Apabila laki cakap NAK + SAYANG, tapi…

Perempuan zaman sekarang dah bijak-bijaklah! Bukan jenis sikit-sikit bila orang laki cakap sayang, cakap nak, mule la nak angau ke main! Padahal entah betul entah tidak si dia tu sayangkan kita sepenuh hatinya. Perempuan zaman sekarang lebih matang dalam mengenal ‘jauhari dan manikam’, lebih bijak dan berpengalaman dalam mengenalpasti ciri-ciri NAk dan SAYANG yang diucapkan oleh lelaki-lelaki tersebut! Bak kata pepatah, ACTION SPEAK LOUDER THAN WORD! So kat sini ada sedikit cara-cara untuk perempuan menilai yang tersurat dan yang tersirat, APABILA LAKI CAKAP NAK & SAYANG, TAPI..:

1. “Nak + sayang, tapi ada jodoh adelah” = Mereka just cakap je sayang, tapi tak maksudkan! Cakap je lebih tanpa usaha sebab tak ada ape nak dibuktikan! Kalau dapat, dapatlah! Bukan betul-betul nak pun!

2. “Nak + sayang, tapi tak pandai bercinta” = Laki jenis ni banyak harap kat perempuan yang cari jalan untuk bersama dengan alasan dia tak pandai bercinta! Sebenarnya laki ni bukan betul-betul tak tau nak bergalpren, dia tau tapi malas nak mengorat! Just go with the flow katakan..

3. “Nak + sayang, tapi takut nak dekat”= Berani kerana benar, takut kerana salah! Laki ni ada buat banyak salah di belakang, banyak kekurangan dan tak jujur!  Dia sebenarnya bukan takut dengan ko, tapi takut dengan bayang-bayang sendiri dan tak yakin boleh  berubah untuk dampingi ko!

4. “Nak + sayang, tapi I tak deserve U, U baik sangat!” = Laki ni tak suka ko betul-betul pun, dia juz nak bagi alasan bagi ko faham-faham sendiri n angkat kaki!

5. “Nak + sayang, tapi malu” = Laki ni sebenarnya tak malu pun, saje gedik nak tengok ko jawab pe. Kalau ko cakap jangan malu, sat gi dia akan lagi gatal dari buaya darat!

6. “Nak + sayang, tapi jumpa mak bapak nanti dulu” = Dia belum bersedia nak serius ngan ko! Udah-udah la tu berangan nak kawin dik oi!

7. “Nak + sayang, tapi mesti rahsiakan hubungan” = Kat belakang ko dah ramai awek dia cakap benda same! You’re one of his scandal!

8. “Nak + sayang, tapi nak masa untuk diri sendiri” = Ni jenis laki pentingkan diri sendiri. Bila dia nak ko, dia akan cari ko. N bile dia rasa die xnak ko, die hilangkanlah diri!

9. “Nak + sayang, tapi tak nak komitmen” = Ni jenis asyik tangguh bila ko ajak ke next level macam couple,tunang, kawin dan etc. Sebenarnya mamat ni belum betul-betul yakin dan pasti ko ni lah THE ONE untuk dia. Bila ko suruh buat keputusan, dia asik tangguh dan amik masa  lama-lama sebab dia nak enjoy puas-puas dulu dan explore apa option yang ada,  sebelum settle down ngan ko!

10. “Nak + sayang, tapi I tak sengaja sakitkan hati U” = Come on la beb, takkan 20x gadoh benda sama stil tak sengaja? Dia nak kat ko, tapi nak kat your body and not your heart! Bila cakap macam ni, nampak sangat kurang bagi perhatian dengan apa yang gal tu nak dan hanya pentingkan apa yang diri sendiri nak.  Kalau dia sayang, dia takkan lukakan hati ko dengan sewenang-wenangnya la. Kalau sayang, dia akan takut kehilangan ko dan akan berhati-hati dalam sebarang tindakan. Kalau sayang, dia akan bahagiakan ko dan bukan sebaliknya.

11. “Nak + sayang, tapi I takde masa nak call” = Dia kisah banyak benda lain yang lebih penting daripada ko! Bagi dia ko tak la penting sangat pun. Kalau ko tak de pun takkan tinggalkan sebarang kesan pada dia!

12. “Nak + sayang, tapi perangai U takde sape boleh tahan, I sorang je boleh!”  = Ni la namenye reverse pyshology! Laki camni sebenarnya pandang remeh dengan kemampuan psikologi ko! So, dia rasa dengan cara merendahkan keyakinan ko, ko akan pilih dia! Inilah usaha untuk buat ko rasa seolah-olah ko loser sangat dan takde sape dalam dunia yang nak kat ko lagi dah selain dia! Ni jenis laki over-confident-yang-rasa-dia-paling-power. Kat situ boleh nampak sangat yang dia pura-pura je bertahan dengan ko selama ini!  Benda ni akhirnya akan buat wanita tu rasa tercabar untuk buktikan kata-kata lelaki tu silap!

Get it? Laki…, as simple as that!  So typical!

P/s : Sume orang boleh nak, sume orang boleh sayang. Tapi yang membezakannya adalah matlamat mereka, sama ada untuk menjadi pasangan hidup, kawan biasa atau sekadar menjadi teman di waktu kesunyian!!! Mari renung-renungkan.

5 Respons to “Apabila laki cakap NAK + SAYANG, tapi…”

  1. Tanpa Nama Says:

    bagus juge pandangan2 di atas.. but then how to know yang positive sides pule? cthnye laki tu syg and cinta tapi mmg at one point sgt2 tak tahan dgn sikap si gadis yang kdg2 manjanye melampaui batas sampai tak mahu memahami langsung.. nak beritahu yang sebenar pula nanti si gadis jenis yang tak boleh menerima sebab background die, die kata org tak suke diala, die takde org yang ambil peduli and all.. so this guy pun manjakan die in return to let her know that he is there.. tapi who is there for him pula.. the guy pula mmg tak mahu kehilangan the girl.. how?

  2. Tanpa Nama Says:

    sorry tadi lupe tinggalkan email.. komen yang pasal laki tak tahan sikap manja melampau gadis

  3. Cik Mata Hati Says:

    Kalau gal tu mmg manja melampau, and laki tu willing to accept n try to change her, it wouldnt be a problem. Berbincanglah mcm org besar n laki tu bgtau ape die kesan2 bile manja melampau ni n ape yg laki tu xleh bg. Kalau gal tu manja tapi matang, die boleh terima.! Kalau tak leh terima, mungkin kena sampaikan slow2 bg paham.

  4. sgt stuju dgn entry nie..lelaki sng je ckp syg..pdahal sje2 nk maenkn pompuan

  5. Tanpa Nama Says:

    sapa kate???diowng masing2 leh pk…..xkn tau lag kot ape maksud setia tu??

Your comment will reflect your IQ, so it better be wise. Anything that contain harsh word will automatically be sent to spam. TQ Wordpress. U make my day! Hehe! -Sabar itu Separuh Dari Iman-

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s