Meet The Wahed’s

Ini adalah cerita mengenai keluarga saya. Atau lebih mudah dispesifikkan kepada adik beradik saya yang gila glemer seperti saya juga. Tulisan ini akan bersifat personal dan memuakkan diri anda, jadi sebelum anda termuntah hijau kat keyboard baik scroll ke bawah untuk artikel seterusnya. Seorang individu yang unik dan punya individuality seperti saya tentunya datang dari keluarga yang  bizarre juga.

Tidak, saya bukan anak orang kaya. Bukan anak cendekiawan. Bukan dari latar belakang yang hebat-hebat pun. Welcome to Meet The Wahed’s.

CIK MATA HATI 

Saya anak keempat dari enam beradik.  Lima daripadanya adalah perempuan. Masing-masing pulak ada perangai yang tersendiri. Anda bayangkan bila kami bertemu, betapa havocnya rumah. Semuanya gila glamer,cakap direct, critical, suka bersaing, gelak besar tak ingat dunia,  dan suka nak tunjuk bagus. I mean in a positive way.

Contohnya, kalau si adik belajar sampai Degree, akak pulak nak sambung Master.  Its very positive. Begitu jugak dengan fesyen. Anda tak tahu betapa saya lebih rela kena kutuk dengan Adlin Aman Ramli dalam AF dari kena kutuk dengan diorang. Cakap direct je takde tapis-tapis. Hahaha (ketawakan dengan sangat dahsyat sebelum kutuk) apsal rambut ko macam Pontianak ni?‘, atau bila ada yang berambut pendek dan kurang glemer kami selamba je cakap “A_g_h (bukan nama sebenar), kenapa pakai helmet dalam rumah?”. Sangat kritikal.

KIKI dan KAKLONG

kiki-tmenung

Mula-mula, kakak sulung saya yang kami panggil Kaklong. Ini gambar anak dia, Kiki. Di usia-usia 3 series ni dia agak malu plak jika gambarnya dikongsi pada masyarakat. Jadi tengok muka Kiki je la, n cari resemblance di situ. Kaklong saya ni tegas, garang, tetapi sangat penyayang.

Saya ingat lagi dulu-dulu kalau saya menangis sebab gaduh dengan adik beradik lain, saya boleh je pergi kat Kaklong n peluk dia sambil mengadu dengan hingus meleleh. Masa saya malas belajar time PMR dulu pun dia yang paling garang nak mati marah-marah suruh saya belajar.Saya ingat tu. Huhu!

Selain itu, Kaklong seorang yang mudah memaafkan, sopan santun, lemah lembut, kreatif dan straight (LURUS). Kaklong juga seorang cikgu yang rocks n punya sora yang sangat sedap. Huhu.

ANGAH

angah-1Next, my second sister Angah. Angah saya sorang ni dikira yang paling seksilah dalam rumah, dengan perwatakan dia yang ala-ala seksi konon. Dia single and available tau.

Setiakawan memang nombor 1, peramah, kelakar orangnya, suka menolong orang, gila-gila, ganas, brutal, garang, tegas, dan baik hati. Akak saya Angah ni sebenarnya sensitive orangnya, hati dia halus je walaupun nampak ganas.

Paling tepat mengenai dia ni dia seorang yang protective dan outspoken. Kalau pergi mana-mana tempat pastu ada orang cari pasal @ buat kerja tak betul sampai menyusahkan kitorang atau dia, mesti kena sound.

Maksudnya dia berani menegakkan pendirian dan hak. Lagi-lagi kalau sesiapa nak cari pasal dengan adik beradik dia, memang cari nahaslah orang tu. Saya ingat lagi masa saya gi tuisyen time sekolah dulu.

Tuisyen tu buat kat rumah kawan lelaki saya, dan masa tu Angah yang hantar. Semasa dia hantar tu, kawan-kawan lelaki je dah sampai, manakala kawan-kawan perempuan belum datang lagi. Angah sanggup tunggu dalam kereta kat luar rumah sampailah kawan-kawan saya yang perempuan datang. Protective ke tak protective tu beb… Itulah Angah.

ALANG

dsc00006Lepas itu akak saya yang ketiga pulak. Kami panggil Alang. Alang ni pulak seorang yang baik hati, suka belikan hadiah untuk adik beradik dia, suka bawak kitorang jalan-jalan, gi makan, tengok wayang. Memang dari kecik dia macam tu. Saya ingat lagi, masa tu Alang dah masuk sekolah rendah walhal saya dan adik-adik lain masih lagi kanak-kanak yang sengal dan tahu bermain je sepanjang hari.

Masa tu Alang sekolah sesi petang, bila balik sekolah mesti bawak kitorang gi taman permainan. Dia dah belikan siap-siap gula-gula untuk kitorang sorang satu. Punyalah caring kan..  Alang ni memanglah agak garang tapi lepas tu dia cool balik n lupa yang dia pernah marah orang tu tadi. Hehe.

Alang ni pun seorang yang sentimental tau. Kalau time birthday memang bagi kat dialah. Masuk je pukul 12 malam mesti dialah orang pertama yang wish birthday. Alang ni nampak je kasar dan keras, tapi sebenarnya dialah yang paling emosional. Kalau tengok cerita Hindustan, dialah yang menangis dulu. Huhu

EZRIN DAN DIDIE

picture1-6Saya yang nombor empat. Di bawah saya ada dua orang lagi adik. Ezrin, satu-satunya adik laki saya. Didie plak sekarang di tingkatan Lima. Kami bertiga punya perangai yang berbeza, tetapi kongsi minat yang sama. Sama-sama minat RPG games, sama-sama lepak sampai pagi tengok cerita hantu, sama-sama insomnia.

Kiranya kami bertiga ni macam kawan-kawan daripada macam adik-beradik. Semua cerita-cerita rahsia pun kami sama-sama kongsi. Kiranya diorang ni la teman sepermainan saya semasa membesar. Sebenarnya saya perasan yang mereka jadikan saya sebagai mentor dan contoh. Hehe. Saya ingat lagi masa Ezrin nak SPM, mula-mula tu langsung tak nak pakai nota sayalah konon.

Tapi bila saya masuk bilik dia je, rupa-rupanya penuh dinding dengan nota-nota tulisan saya semasa ambil SPM dulu. Sejarah, perdagangan, semualah.

picture1-4-1

Hehe..  Didie plak seorang yang sangat memahami dan manja. Saya boleh cerita A sampai Z pada dia tanpa masalah pun sebab dia bukanlah seorang yang judgemental.

Kesimpulannya, rumah saya seperti medan latihan tentera yang menjadikan saya seperti sekarang. Saya jadi tidak mudah melatah dan melenting dengan usikan orang luar sebab saya dah lalui benteng-bentang yang lagi ganas di rumah. Mak ayah dan adik beradik yang berterus terang dan prihatin akan melahirkan ahli keluarga yang lebih baik. Even, kalau blog saya ni tidak menarik pun, tentu sekejap lagi ada adik beradik yang mengutuk.  Marah sebab sayang. Adik beradik, air dicincang tak akan putus. Boyfriend girlfriend boleh dicari, tapi ahli keluarga tidak.

P/s : Keyakinan, periang dan ketegasan, tiga perkara yang anda akan warisi dari The Wahed’s.

11 Respons to “Meet The Wahed’s”

  1. Cik Mata Hati Says:

    Wow kt sape? huhu

  2. kat you-lah!

  3. awekGEBU Says:

    lupe nk add up..btw, sye bkn ganster yer.. ;P

  4. Cik Mata Hati Says:

    haha..
    “so funny”
    satu malaysia dh bace rahsia tu..
    krg glemer ari ni..
    thanks a lot la “awek gebu gebu ke”

  5. Tanpa Nama Says:

    iyer..”awek gebu” bukan gengster tp pelindung ktorg ble smethng bad happen kan..
    love u sister..
    neways best gler bc “Meet the Wahed’s”..
    kiter mmg besh..huhuhu..

  6. pak aji Says:

    bagus lah

  7. Hafiz Says:

    lalalalalal………

  8. Apa maksud lambang kat tapak tangan tu….

  9. Cik Mata Hati Says:

    tu gmbr 1 pokok di dunia yang besar.
    itu yang akan jadi bila sume pokok dah xde..

  10. Angah Says:

    lbh kurg famly aku je..=) the best part; ckp direct n lepas, xde insurans

Your comment will reflect your IQ, so it better be wise. Anything that contain harsh word will automatically be sent to spam. TQ Wordpress. U make my day! Hehe! -Sabar itu Separuh Dari Iman-

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s