur sebab akan menolak balik dari ususnye yang ada ulser tu. Kesian kan ayah aku? Admit to PPUM again today for another checkup. Sedih tau kalau one day ayah aku dah takde.

Dah 23 tahun ayah jaga aku leklok, dah binakan ‘jalan’ yang baik-baik untuk aku dan tak membenarkan sebarang unsur merosakkan aku, tiba-tiba TAKDE! Ah..tidakkk! Sebab bagi aku, lelaki yang paling penting dalam hidup aku adalah ayah aku..

Sedar tak seorang ayah adalah cahaya di hujung tunnel yang gelap, kalau takde cahaya ni, ko akan lost! So, masa mak ayah ada ni la kena appreciate mereka.

Aku tak nak tambah buat silap dalam dunia ni sebab masa aku dengan mak ayah aku bukan makin banyak tapi makin pendek! So, I dun have time for any stupid nonsense!

Banyak lagi kebaikan ayah yang kebanyakan ayah-ayah di muka bumi ni ada! Daddy, your ALWAYS by side when no one’s there”.

Ayah aku bukanlah Imam Besar or Tan Sri, just lelaki sederhana yang baik hati. Sebab itu aku nak cari laki macam ayah! Lelaki yang berlaku baik pada aku atas dasar die-memang-nak-buat-sebab-dah-jadi-tanggungjawab-dia untuk-buat-sebab-dia-sayangkan-aku dan bukan buat baik sebab ada udang di sebalik batu.

Ayah pun tak nak legacy nye terkubur dengan pass the baton pada orang yang tak tau jaga anak-anaknye dengan elok! Ayah sendiri pun tak pernah marah anak  sesuka hati, inikan orang luar! Tanggungjawab ayah tu tersangatlah besar dan seharusnya amanah itu digalas oleh orang yang layak dibuat suami!. One day, I’ll get married, have beautiful kids and make my mom and dad happy that I found “ayah’s” good quality for replacement.

Buatlah mak ayah korang hepi sebab dari situlah lies true happiness!! =) Doakanlah ayah aku cepat sembuh dan umur panjang untuk tengok aku kahwin dan jaga cucu dia plak yer! Haha!

P/s: Ayah dah sihat balik, alhamdullilah!

3 Respons to “Daddy’s Little Gal”

  1. faisal Says:

    sabar k… dugaan 2…. setiap berlaku ada sbb……..

  2. Cik Mata Hati Says:

    thanks faisal..

  3. Ur Future Husband Says:

    u will never regret coz u have found ur ‘ayah’..hehe

Your comment will reflect your IQ, so it better be wise. Anything that contain harsh word will automatically be sent to spam. TQ Wordpress. U make my day! Hehe! -Sabar itu Separuh Dari Iman-

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s