Cemuhan Pada Mawi Ekin!

Ramai orang dah tahu yang Mawi dan Ekin selamat berkahwin pada 20 Disember 2008 yang lepas.

12212008_mawisandinga

Yang buat saya tertarik untuk menulis pasal mereka selepas membaca rintihan Ekin yang takut dikenakan sihir pada majlis pernikahan, risau dengan laporan berita tentang majlis mereka dan pengalaman perit Ekin dicemuh ramai orang sepanjang bercinta dengan Mawi, yang kononnya hebat sangatlah sampai dua perempuan nak rebutkan dia! Peminat bukannya menasihati Mawi dan Ekin menjadi lebih baik, tetapi terus tak berkenan dengan calon yang dipilih oleh Mawi ini tanpa ambil masa mengenalinya. Saya sendiri baru terima sebuah emel yang mempertikaikan sama ada Ekin bersikap seperti adiknya Ain yang kononnya sosial. Tapi saya sangsi di dalam kandungan gambar itu adalah Ain.

002

Bukan semasa bercinta je Mawi dan Ekin ni dicemuh dan dikutuk tapi selepas dah kahwin pun orang tak habis-habis bercakap! Timbul pula isu lepas itu yang majlis perkahwinan Mawi dan Ekin tak semeriah Siti dan Datuk Khalid, duda hot beranak tiga. Pasal hak esklusif yang diberikan pada Astro pun menjadi isu untuk menarik perhatian orang ramai terhadap pasangan secocok ini. Dan, selepas itu saya lihat lebih ramai orang yang condemn Mawi dan Ekin di atas maklumat yang diperoleh dari satu sumber semata-mata kerana malas gilerrrr untuk membelek akhbar-akhbar lain. Lupa diri, perasan majlis diraja, Ekin hodoh macam witch dan banyaklah yang mengarut!

003

Soal seluar jeans dan t-shirt yang dipakainya pun menjadi isu yang sangat besar!

Padahal, banyak je akak-akak dan makcik-makcik kat luar sana berpakaian sedemikian rupa. Tapi, bila Ekin buat je, kita hentam tak kira dari setiap penjuru.

Biar Ekin lemah longlai tak bernafas dengan tumbukan keji lalu tinggalkan Mawi. Untuk apa kamu buat macam itu? Untuk duduk sebelah Mawi, lepas itu suap menyuap dan bayangkan dapat itu, ini di hujung telunjuk je seperti yang selalu  kamu impi-impikan? Hurm..kalaulah impian semudah angan-angan, kita semua tak payah sibuk-sibuk bekerjalah!

11122008_mrizal15a

1222008_wikinhabib19a

Apa lagi?. Ekin ini bukannya satu masalah dunia untuk kita letakkan dia seperti di bawah lensa miskroskop. Dia buat tu salah, buat ni salah, jadi tak keruan hidup dia sampai benda bukan-bukan pun terlalu difikirkan.

12212008_ekinnangisa

Padahal, dia bercinta lalu berkahwin dengan seorang warga Malaysia (bukan lari ke Lombok), islam (bukan murtad seperti Lina Joy), tak ada rekod jenayah (tak pernah rompak bank hatta mencuri selipar kat surau), berkemampuan (cukup umur dan stabil), bujang, waras, direstui keluarga dan sebagainya. Jadi, salah ke kalau Mawi yang kebetulan ada rekod baik, imej bersih, ada pengetahuan agama dan diberikan lebih rezeki berbanding orang lain menyintai Ekin? Lainlah kalau si Ekin tu rampas suami orang lepas itu tak bagi anak-anak jumpa bapaknya, bolehlah kita nak bencikan dia sangat. Saya bukan pro Mawi Ekin, tapi pelik dengan sikap sesetengah rakyat Malaysia.

Apsal korang ini? Satu benda kecik pun boleh jadi isu ke? Tahulah Mawi tu kesayangan ramai. Tapi, kalau dah terlebih fanatik sampai seolah-olah nak letak Mawi bawah ketiak, itu tak boleh jadilah! Ini bukan cerita P. Ramlee, nak bergosip tentang cucuk tang situ, cucuk tang sini di tepi telaga. Cukup-cukuplah nak berfikiran kolot sebegitu! Bangsa kita ini diwar-warkan pada seluruh dunia yang kononnya penyayang, berbudi bahasa, humble, tapi lepas itu kita tunjuk perangai tak elok dengan mencemuh dan menghina orang lain sesuka hati. Apa yang kamu rasa kalau orang mengata dan mengutuk anak, emak, ibu, adik, kakak, isteri, suami kamu 24 jam sehari, 7 hari seminggu tanpa henti. Terpapar kat suratkhabar, televisyen dan bercakap dari satu mulut ke mulut yang lain. Tak suka? Rimas? Sedih? Malu, kan?

12202008_mawinikaha1Orang akan pandang rakyat Malaysia ini sebagai bangsa yang lemas, malas nak majukan diri sendiri lantas habiskan masa untuk  melihat bangsanya sendiri jatuh. Suka menjatuhkan sesama bangsa, malas untuk berfikir, janji Melayu, dan masa lapang mereka hanyalah melepak kat kedai kopi sambil mengata orang lain.

Setiap bangsa ada identitinya sendiri, seperti Jepun yang rajin dan menepati masa, jadi jangan terbitkan identiti orang Melayu dengan sikap-sikap yang jelik di mata dunia. Marilah kita berubah kerana perangai yang ada sekarang bukannya elok sangat pun. Kita sibuk jaga tepi kain orang tapi tak sedar kain sendiri dah terkoyak rabak sampai nampak semua kudis-kudis dan panau itu. Bukan tak mahu ambil berat pasal orang lain, tapi seeloknya kita ubah ia kepada bersama-sama menjaga tepi kain. Jadi, sama-sama menjadi lebih bagus kan? Tindakan terhadap Mawi dan Ekin adalah contoh mudah untuk menunjukkan sikap bangsa kita sekarang. Like it or not, that is what we are!

P/s: Kadang-kadang kita layan binatang lebih baik daripada orang! Mawi dan Ekin insan biasa yang tak boleh lari dari kesilapan. Let us move on!

6 Respons to “Cemuhan Pada Mawi Ekin!”

  1. jumpa juga cite yg positif ttg perkahwinan mawi dan ekin… apapun semoga dia org bahagia hingga ke hujung nyawa..

  2. Cik Mata Hati Says:

    Doakanlah yang baik2 yer.

  3. smile Says:

    bukan rakyat malaysia nak kutuk..cuma bagi pendapat jer..masing2 ada hak untuk bagi pendapat…kalu setakat ada pengetahuan ugama jer..takde guna jugak..kalu duniawi terlebih sgt..mawi kan ikon..mestilah peminat menaruh harapan yg tinggi padanya..termasuklah bab jodoh…mmglah jodoh i 2 di tangan ALLAH..peminat pun akan faham gak dah jodoh mawi…tapi mmg hakikat ekin 2 sosial & pengikis..sbb 2 lah peminat mawi risau ..sbb sayangkan mawilah peminat nak mawi dapat jodoh yg baik….ape2 pun semoga bahagia mawi&ekin…

  4. org yg xkuat jelez Says:

    biasa laa org skrang kuat jelez…
    benda kcil cmtu pn nk dbesar2 kn….

  5. ai,,,cntek ampak…2 sper kt tgh???
    smer jew mkew 3 owg niyh!!!
    cntek2 semua!!!

  6. askum…..
    nomeynyer ……
    chat x???
    cntek r krg niyh !!!!
    ley g email x????

Your comment will reflect your IQ, so it better be wise. Anything that contain harsh word will automatically be sent to spam. TQ Wordpress. U make my day! Hehe! -Sabar itu Separuh Dari Iman-

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s