Kawan Yang Harus Di-Reject!

106129148_31464c0471Kawan, satu perkara yang selalu sangat dibualkan dalam hidup kita sebab hari-hari ‘benda’ satu ni asyik revolves around our life. Melainkan kita dok sorang-sorang kat Gunung Ledang sambil bertapa  dengan nyamuk, jin, kat sana tu. Jin, kalau boleh pilihan yang terakhir untuk dibuat kawan bagi orang darat normal macam kamu ni. Bagi makhluk Tuhan yang tinggal berbumbungkan atap zink dan satelit ASTRO serta dikelilingi pelbagai spesies, kita boleh pilih kawan kat mana-mana je sebab choices tu banyak.

Ada orang cantik, tapi menyedihkan. Ada pula orang yang dah la tak cantik pastu perangai pun huduh! Ada pula biasa-biasa tapi kategori pandai bawa diri dan boleh buat kawan. Satu bonus bagi individu yang ada semua, cantik, pandai bergaul dan perangai cukuplah molek sebab ramai orang yang nak berkawan. Tapi, mustahil sekali untuk kita puaskan hati semua orang. Neelofa pun bergaduh dengan Anzalna (Pastu sekarang dah baik balik). Nak tengok sama ada anda ni termasuk dalam kawan yang boleh pakai atau tak, sila check kategori-kategori member mengikut analisis di bawah ini :

Mr and Ms “Oh Tak Nak Dengar”

smiling-monkeySikit-sikit “Ah..tak nak dengar!”, “Eii..geli!, “Ahh.. I tak suka cakap pasal ni”,bila kita mula nak buka satu-satu topik dengannya. Jangan tertipu dengan imej urban,seksi meksi tak cukup kain aku zaman Flinstone, atau keperangan rambutnya untuk tahu mereka terbuka atau tidak. Cuba cakap pasal Pearl Kacip Fatimah terus spesies ini “Eii..tak nak ceritalah geliii”. Padahal kacip Fatimah selain untuk merapatkan apa saja yang tak rapat ia juga  sebagai penambah tenaga. Bosan kawan dengan orang macam ini sebab fikiran dia tertutup dan sempit apabila kita nak berbual pelbagai topic. Mungkin mereka nak tunjuk baik atau innocent seolah-olah‘otak aku masih suci lagi dan tak pernah tengok orang main’, tapi sebenarnya bila mereka beriya-iya nak cover, baunya lebih kuat dari yang tak cover apa-apa.

Mr and Ms Kembang Semangkuk

2887121154_0c996ce2dbBorak dengan dia asik dia je nak menang. “Akulah makhluk Tuhan paling seksi”, kata mereka dengan angkuhnya. Mak dialah yang tolong orang tu untuk masuk tempat ini sebab tempat tu tak dapat terima orang ni, dialah yang ada boyfriend paling hensem kat Malaya ni,dialah yang paling bijak dalam kelas, dialah orang pertama yang beli latest beg LV, UK macam belakang umah dia je coz selalu sangat pergi. Orang lain semua tak betul, dia je lebih tahu berbanding semua orang. Minah-minah or mamat yang terlebih perasan ni memang akan direjectlah untuk dibuat member. Ya, mereka boleh kekal klik dengan geng mereka, tapi nanti bila klik dah berpecah, spesies satu ni susah nak kembali ke kelompok “rakyat jelata” sebab tiada siapa boleh tahan dengan diva perasan ni.

Mr and Ms Talam Dua Muka

americansushi2Pernah dengar conversation macam ini? ;

“Meena kau lawa gila la hari ini, kat mana kau beli baju ini? Serius lawa”,

kata Z dengan muka bersungguh-sungguh sebelum pergi bertemu B a.k.a Bitch Kaki Kepoh.

“Eh kau tengok Meena tu,mekap tebal gila malam ini siot, baju macam kain buruk je.”

Spesies ini tak lama berkawan dengan satu-satu orang sebab dia kurang nilai setiakawan. Kerja dia asyik mengutuk dan menikam kawannya dari belakang. Manalah orang nak kawan dengan dia lagi bila perangai buruknya menjadi rekod semua orang. Orang macam ini kalau berubah pun orang takkan percaya padanya lagi sebab sekali talam selamanya talam, dah tak boleh hantar repair dah. Hantar reject shop pun tak ada sape nak beli coz dah 2nd hand good. Memang Mr and Miss Talam Dua Muka ini tahap yang tak boleh blah dalam masyarakat.

Mr  and Ms Buta Hati

th_angel-devilMinah dan mamat macam ini kerja dia hanya nak mencari hiburan dan keseronokan dunia secara melampau-lampau seolah-olah hidupnya hanya di dunia saja dan akhirat tidak wujud. Kat mana club paling best, kat mana port buat anak yang selamat,kat mana nak koyakkan janin bayi, posisi seks mana yang paling sedap, casino mana paling hebat, dan perkara-perkara mubah yang melekakan itulah di hujung jarinya. Jangan tanya bab ilmu, isu semasa, pengetahuan am pun dia tak nak amik tau coz baginya itu tidak penting. Yang dia tahu hanya nak bermaksiat, berhibur,bersedap-sedapan, tak kiralah kalau mereka ketinggalan dalam kehidupan. Orang buta hati macam ini susah nak mendapat tempat di hati masyarakat dan nanti bila dah tersungkur, kamu tersungkur n tergoleklah sorang-sorang coz tak ada siapa yang nak tolong.

Mr and Ms Darah Tinggi

stormsSpesies yang macam ini gerenti cepat dapat darah tinggi atau maybe dah suffer darah tinggi pun sebab mudah tertekan dan sakit otak fikirkan problem berbulan-bulan. Bayangkan hal sekecik kuman pun boleh menangis-nangis dan tak tidur malam memikirkannya, inikan pula apabila ditimpa dugaan bak Tsunami mesti dia dah kena heart attack. Tensen nak member dengan orang macam ini sebab masa tengah santai-santai pun nak bawak masalah sekali. Yang menambahkan sakit hati tu sebab satu masalah kecik yang menjadi kebuntuan mereka, kitalah jadi mangsa asik ditanya-tanya banyak kali tentang bagaimana nak setelkan masalah itu. Kalau sekali dua tak apelah, tapi kalau dari pagi sampai ke petang asyik membebel hal sama.. memang tak boleh blah la bai! Tak pasal-pasal kita pulak sakit kepala cari jalan nak setelkan masalah dia!

Mr and Ms Ticker Tape Bergerak

Pernah tak jumpa orang yang mulutnya seperti ada ticker tape bergerak yang boleh label orang sesuka hati. Kalau pakai selekeh “Oh, itu dia Miss Pokai”, kalau badan berbulu banyak “Euw, boifren kau macam Planet of the Apes”, dan kalau orang tu gemuk sikit she said  “Kau boleh masuk Biggest Loser!”. Sesuka hati labelkan orang padahal dia kenal orang tu pun idak. Kategori siapa dan apa yang dilabelkan tak kira mana-mana saja sume pukul habis asalkan dia puas! Hati-hatilah kawan dengan orang macam ini sebab tanpa sedari kau juga turut dilabelkan sekali. Dari label “Miss BFF” masa tengah berkawan baik kepada “Miss Trash” masa bergaduh!. Lainlah kalau dia dah kenal kau sangat! Macam A dah terkena dengan B yang curi duitnya, maka tak hairan kalau A menggelarkan B sebagai “Pencopet”. Ni kenal pun tidakk! Makcik tepi jalan pun kau kutuk!

Mr and Ms Drama

Golongan begini dah  biasa menang Best Actress masa pertandingan sketsa wakil sekolah dulu. So bila masuk zaman U and kerja pun terbawa-bawa drama life dia tu. Sume benda nak didramakan. Kalau tak konon-kononnya hidup mereka ini tak ada hiburanlah kot. Makanan dan pakaian mereka adalah gosip dan khabar angin orang lain. Bak kata Quoetelicious, “Rumors are carried by fools, started by haters, and accepted by idiots.” So orang-orang macam ini senang je jalan penyelesaiannya, alihkan mereka dari hidup anda. Ada dalam friend’s list pun just untuk jaga tepi kain kamu dan buat story-story hangat untuk dikongsikan dengan clan mereka. “Do not argue with an idiot. He will drag you down to his level and beat you with experience.” 

Adakah anda jatuh dalam kategori ini atau anda masih dikategorikan normal? You better watch out! Kawan-kawan  akan menentukan jatuh bangun anda nanti. Marilah sama-sama kita memberi perhatian serius terhadap pemilihan sahabat. Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

P/s : I’m lucky to have best fellows ever!!

9 Respons to “Kawan Yang Harus Di-Reject!”

  1. what do you think of me?

  2. Cik Mata Hati Says:

    I think you can be a good friend!
    Tak taulah di depan hari.

  3. Asal 2lisan gne wne kuning..susah r nk bce..

  4. hmm..abih dalm bayak2 kategori tu awak yang mana satu?he2

  5. Cik Mata Hati Says:

    Tanpa Nama : Kuning baru masuk dengan background Hitam
    Kama: Kategori Diva. Hahaha. Kau Hade?

  6. Mike Delibery 12 Says:

    wOit Kategori mat rempit ada lagi x?
    hahahahaahahahahhahahahahahahaha
    YANG PENTING MACHO!

  7. Cik Mata Hati Says:

    Kategori Buta Hati. Boleh? hehe!

  8. Alesandra Says:

    x sempat nak bt guideline dh reject dh

  9. Cik Mata Hati Says:

    Haha. Dah ada sensor friendship dah skrg! hehe

Your comment will reflect your IQ, so it better be wise. Anything that contain harsh word will automatically be sent to spam. TQ Wordpress. U make my day! Hehe! -Sabar itu Separuh Dari Iman-

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s