15 Sebab Perempuan Tinggalkan Lelaki

1. MENINGGIKAN SUARA

Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun berlaku hal-hal kecil je. Bosan sungguh!

2. MAIN KAYU TIGA

Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Depan kita merayu-rayu  bersumpah setia, tapi bila dah dapat..mula cari gadis lain dan mengadu pula keburukan pasangannya! Kata pasangan macam-macam sebagai modal untuk meraih simpati si gadis tu!

Tu belum lagi bab habis kredit call perempuan-perempuan lain. Lepas tu, bila si gadis menyampah tak dapat call sebab asyik call waiting jer, call tak angkat atau kredit lelaki tu asyik habis dengan misterinya, kamu salahkan gadis tu tidak paham pulak!

3. SUKA ‘CUCI MATA’

Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG

Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Ada yang kes stalk di rumah dan tempat kerja untuk tahu aktiviti si kekasih! Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan.

Galfren pakai tak cantik sikit pun mula lah nak complaint! Padahal si lelaki tu pakai baju koyak-koyak tak apa! Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?

5. TUNJUK EGO KE ANGKUH?

Jika terlampau EGO, bagaimana untuk perempuan mencintai jika dia hanya ‘menyembah’ lelaki yang merasakan taraf dia lebih tinggi dari perempuan. Seolah-olah, dialah KING OF THE WORLD!

Ego dan ketegasan yang seorang lelaki PATUT ADA seperti ego tidak mahu makan duit pasangan, ego dan terasa dayus kalau pukul perempuan, ego tidak mahu perempuan bersusah payah memandu untuk kamu, atau ego jika pasangan diganggu lelaki lain!!

Tapi janganlah berlaku bongkak dan angkuh pastu yakini itu “ego”. Contohnya, “ego” lelaki-lelaki chauvinist yang sudah berikrar takkan buat kerja-kerja perempuan seperti tolong bini di dapur, “ego” lelaki biasa yang tak mahu isteri bekerjaya lebih hebat daripadanya,  “ego” tentang kehebatannya di atas “katil” dan “ego”  enggan mengaku salah apabila dah melakukan kesilapan, sorrylah, ini bukan “ego” tapi bongkak dan bodoh! Matlamat utama egonya yang akan tercalar jika tidak dapat menundukkan perempuan, ITU SAHAJA!

6. MENIPU

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu,menipu dan menipu! Lepas tu janji, janji,janji dan berulang kali memungkiri janji!! Rasa macam perempuan bodoh pulak bila perasaannya asyik diremehkan! Yang lelaki sanggup mereka-reka alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan, padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri.

Janji nak berubah hanya menanam tebu di bibir apabila sewenang-wenangnya lelaki mungkiri!

Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka memungkiri janji ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda dan kurang menghormati anda!! Gadis tu akan berkata “macam mana i nak hormat u, janji u tak pernah betul!”

7. PERASAN 

Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem, dia terasa cukup sempurna dan boleh dapatkan sesiapa saja!

Ada juga yang boleh pulak menghakimi diri sendiri dan kemudian menabalkan diri sebagai lelaki paling baik dalam dunia! Kira bajet ada ‘halo’ atas kepala la? Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita.

Lepas itu mula hebah pada semua orang yang pasangannya bernasib baik jer dapat dia tu!

In reality, pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Mungkin dengan memuji-muji diri sendiri dapat meningkatkan paras self esteemnyer yang semakin hilang!! Jangan over confident yer bang!!

8. MENGUNGKIT DAN MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya.

Ada juga yang suka mendahulukan kemahuan mereka dan  mengungkit-ungkit segala kebaikan yang pernah diberikan kepada pasangan!  Kalau boleh semua yang pernah diberikan pada pasangan mahu dibalas balik.

Keluar dating dan isi minyak 10 ringgit pun diungkit-ungkit seolah-olah si gadis tak pernah ade satu kebaikan pun!

Dia merasakan duit yang dihabiskan pada perempuan itu hanyalah satu pelaburan! Betapa rendahnya nilai perempuan tersebut sehingga dianggap satu komoditi! Lelaki macam ni nak hidup dengan kita? Bercinta pun tak ikhlas, inikan kalau dah kawin dan anak-anak dah ramai. Susu botol anak-anak tu pun diminta bayar balik!!

9. PANAS BARAN

Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya dan maki pasangan.

Masuk traffic jam pun mengamuk, order makanan sampai lambat pun mengamuk, mintak putus  pun mengamuk, sikit-sikit menjerit dekat pasangan seolah-olah dia seorang je yang boleh marah!!

Cuba kalau kekasihnya melawan balik ,pasti dikatakan kurang ajarlah, egolah!

Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun taik telinga dah nak terkeluar dan sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap cekik dan sepak terajang?

10. KAKI MEROKOK

Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Lepas tu tak mengaku, tipu pasangan sebab tak nak dengar berleter!

Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan.

Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

11. PENGOTOR

Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodorant, bangun pagi tak cuci muka, pakai stokin yang sama hari-hari dan macam-macam lagi sampaikan orang pandang semacam pun dia tak sedar.

Tidakkah mereka ini terasa segan apabila pasangan sanggup menerima segala macam perangai pengotornya?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya. Kalau si gadis itu boleh terima, tak mengapalah!

12. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN

Sanggup mendahulukan pandangan kawan-kawan daripada perasaan kekasih! Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun pergi PARTY bersama kawan-kawan. Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia.

Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia.

Ingatlah, bila Nabi Adam kesunyian di syurga, Allah tak ciptakan 10 kawan untuknya. Tetapi Allah ciptakan seorang wanita bernama Hawa sebagai pelengkap dan peneman hidupnya!

13. TIDAK TAHU MENGHARGAI

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Inilah jenis lelaki yang tak sedar dek untung!! Dah selalu dibantu teman wanita pun, masih lagi katakan teman wanitanya kurang baik Yang teman wanitanya pulak, tak pernah sekali pun ungkit segala kebaikan yang pernah diberikan!

Lepas itu bila diberikan peluang kedua, tak tahu hargai dan lakukan kesilapan sama berulang-ulang-ulang kali! KALAU DAH BERAPA RATUS, MANA TAK FEDUP?.

Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Kononnya tak nak bagi si dia naik kepala la! Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda dan buatlah dengan ikhlas.

14. PUTAR BELIT

Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Mereka putar belit cerita sehingga semua kesalahan akan pergi kepada orang lain! Berhentilah!

Anda hanya akan buat marah sebesar kuman menjadi sebesar gunung berapi!!

Kamu jangan terlupa yang kaum perempuan ni dikurniakan Allah dengan hati yang halus. Mereka lebih cepat tangkap apabila lelaki berpura-pura! Akhirnya, kamu juga yang melepas sendiri sebab kebenarannya akan keluar juga.  Jujurlah pada pasangan anda! Kalau cinta, katakan cinta. Jangan jadi putar alam!

15. MACHO TAPI HANCUR

Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak, hancur je yang lebih kot! Kata macho tapi nak ngorat mintak tolong POSTMAN! Wei, lelaki sejati kena gentle la! Lebih tak macho bila sudah putus, kamu berdendam dengan pasangan dan cuba menjustifikasi tindakan kamu dengan MEMBURUK-BURUKKAN pasangan pada semua orang!

Tambah tak macho, bila  kamu perasan macho dan mana-mana saja perempuan melintas di tepi jalan, kamu sambar dan mengorat atas dasar BOLEH DAPAT SESIAPA SAJA asalkan ada BOOBS dan BOOTY! Kamu sedar tak ni bukan macho, tapi karakteristik PATAH HATI?

Kalau kamu di zaman cinta monyet takpe la buat begitu, tapi kalau dah umur dah layak nak jadi bapak budak, dari MACHO nampak HANCUR sebab terserlah lack-of -libido di situ!  Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

Jadi lelaki, kamu ada salah satu perangai di atas atau kamu ada kesemuanya? Jika ada, ternyata jelaslah anda ditinggalkan kerana kekasih dah tak tahan, meluat, rimas, muak, penat, dan fedup dengan perangai kamu!  “Sorry, but we wasn’t meant to be!”

P/s: “Cinta hanya layak untuk insan yang ikhlas mencintai dan bukan untuk dipersendakan!” Nak tahu cara hilangkan stress klik sini

6 Respons to “15 Sebab Perempuan Tinggalkan Lelaki”

  1. taley share kt fb n twitter ke?

  2. Cik Mata Hati Says:

    blh je..

  3. kadang2 perempuan pn same jg~

  4. Tanpa Nama Says:

    btl pun , malah mmg pnah sy mnx pts sbb salh 1 prangai dye ad kat ats uwh

  5. siti nazira Says:

    mmg pn,malah sy pnah mnx pts coz salh 1 prgai dye ad kat ats uwh

Your comment will reflect your IQ, so it better be wise. Anything that contain harsh word will automatically be sent to spam. TQ Wordpress. U make my day! Hehe! -Sabar itu Separuh Dari Iman-

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s