Kategori Orang Bercakap

Anda tergolong dalam kategori mana ketika bercakap? Orang yang bercakap mempunyai tujuan yang berbeza beza. Dan boleh di kategorikan seperti berikut:

  1. Golongan cakap orang merapu
  2. Golongan orang peramah
  3. Golongan kaki cakap
  4. Golongan cakap sebagai pejuang
  5. Golongan cakap orang politik
  6. Golongan cakap orang pendiam
  7. Golongan cakap orang sombong
  8. Golongan cakap orang biasa
  9. Golongan cakap cakap nak perdaya
  10. Golongan petah bercakap
  11. Golongan cakap hendak tunjuk pandai
  12. Golongan cakap cakap kotor dan lucah
  13. Golongan cakap suka memaki

Bagaimana pula dengan teknik dan intonasi ketika bercakap? Mengikut Wasiat ke-7 Al-Banna, Fahri Abdullah al-Masri, Imam Hasan al-Banna mengatakan “Jangan bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kita”.

Percakapan yang nyaring dan kuat banyak mengundang masalah seperti mengundang kemarahan orang dan menyuburkan takbur di hati para penceramah dan pendakwah itu sendiri. Dalam hal ini, seorang bapa yang bijaksana, Luqman al-Hakim menasihatkan anak-anaknya sebagai berikut:-

“Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata) , sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.”[Luqman: 19]

Justeru, menjadi tanggungjawab ibu bapa menasihatkan anak-anak mereka agar tidak meninggikan suara ketika berbual bersama teman-temannya.

dg4bjxd_484c5hbpwhf_b2Ini kerana, hal meninggikan suara itu boleh menimbulkan pergaduhan. Hal kesantunan bicara ini turut disentuh dalam buku bertajuk Cinta Di Rumah Hasan Al-Banna yang memperihalkan kehidupan rumahtangga Al-Banna sendiri.

Di dalam satu bab, pernah dikupas perihal tiadanya suara-suara yang keras dan nyaring dalam keluarga beliau.

Semua ini menunjukkan bahawa Hasan al-Banna telah merintis jalan teori dan melaksanakan amalinya dalam keluarganya sendiri. Maka di sini, al-Banna benar-benar telah menjadikan wasiat Luqman al-Hakim itu sebagai panduannya.

Sikap nabi-nabi yang bersikap lemah-lembut kepada pihak yang didakwah juga patut diberikan perhatian.

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat) , dan kalau engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentu mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. [Ali Imran:159]

Demikian juga ketika diperintahkan kepada Musa a.s dan Harun a.s untuk berdepan dengan kezaliman Fir’aun.

“Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut.” [Taha: 44]

Jangan nyaring berwirid Malah dalam hal yang berkaitan dengan wirid, ratib dan zikir sekali pun, Allah s.w.t menyeru kita supaya meratibkannya dengan rendah dan tidak nyaring.

Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggarp  erintahnya) , dan dengan tidak pula menyaringkan suara pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai. [Al-‘Araaf: 205]

– Taman Syurga Yahoo Groups

Selain dari di atas ada peringkat peringkat yang bercakap ialah:

  1. Bercakap perkara yang perlu sahaja
  2. Bercakap yang terpaksa
  3. Bercakap kerana kewajiban
  4. Tidak suka bercakap
  5. Bercakap yang sengaja di sukat kerana menjaga status
  6. Bercakap yang menggoda. – http://hembusan-amal.blogspot.com/

Selamat Bercakap!

2 Respons to “Kategori Orang Bercakap”

  1. willy Says:

    “Kurangkan bercakap, banyakkan berzikir”

    -Renung2 kan dan selamat beramal..=)

  2. Cik Mata Hati Says:

    Dan juga banyak menulis..
    Saya golongan orang yang harus bercakap dan diapplikasikan dalam tulisan blog.
    Panjang lebar nak menulis perkara informative.

Your comment will reflect your IQ, so it better be wise. Anything that contain harsh word will automatically be sent to spam. TQ Wordpress. U make my day! Hehe! -Sabar itu Separuh Dari Iman-

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s