Statistik Anak Luar Nikah Di Malaysia (2000-2007)

Saya ada terbaca mengenai Statistik Anak Luar Nikah di Malaysia dalam ruangan Motivasi bersama Dr HM Tuah Iskandar al-Haj bertajuk “Wahai Gadis, Usahlah Terlalu Murah” dalam Mingguan Wanita keluaran 9-15 Januari 2009.

downloadhh

Mengikut pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara dari tahun 2000-2007, ada sebanyak 257,411 sijil kelahiran yang didaftarkan tanpa dicatatkan nama bapa.

Ia dikeluarkan sedemikian rupa sebab anak-anak berkenaan tidak mempunyai sah taraf atau anak luar nikah.

Ia juga telah disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika menjawab soalan lisan R. Sivarasa (PKR Subang) semasa sesi soal jawab Dewan Rakyat pada 29hb Oktober 2008 untuk mengesahkan perkara ini.

Kata beliau, selaras dengan peruntukan Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 atau Akta 229, yang tidak membenarkan pendaftar mencatat nama bapa pada sijil kelahiran bagi anak-anak tidak sah taraf atau luar nikah kecuali atas permintaan bersama ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa.

Bagi saya angka yang melebihi 200 ribu dalam masa tujuh tahun yang singkat itu adalah cukup banyak. Itu tidak termasuk dengan anak luar nikah yang dibenarkan didaftar di bawah nama orang yang mengaku ayah atas dasar persetujuan bersama. Mungkin ada langkag-langkah pencegahan yang boleh saya cadangkan?

A.Langkah-langkah menjauhi kelahiran anak luar nikah:

Jangan buat seks luar nikah dan seks bebas, jadi tak adalah peluang nak buat anak kan?

  1. Kalau gatal sangat nak buat, belajar pendidikan seks untuk melakukannya dengan selamat.

B.   Bagaimana cara nak elakkan seks bebas dan seks luar nikah?

  1. Bernikah. Nanti dapatlah anak dalam nikah. Betul tak?
  2. Tak payah jumpa or keluar bersosial dengan bukan muhrim terlalu banyak. Jadi pendedahan dengan orang asing akan berkurangan.
  3. Masih boleh terdedah dengan dunia luar jika pandai mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti menulis blog, membaca dan memancing. Bukan merempit atau berdisko.
  4. Ibu bapa perlu beri perhatian dan kasih sayang pada anak-anak sebab anak yang kekurangan kasih sayang akan menagih kasih sayang yang melampau-lampau dari orang asing. Pegang dan sentuh anak di hati, insyaallah di mana saja dia berada, kasih sayang ibu bapa akan dikenangi.
  5. Pilihlah kawan yang baik-baik, pergaulan yang sihat, persekitaran yang ‘bersih’ dan terkawal. Ni kalau semua kawan terlalu bebas dan bermasalah, lama-lama iman yang kuat pun boleh terhakis. Environment sangat penting!!

C.         Bagaimana kalau dikecam untuk berpisah jika jarang bertemu kekasih?

  1. Berpisahlah dan cari pasangan yang baik, yang kurang gatal, yang setia, dan paling penting tidak membuatkan kita lalai dengan tanggungjawab kita. Carilah pasangan yang berkemampuan untuk menghubungi anda di telefon, sms, mms, 3G dan apa saja method lain sekiranya tidak bertemu. Jikalau tidak, dia sekurang-kurangnya mampu merancang pertemuan yang penuh tatasusila dan berhemah.

Ini akan membawa kepada beberapa kesan:

  1. Apabila dia seorang yang baik dan memahami, dia boleh menerima dengan redha (tanpa buat perangai) apabila anda tidak mahu selalu bertemu dengannya selagi belum menjadi pasangan yang sah. Ini baik untuk jangka masa panjang!
  2. Meningkatkan kreativiti anda kerana dapat merancang pertemuan-pertemuan yang lebih bertatasusila daripada sekadar bertemu di atas katil, belakang tangga atau dalam kereta.
  3. Dia akan cepat-cepat nak jadikan anda pasangannya yang sah sebab dia tahu anda seorang insan yang baik dan beriman yang masih setia walaupun pasangan jauh dari mata dan pada masa sama tak tahan lagi menanggung rindu. Kalaulah masa bercinta hari-hari dia dah ‘dapat’, dia tak heran pun nak jadikan anda pasangan yang sah. Iyalah, tak jadi laki bini pun dah rasa, hurm.baik tak payah kahwin.

D.         Anda tak boleh buat jugak sebab pasangan tidak macam itu dan anda sendiri bosan jika kurang bertemu?

  1. Carilah yang baik seumpama itu, if not tak payah bercinta Lagipun, tak berbaloi pun untuk kamu teruskan dengan pasangan yang sedia ada sebab asyik-asyik nak jumpa atas katil je. Perangai di luar katil kamu langsung tak tahu. Macam mana nak buat laki or bini?
  2. Tambah pengetahuan dan tingkatkan kematangan dalam ilmu bercinta, ilmu kekeluargaan dan ilmu agama, barulah anda dapat mengubah status hubungan daripada “teman tidur” kepada “teman hidup”
  3. Ubahlah diri sendiri dulu sebelum hendak mengubah pasangan. Lelaki yang baik untuk perempuan baik, dan begitulah sebaliknya.

Kesimpulannya, hanya anda mampu mengubahnya!! Ini sekadar my suggestion, anda boleh fikirkan cara lain yang memadai dengan cara anda!!

19 Respons to “Statistik Anak Luar Nikah Di Malaysia (2000-2007)”

  1. tidak bersetuju dengan soalan B jawapan 1.

  2. Cik Mata Hati Says:

    Saudara,
    kalau kita nak membangkang, kita kena bagi cadangan jgk tau.

    Sy xsediakan skema jawapan.
    Anggap mcm jawab soalan CTU.
    tu pndapat sy.. tak tau lah pdapat awk.

  3. nak elakkan seks bebas, kalau boleh jangan berkahwin. kahwin is not equal to seks. nak elak, kena banyakkan aktiviti harian. sibukkan diri. itu pula bagi pendapat i. ur opinion pun betul, cuma i tak setuju saja. okeh?

  4. Cik Mata Hati Says:

    Dalam konteks ‘anak luar nikah’, maksud saya kalau tak mau dapat anak luar nikah, kawin dulu, pastu btlah anak. Nanti x dptlah anak luar nikah..

  5. anak luar nikah terbatal x air sembahyang bila sentuh ibu kandung sendiri

  6. Cik Mata Hati Says:

    Jawab Darul Iman, Penyalur Inspirasi Ummah:
    Soalan:
    Saya ada masalah yang menjadi pemikiran saya, begini ada pendapat yang mengatakan bahwa bila kita memegang anak haram maka kita berdosa. Apalagi bila memakan hasil masakannya ataupun bila ia lelaki kita tidak bisa menjadi makmun daripadanya. Apakah pendapat yang saya dengar itu benar? Bagaimana batas yang dimaksud anak haram, karena biasa terjadi seseorang yang misalnya telah hamil 2-3 bulan baru menikah apakah anak yang dilahirkannya kelak menjadi anak haram? Lalu katanya ia harus menikah untuk kedua kalinya dengan suaminya kembali agar anak selanjutnya bila ia melahirkan lagi tidak haram, karena nikah pertama adalah nikah untuk anak yang dihamilkan dan nikah kedua untuk anak-anak selanjutnyanya. Bila ia tidak nikah kedua kalinya maka ia berbuat zinah terus menerus. Apakah memang demikian ataukah sebaliknya? Anak pertama baik ia nikah pertama atau kedua kalinya tetap ia anak haram. mohon jawaban.
    Barlian, Universitas Hasanuddin

    Jawapan:
    Tidak ada anak atau zuriat yang dilahirkan ke dunia berstatus haram, bahkan kedudukan setiap insan disisi Allah adalah sama tidak kurang sedikitpun. Bahkan tidaklah mengikut fitrah dan syariat jika seseorang itu disebut dengan anak haram kerana tidak ada seorangpun ingin lahir ke dunia dalam keadaan dan berkedudukan haram. Sebenarnya anak yang lahir melalui perzinaan adalah anak yang suci seperti anak-anak yang lain, cuma yang haram adalah pekerjaan zina yang dilakukan kedua pasangan antara lelaki dan wanita yang menyebabkan lahirnya anak tersebut.

    Kikislah jauh-jauh anggapan yang keliru yang selama ini menjadi anggapan umum tentang kedudukan anak luar nikah ini. Tidak berdosa memegang anak luar nikah, bahkan mendapat pahala jika kita menyantuni anak-anak tidak kira anak luar nikah atau anak yang diperolehi melalui pernikahan yang sah. Begitu juga memakan hasil masakannya tidak salah bahkan sama kedudukannya kita memakan makanan yang dimasak oleh orang lain. Jika bacaan al Qurannya baik, maka adalah lebih baik kita mengikutinya dan melantiknya sebagai imam.

    Anak luar nikah ertinya kehamilan yang terjadi pada wanita tersebut tidak melalui pernikahan yang sah, yang hanya menyebabkan terhalangnya pembahagian harta pusaka menurut hukum faraid. Jika orang yang berzina tersebut menikah setelah kehamilan, dan setelah berlalu enam bulan isterinya melahirkan anaknya tadi maka anak terseut boleh di bin kan kepada bapanya. Jika isterinya melahirkan anak kurang dari tempoh enam bulan menurut mazhab Imam Syafei anak tersebut tidak boleh di bin kan kepada bapa terlibat sebaliknya di bin kan dengan kepada ibunya.

    Jadi jika pasangan ini telah menikah ketika masa hamil hasil daripada perzinaan tadi maka tidak perlulah menikah kembali setelah kelahiran anak. Dan anak yang lahir tetap anak manusia yang suci bersih dan bukan anak haram yang haram adalah pekerjaan zina yang dilakukan kedua pasangan tadi. Jika seseorang menghina orang lain dengan sebutan anak haram, maka orang yang menghinalah yang berdosa sedangkan anak tersebut tetap sebagai anak yang suci bersih di sisi Allah SWT.

    Kembalilah kepada konsep ajaran Islam yang sebenarnya dan tinggallah perkara yang bersifat khurafat dan bid’ah serta hargai insan lain tidak kira apakah mereka anak yang lahir hasil perzinaan ataupun lahir melalui pernikahan yang sah. Sesungguhnya tidak ada perbezaan antara keduanya di sisi Allah melainkan ketaqwaan kepada Allah SWT.
    Wallahu A’lam.

  7. tak batal air sembahyang kalau ibu sendiri bagi anak luar nikah. jika was-was, wudhu’ sekali lagi. bukan susah pun.

  8. saya ada persoalan,tentang anak luar nikah,adaka mereka dipersalahkan dalam hal ini?sudah tentu tidak.tetapi anak ini yang kesian kerana menjadi kambing hitam akibat perbuatan ibubapanya yang tidak bertanggungjawab setelah menikmati seks bebas.ini sungguh tidak adil bagi anak tersebut yang mempunyai hak sebagai seorang insan kerana terpaksa menanggung malu dan maruah terancam sebagai anak luar nikah.sebagai insan yang boleh berfikir,kita patut bertindak lebih professional kerana kita patut memberi sokongan moral kepada anak ini kerana jika kita tidak berbuat demikian ,anak ini akan mendapat tekanan dalam kehidupannya.sekian

  9. ok ni pandangan saya . kita mmg becakap ikut pada positif thinking but kita pn penah jadi remaja kan stiapp orang jadi smua kenalah ingat maksud saya keinginan dan kemahuan stiap orang x sama… smua 2 atas peintaan , becakap mmg boleh tapi nak halang sapa yangmampu.. contoh, sapa yang mampu hanlang orang daripada berjalan kat dunia nie…….

  10. Cik Mata Hati Says:

    mmg tak mau halang pn.
    juz tunjukkan jalan mne untuk merek aberjalan..
    klu nk trgolek blik, trjatuh or nak ikut jln sndri tu trpulanglah…
    kn abg rambai?

  11. nice! i’m gonna make my own blog

  12. serena Says:

    anak luar nikah ni x salah. yang salah orang yang buat seks tu.

  13. hmm…good effort..seks luar nikah should be avoided…

  14. annonymous Says:

    salam…
    cra yg pling elok gune perkataan nikah…
    nikah n kahwin ni len berbeza..
    nikah ade rukun dan ade akad yg dilafazkn…
    kahwin ni x de rukun…

  15. abdul rahman Says:

    >sedar la wahai umat manusia…
    sesungguhnya apa yang kamu kerjakan di dunia ini akan mendapat balasan di akhirat kelak….
    >ingat la wahai manusia lelaki & perempaun yang bersentuhan walaupun sesat hanya api nerka sahaja yang bisa menyamaknya……

  16. abdul rahman Says:

    >sedar la wahai umat manusia…
    sesungguhnya apa yang kamu kerjakan di dunia ini akan mendapat balasan di akhirat kelak….
    >ingat la wahai manusia lelaki & perempaun yang bersentuhan walaupun sesat hanya api neraka sahaja yang bisa menyamaknya……

  17. SUGARJET Says:

    BEAN:: SOKONG,(BG IBU BAPA YG TIDAK MEMBUANG BAYI TERSEBUT)MMG PATUT KITA BERIKAN MORAL YG BAIK KEPADA MEREKA..DAN JG IBU BAPA MEREKA..ORG KAHWIN TANPA MSLHPN AKAN DPT MSLH SLPS KAHWIN,DI SBBKAN BERLAKUNYA KES CERAI BERAI,,KENAPA PIHAK YG BERKUASA MENGHUKUM MEREKA YG TERLIBAT DLM KES ANAK LUAR NIKAH(IBUBAPA),,BAGAIMANA MEREKA HENDAK KELUAR MENCARI NAFKAH UNTUK ANAK MEREKA ITU?SEKIRANYA HENDAK MENYELESAIKAN KES BEGINI,,APA LG KES YG BOLE MEREKA TANGANI?BERHAKKAH PIHAK YG BERKUASA MENGHUKUM SEPERTI INI,,MENGAPA PIHAK YG BERKUASA MENGHUKUM ORG YG BERSALAH DGN CARA MENIMBULKAN AIB MEREKA(IBUBAPA),,SEDANGKAN ANAK TERSEBUT DI JAGA DAN DIDIDIK DGN BAIK,,,MSLH INI AKAN TIMBUL SEKIRANYA BAYI ITU MEMBESAR DGN IBU BAPA MEREKA….ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN..

  18. Semuanya adalah kerana soal Iman. Bila iman lemah maka inilah jadinya. Untuk elakkannya ayuh kita ajak seluruh umat islam amalkan agama ini secara sempurna yakni ikut segala perintah Allah, tinggalkan segala laranganNya sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi SAW. Selagi kita tak amalkan agama ini secara sempurna selagi itu segala masalah tidak akan selesai. Waallahua’lam.

  19. salam bg pendapat sye…anak luar nikah tu x salah pe2 pon.cuma yg salah orang tuanye sahaja…dalam Al- Quran pon ada ayat yang bermaksud jgn hampiri zina..maksud yg mudah difahami jgn hampiri zina..bukan dh berzina…so jln yang mmbawa kepada zina haruslah dielakkan…so sama2 la kita menjauhinya..dn mmbimbing diri kita ke jalan yang benar…insyallah amin…

Your comment will reflect your IQ, so it better be wise. Anything that contain harsh word will automatically be sent to spam. TQ Wordpress. U make my day! Hehe! -Sabar itu Separuh Dari Iman-

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s