Apabila Zombie Bermain Game!!

Selain traveling dan fesyen, hobi saya yang lain adalah main RPG. Does U know what RPG is? RPG tu singkatan bagi role playing games.

final_fantasy_xii_oyun_resimleri_posterleri_masast_duvar_katlar3Di mana ia dimainkan di PC, atau konsol Playstation 1 & 2, Xbox, PSP dan lain-lain. Games-games ini berasaskan adventure atau journey untuk mencapai beberapa misi. Dalam erti kata lain, ia seperti sebuah filem DVD yang memaksa penonton meyelesaikan beberapa masalah dan ujian yang mengunci pemain sebelum dapat melihat babak-babak seterusnya. Anda bayangkan filem Rocky Balboa atau filem Laila Isabella dibuat dalam bentuk RPG. Babak seterusnya dan ending ditentukan dengan cara permainanan kita. Kalau pandai main, dapatlah happy ending dan begitulah juga sebaliknya. Jika tak dapat selesaikan halangan-halangan itu maka terkandaslah impian untuk menyaksikan babak-babak seterusnya. Yang paling penting games-games RPG ini menguji minda dan meningkatkan IQ sebab ia mengandungi bermacam-macam bentuk halangan yang terpaksa ditempuhi oleh pemain. Ia seperti gabungan final exam dan bermain bola sepak kat padang. Gabungan pengetahuan, kepintaran dan kekuatan watak yang dimainkan.

ccross-na3

Tahun 2000, saya ingat lagi minat saya terhadap games-games RPG ini bermula seawal usia 12 tahun lagi. Yelah, masa tu emak baru beli Ps1 untuk adik lelaki saya, Mior. Itupun sebab adik laki saya seorang ini sanggup kumpul duit belanja ke sekolah semata-mata nak beli Ps1 ini. Perkara yang sama juga diaplikasikan dalam membeli handfon, laptop, PS2 dan apa-apa pun. Masa itu budak-budak lagi, mana cukup bijak nak main games canggih-caggih kan. Jadi games RPG seperti Digimon World dan semua sekuelnya je la yang kitorang main. Games RPG yang awal kami main ketika itu adalah Chrono Cross.  Games ini antara yang diingati kerana “big twist” di dalamnya. Namun, sehingga sekarang saya masih terkandas lagi di situ walaupun dah main berulang kali. Dah main punyalah jauh dan hampir setel 95% tapi belum jumpa endingnya. Entah-entah tak ada ending kot? Mungkin kerana kami main pun tanpa melihat walktrough (pelan perjalanan) di internet atau guna cheat.

kingdom-hearts-chain-of-memoriesSehinggalah games-games yang lebih mencabar seperti Resident Evil (1,2,3 & 4) , Kingdom Heart (1 & 2), Final Fantasy (VII, VIII, VIIII, X & XII), Shadow Hearts ( 1 & The Covenant), God Of War ( semua sekuel), Onimusha, Lord Of The Rings dan macam-macam lagi. Ini antara games-games yang telah berjaya saya tamatkan dengan jayanya..haha! Nak main RPG ini lebih syok main satu-satu game pada satu masa. Disebabkan durasinya yang panjang dan boleh memakan masa sebulan atau lebih untuk habiskan satu game, lebih baik kita tumpukan pada satu game je pada satu-satu masa. Games-games yang saya sebutkan di atas adalah antara yang favourite dan mencabar. Pastinya kamu semua sedia maklum dengan grafiknya yang sangat canggih, jalan cerita yang sangat menarik dan watak-watak yang sangat gorgeous!! Huhu!

final-fantasy-10-wallpaper-maitre-seymour-guado-1024-768-011Masa tengah sibuk bermain ini pun kami tumpukan sangat sampai masa itu seperti orang gila bola. Hidup game, makan game, tidur pun game. Macam zombie pun ada juga!! Haii..kalau dapat pasangan yang tak memahami hobi, mesti susah! Lagi-lagi, if it too interesting and makes me excited nak main cepat-cepat untuk mengetahui jalan cerita yang seterusnya. Tidur pun adakalanya selepas subuh. Gila tak?

Tetapi sekarang dah terkawallah sikit sebab saya dah tahu penangan games-games ini. Jadi saya selalunya akan mula bermain selepas maghrib sehinggalah badan terasa penat. Berhenti sekejap untuk makan atau tengok tv kalau ada citer yang best-best. Rutin sebeginilah sehingga satu RPG tu tamat! Kena pilih waktu yang sesuai untuk mainkan games RPG seperti cuti panjang masa semester break. Kalau setakat cuti hujung minggu tak payahlah pegang controller tu! Dekat sini saya nak rekomenkan tiga games RPG yang menjadi favourite saya.Pastinya kalau anda antara penggemar games RPG, games-games yang saya cadangkan ini telah pun anda berjaya tamatkan. Okeylah, saya cadangkan anda untuk mendapatkan games Final Fantasy X dan X2, God Of War dan Shadow Hearts. Memang best!

Final Fantasy X & XII 1final_fantasy_x1_m1

finalfantasyx-2_01Mengenai Tidus (so gorgeous!!) seorang atlet blitzball di Zanarkand yang tiba-tiba tercampak ke sebuah dunia asing di mana dia terpaksa melalui satu pengembaraan bersama watak-watak lain untuk kembali ke Zanarkand. Jalan ceritanya yang penuh aksi, komedi dan pastinya kisah cinta bersama Yuna akan menarik perhatian anda. Nama pun Fantasy, jadi semua dalam ini hanya fiksyen semata-mata.

“God of War”,

god_of_war

Dari tajuknya saja kita boleh tahu game ini mengenai apa kan? Games ini agak violent dan banyak kisah sejarah dan mitos terdapat di dalamnya. Kalau rasa malas nak stadi sejarah Greek dan Rom, hah games ini paling sesuai untuk anda mempelajarinya secara tidak langsung. Pemain juga akan dapat menyaksikan banyak-banyak tempat bersejarah yang turut divisualkan di dalam games ini. Misalnya, semasa mencari Pandora Box. Namun, ia lebih menekankan kepercayaan Greek dan Dewa-dewanya, termasuk visualisasi syurga dan neraka menurut kepercayaan mereka.

“Shadow Hearts”

shadow-hert1

Saya rasa ia adalah kombinasi games-games RPG yang terbaik pernah diperkenalkan. Ada sikit-sikit macam Final Fantasy, Kingdom Hearts dan God of War. Yang bestnya mengenai Shadow Hearts ini anda dapat mengetahui pelbagai sejarah-sejarah dunia dari Eropah ke Timur. Kebanyakan nama-nama watak yang digunakan adalah sempena karakter yang wujud di dunia realiti. Kisah World War 1, Hitler, Drakula, Big Foot dan sebagainya. Pada masa sama juga anda dapat mempelajari pertembungan budaya-budaya negara lain seperti budaya ninja-ninja di Jepun. Memang menarik apabila kita diletakkan dalam zaman yang selama ini kita hanya baca dan dengar. Pemain dapat merasai sendiri tekanan dan cabaran yang dilalui oleh nasionalis di zaman itu. Tetapi diolah dengan lebih santai untuk mendekati golongan pemain yang tak mahu serabut dengan soal pelajaran.

Kini, saya sedang bermain games Shadow Hearts The New World di konsol PS2 yang saya rasakan lebih baik berbanding yang sebelumnya. Saya baru sampai di Rio de Janeiro selepas membantu Al Capone di Las Vegas. Ya, rasa diri ini dah macam penjenayah la pulak! Itu pun selepas membebaskannya dari Alcatraz Prison (the tightest security prison in the World). Tahukah anda yang Al Capone tu bukan saja seorang gangster dan penjenayah tetapi seorang bussinessman yang berjaya di sebalik jenayah penyeludupan arak, dadah dan bisnes pelacuran di Chicago? Kalau nak tahu lebih lanjut meh kita sama-sama main game ini! Okeylah, jumpa lagi di lain waktu. Saya nak sambung main ni… hehe!

P/s: Tolong recommend games RPG yang best-best kat saya…

14 Respons to “Apabila Zombie Bermain Game!!”

  1. aku tak pernah main PS…x reti main pon. sob sob…

  2. Aku peminat games…tapi bkn games RPG tau…the best games pc or ps adalah strategi games. Pikir n menang… mcm games manager football, counter strike.. tp kalau awk nak try berfikir dengan true event try la daftar jd salah seorang pemain fantasy football…

    thanks..

    http://rizalembi.blogspot.com

  3. Mohh Fadhli Yahya Says:

    Salam wana. Erm jarang jumpa perempuan yang minat main games terutama rpg. nampaknya minat kita sama la. hahaha. chrono chross tu banyak ending.. terpulang kepada cara permainan kita.. hehe memang tak dinafikan final fantasy x dan xii memang best. awak dah pernah main final fantasy 9? games ni pun best juga tapi untuk konsol ps1… shadow heart? nampaknya macam best nanti sya akan cuba main..

  4. Cik Mata Hati Says:

    Yelah, skrg dh jumpe kan pmpuan yg minat main RPG. FF9 pasal hero dia pencuri bercinta dgn princess. Best! Shadow hearts sy dah hbis main pun.. Tapi xleh lawan FFX ar yg dpt masuk Guinness Book Of Record – Game yg plg laris terjual dalam sehari

  5. Wah…xsangka U minat main game…haha..u know wat,i minat gler main game..
    if u want to know game rpg per best cek ar ign.com ker,gamespot.com ker
    oh ya…Resident Evil 5 dah kuar bt sadly only on PS3…i recommend u play these games:
    *Fallout 3 (PC)
    *Grand Theft Auto series (PC,PS2)
    *Mass Effect (PC)
    *Elder Scrolls IV: Oblivion (PC)

    huhu bnyak ag la..tp dah lupa coz dah main bnyak sgt smp lupa..

  6. Cik Mata Hati Says:

    Wah.
    bguslah recommend!
    sy pun bru hbis main game shadow hearts ni.
    hehe!!

  7. syedsigaraga Says:

    Ah..awak minat God of War kan?sy recommend game Prince of Persia. Graphic dia kewl..game ni utk PC gan console…jgn silap taw ni game Prince of Persia taun 2008 bkn yg lama nyer tu..

  8. Cik Mata Hati Says:

    Oh yg num 5 ek? ok nnt i try to look 4 1

  9. taiko Says:

    ok suka main game…
    sama lah
    tapi sy lg teruk kot..
    try tgk game devil may cry 4 for pc
    grafik n jln citer menarik

  10. Helmi Says:

    Yess.. ade org pompuan yg minat kt game RPG nie. Ape2 pn sy akan berikn sokongan kt awk utk teruskn perjuangan game RPG ni. haha.. hmm.. jgn lupe try main game dragon quest xkesah la yg mane2 version pn tp ape2 hal awk try dulu k..

  11. Cik Mata Hati Says:

    ok..
    PS2 ke?

  12. Helmi Says:

    PS2 nye.. tp PS1 nye lg mncabar skit puzzle nye. anyway keep trying k. sy nie peminat game RPG n strategi. huhu..

  13. Cik Mata Hati Says:

    yeke..
    blh geng r ni..
    so game2 kat atas ni awk dh main la ye?

  14. kelakar main gane ini hahahahaahah

Your comment will reflect your IQ, so it better be wise. Anything that contain harsh word will automatically be sent to spam. TQ Wordpress. U make my day! Hehe! -Sabar itu Separuh Dari Iman-

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s