Tarian Gelek, Tembusi Rahsia Wanita

180px-bauchtanz_chryssanthi_sahar1

Rutin saya yang tak dapat dipisahkan sehingga sekarang adalah menari gelek. Pasang lagu Shakira yang berirama padang pasir sarat dengan gendang dan tabla, atau diimprovisasikan dengan muzik disko dan hip hop.

Si penari gelek akan melentikkan dan meliuk lentukkan bahagian perut dan punggung selain men ‘crumping’ bahagian dada. Yang pasti tarian gelek banyak khasiatnya yang membantu saya dari segi kesihatan, dan jua sosiologi. Selain tarian gelek, ia juga boleh dianggap sebagai satu permainan otot kerana si penari gelek harus fasih dengan otot mana harus dikecut dan dikembangkan dalam sesuatu step tarian. Mari tambah info apa itu menari gelek.

eyes6

Tari gelek adalah nama Barat dan Melayu yang diberikan untuk suatu jenis tarian Arab yang dibangunkan di Timur Tengah. Di Eropah, ia kadang-kadang digelar tarian oriental. Sesetengah pemuja Amerika hanya merujukkannya sebagai “Tarian Timur Tengah”. Dan di Hong Kong, ia dipanggil “Shimpoli Carmi” (“Tarian Matahari”).

Dalam bahasa Arab ia dikenali sebagai raqs sharqi رقص شرقي (“tarian timur”) atau kadang-kadang raqs baladi رقص بلدي (tarian “kebangsaan” or “rakyat“). Istilah “raqs sharqi” mungkin berasal dari Mesir.

shakirahips1

Para penari Raqs Sharqi menginternalise dan mengekspres perasaan yang dievoke oleh muzik. Secara sesuai, muzik adalah terpenting bagi tarian. Bak kata Shakira, “my Hips Don’t Lie”. Secara semulajadi badan penari gelek akan ‘teransang’ dengan muzik dan rentak yang betul sebelum dapat menari. Basically means, tarian gelek adalah tarian yang disatukan dengan lentuk badan.

Para penari Raqs Sharqi yang tertarik hati adalah yang dapat projectkan perasaan mereka sepanjang tarian, walaupun tarian mereka terdiri dari gerakan mudah. Tujuan penari adalah untuk berhubung secara visual ke para penonton emosi dan rentak muzik. Ini terutamanya ternampak sewaktu solo portion gendang pada suatu persembahan.

bellydance_wings101Kelebihan tarian gelek adalah zahir dan batin. Tarian memperolehi senaman cardio-vascular yang bagus dan bantu menambahkan flexibiliti dan kekuatan, mengfokus pada torso atau “core muscles”, walaupun ia juga membina kekuatan peha.

Banyak gaya tarian menekankan “isolations” otot, mengajar kebolehan untuk menggerakkan berbagai otot atau kelompok otot secara berdikari.

Tudung, selendang, payung (aksesori lain) boleh juga membina kekuatan lengan, bahu dan badan-atas umum, dan bermain zils dapat membina kekuatan dan keberdikarian jari. Tarian gelek juga sesuai untuk semua jenis usia dan badan, dan boleh juga menjadi fizikal dengan sebagaimana penyerta memilih.

shahrukh_khan_kuch_kuch_hota_hai_001Dengan itu, tarian gelek dapat mengetatkan otot di bahagian perut, punggung dan dada. Ia menjadi tarian yang popular di Indonesia dalam mengikat sang suami untuk terus melekat di rumah daripada melepak di kedai-kedai kopi. Buat isteri-isteri yang mahukan cengkaman yang kuat dan ketat dalam rutin seks, tarian gelek juga mampu mengetatkan otot faraj.

Ia memudahkan penyembuhan ibu-ibu selepas bersalin dan menutup pintu rahim kembali rapat. Ini kerana di dalam tarian gelek sendiri si penari harus mengemut dan mencengkam otot bak Inul ketika menari gerudi. 

Tambahan pula, tarian gelek ini merapatkan hubungan pasangan dan keluarga kerana hanya si suami dan keluarga yang dapat melihat ‘persembahan’ gelek dari sang wanita seperti budaya Arab yang menggelarkan isteri-isteri ini sebagai ‘wanita baik’ berbanding mereka yang mempersembahkannya di khalayak.

Ketika menari gelek, seluruh tubuh penari akan bergerak dan menyebabkan pembakaran lemak yang banyak serta pengeluaran peluh. Begitu juga ketika saat-saat sesuatu otot dicengkam kerana menahannya dari bergerak ketika otot bahagian lain yang bergelek. Misalnya, menggelekkan punggung tapi mencengkam otot dada dari bergerak.

Dari sudut kesihatan, ia dapat meningkatkan aliran darah, denyutan jantung, menguruskan badan dan menghilangkan stress. Dengan berpeluh, ia dapat mengeluarkan toksin-toksin kotor dalam badan dan ini dapat mengurangkan masalah jerawat dan menghasilkan kulit yang bercahaya dan cantik.

sc41Menari lentik memerlukan penari berdiri tegak  dan ada kalanya berjalan serta melompat kecil dalam tarian. Ia dapat menghasilkan postur badan yang betul. Berpakaian seksi ketika menari (sesame jantina) dan mempunyai tubuh yang mantap akan meningkatkan keyakinan dan sensuality. Tarian gelek yang penuh gemalai juga meningkatkan kewanitaan, kelembutan dan kemulusan seseorang perempuan. http://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_gelek :

P/s : Berbeza dengan workout di gym, menari gelek akan menghasilkan’otot perempuan’. Berbanding otot maskulin seperti wrestler W.W.E, otot perempuan ini terhasil pada bahagian-bahagian tertentu saja di badan. Ingin mendapatkan lengan yang kecil, dada yang terletak, perut yang ramping dan punggung yang lentik, cubalah menari gelek!

3 Respons to “Tarian Gelek, Tembusi Rahsia Wanita”

  1. whoa.

  2. slm
    bestnyer belly dance.ada cd x yg ajar cara2 menari belly dance tu?kat tmpt sy x de plak class tu(kalu ada pom rsnya x mampu nak bayar fees)hu3

  3. Cik Mata Hati Says:

    haha..
    klu nk free, tgk kt youtube je la..
    xpn mai dtg umh cik ajaq..
    haha

Your comment will reflect your IQ, so it better be wise. Anything that contain harsh word will automatically be sent to spam. TQ Wordpress. U make my day! Hehe! -Sabar itu Separuh Dari Iman-

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s