Mengenal Cinta Sejati

“Andai dipisah lagu dan irama, lemah tiada bermaya. Hampa…”

agamamuCinta, ibarat irama dan lagu, kumbang dan bunga, ombak dan pantai. Sukar mencari tafsiran yang hampir tepat dengannya.

Ada main-main cinta, cinta monyet, cinta pertama, cinta kilat, cinta sms, dan pelbagai jenis cinta lagi. Bersama menghamparkan harapan supaya cinta sejati lahir dari hubungan yang terbina itu. Yang paling mudah diungkapkan ialah kata-kata cinta tanpa benar-benar memahami ertinya. Ada yang bersama dulu dengan hati yang kosong tapi kemudian tumbuh rasa cinta pada hati masing-masing. Ada yang bercinta tetapi tidak temui cinta dan kebahagiaan dalam hubungannya. Dan, paling kesian apabila telah jatuh cinta tetapi tidak berupaya mengungkapkannya kerana ia menjadi milik orang lain. Macam-macam perihal cinta.

i-love-uFasa remaja-dewasa (18-29 tahun) seperti penulis selalunya menemui teman-teman sekeliling yang sedang mencari cinta untuk dibuat sehidup semati. Di sinilah kebanyakan daripada mereka mula meng”usha” bakal suami dan bakal isteri sebagai teman hidup. Namun, ramai juga yang kecundang di pertengahan jalan dengan hati yang menderita. Malah, ada yang tersangkut dalam keadaan tidakpasti dan musykil dengan hala tuju hubungan. Tiada siapa yang mampu memutuskan sama ada insan yang dipilih adalah cinta sejati atau tidak selagi mereka belum mengenalpasti ciri-cirinya. Memang mudah berkata “I LOVE U” tapi bukan mudah untuk memuntahkannya dari lubuk hati. Cinta sejati tidak perlu dilafaskan kerana impaknya terlalu dalam sehingga rasa cintanya menjadi ketara pada kita.

Cinta perlukan tanggungjawab.

couples-disagreement-need-for-counselingSaya percaya bercinta adalah ketika kita merasakan adanya hubungan  dan rasa tanggungjawab ke atas hubungan itu. Bukannya nak memberi nafkah atau menjadi “suami isteri perasan”, tetapi bertanggungjawab dengan perasaan pasangan. Pencinta sejati tidak akan mudah-mudah berjanji mulut dan kemudian mengingkarinya. Cinta sejati tidak akan mudah-mudah dilepaskan dan akan terus diperjuangkan. Ia akan menyebabkan kita menjadi individu yang bertanggungjawab kepada kata-kata, janji, perbuatan dan harapan yang diberikan pada pasangan. Tak adelah dengan A cakap Wo Ai Ni, dengan B pula cakap I Lap U.. Kalau cakap saja cinta tapi masing-masing buat ikut suka hati tanpa memikirkan perasaan pasangan, maknanya anda kena menilai baliklah sama ada benar-benar cintai pasangan

Cinta sejati memerlukan kesabaran

imagescano2nol

Cinta haruslah diuji dan dinilai kembali sama ada perasaan itu masih ada dari masa ke semasa. Kalau kenal sejam dah cakap cinta sejati, itu maknanya anda dipanah cinta kilat. Dalam bercinta, ruang untuk rasa bosan tidak harus muncul kerana ia satu proses menyemai dan menyuburkan perasaan dari hari ke hari. Untuk kita tahu bahawa cinta sejati atau tidak, beri peluang pada diri untuk menikmati rasa cinta itu mengikut peringkatnya. Jangan baru kenal seminggu tapi dah berikan semuanya seolah-olah dialah cinta yang teragung. Cinta itu berperingkat dan mempunyai fasa-fasa yang harus dilalui dalam mencapai cinta sejati. Kalau terus terbang ke puncak cinta, kita tak dapat menilai sebarang kecacatan yang ada di kiri kanan jalan. Bila dah terlanjur jauh, sukar pula untuk mencari jalan pulang.

Cinta sejati perlukan kesejatian

love_quotes_graphics_013

SEJATI, atau dalam maksud lain “sebenar, betul, tulen, original, genuine, true, real” dan sebagainya. Jadi, tentunya tiada sedikit pun ruang kepalsuan untuk singgah ke dalam hubungan. Kalau awal-awal lagi status diri pun dah dipalsukan, macam mana anda nak pastikan cintanya jujur buat anda? Yang berpunya cakap solo, manakala yang dah kahwin pula cakap bujang. Saya selalu percaya kalau semua padanya nampak baikkkkk……. je, there must be something wrong somewhere. Sama ada kita sedang ditipu atau kita tidak lagi berpijak di bumi nyata. Persembahkanlah diri anda yang sebenar walau jelik mana pun sebab di situlah boleh melihat sejauhmana dia hendak bersama kita. Kalau dia benar-benar menyintai kita, semua yang buruk pada diri kita itulah terbaik buatnya. Padanya…, kekuranganmu menyempurnakan hidupku!! Oleh sebab itu, jika nanti anda sudah tidak cantik, dah beranak sampai 16 orang, dah botak gondol, dah papa kedana pun, dia tidak akan meninggalkan anda.

Cinta sejati perlukan kebebasan, tapi kebebasan terkawal.

love53

Ini adalah salah satu pelantar bagi kesejatian cinta. Lepaskan dia untuk bernafas dan mengasihimu dengan caranya yang tersendiri. Kalau awal-awal lagi dah mengongkong, mengekor ke hulu hilir, mencengkam privasi pasangan sehingga dia tidak dapat bernafas, bagaimana anda nak berinya ruang untuk menghargai anda? Bebaskan dia untuk anda melihat segala belang-belangnya. Yelah, di depan kita pijak semut pun tak mati. Kawal dia dengan kebahagian dan kasih sayang anda dan ini akan membutakannya dari mencari kebahagiaan lain di luar sana. Kalaulah baru sekejap berpisah, si dia sudah pandai bercumbu dengan orang lain…nampak sangatlah cinta anda tiada nilai padanya.

Cinta sejati milik Tuhan Yang Esa.gse_multipart261241

Maka, dalam bercinta bagai nak rak pun jangan lupa untuk mendapat keberkatan dari Nya. Dialah pemegang hakmilik asal rasa cinta yang penuh nikmat itu. Kalau benar cinta sejati, maka muktamadkannya dengan perkahwinan. Kalau tidak, itu bukanlah cinta sejati kerana cinta yang sebenar hanyalah untuk suami atau isteri yang hakiki. Jika anda mempunyai keimanan dan kerohanian yang kuat, anda akan redha dengan ketentuanNya ke atas cinta anda. Percayalah, cinta sejati mendekatkan kita padaNya, bukan menjauhkan. Wallahualam.

19 Respons to “Mengenal Cinta Sejati”

  1. cinta? aku-raba-kau-raba.

  2. Cik Mata Hati Says:

    Cinta sejati lah.. Rock kapak habis die ni!
    hehe!

    Awk kna blajar bricinta dulu dgn sy..

  3. awk tgh dilamun cinta ke wat entri pasal cinta ni?

    ok klu sy betol2 nk belajar, bleh tolong ajar?

  4. Jika kamu memancing ikan,

    setelah ikan itu terlekat di mata kail

    hendaklah kamu terus mengambil ikan itu

    Janganlah sekali-kali kamu lepaskan ia

    semula ke dalam air begitu saja,

    OK..kalau ikan tu ikan buntal xkan nak sental juge? =P

  5. Cik Mata Hati Says:

    Dilamun cinta?
    hurm tu peribadi.

    2ndly..jgnlah buang ikan buntal tu.
    biarlah dia mati

  6. daripada biarkan ia mati, baik dilepaskan, mungkin selepas itu si ikan buntal tersebut tersangkut di kail orang lain yang sememangnya penggemar ikan buntal.

  7. Cik Mata Hati Says:

    Trlebih dulu, wah fariz ckp dgn pnuh ksopananla. 1 kjayaan ni.

    Ikan buntal tu kn dah sakit, mulut pun dah luka.. kalau hidup pun merana sebab ksakitan..
    mati terseksa tau.
    sape suruh kite memancing?
    jd tanggunglah risiko klu dapat pe2 ikan pun.

  8. bagaimana komen cik illani kalau org lelaki yang kahwin 4? maksudnya dia berjaya menyintai 4 org dlm satu masa? hidup lelaki!

  9. Cik Mata Hati Says:

    Poligami?
    Kalau dari awal dia beritahu status yg sebenar,
    dia bertanggungjawab ke atas hubungan itu,
    dia memberi perempuan itu kebebasan untuk membuat keputusan sama ada ingin bermadu atau x,
    dia sabar dan tawaduk sebagai bakal suami,
    dan akhir sekali masing2 berserah kepada ketentuan Allah..
    tentunya cinta sejati dicapai oleh mereka walaupun berpoligami.

  10. oh. whatever.

  11. yup2..agreed..’i luv u’ is seriously easy to confess..pendapat i.. dnt say u luv her/him.. do it..show it.. dnt say it.. luv = great feelings + lust .. if u dnt ave feelings for him/her.. u dnt love him/her.. if u dnt ave lust for him/her.. dnt lie tht u luv him/her.🙂

    *lame x mlawat.. ketupat ade lg for me? hehe

  12. Cik Mata Hati Says:

    oo..
    ktupat dh hbis la yang..

    thn dpn ek!!

  13. mmg suma 2 perlu ada tp x suma org sngup lakukan d dunia yg nya ni…
    lg2 bnyk halangan n pancaroba kn2

  14. hurm..
    for me..cinta sejati cume dtg skali dlm idup..
    we dun need reasons y we luv sum1..
    cinta tu dtg dgn sendiri..kite sendiri x sedar n x tau nape kite cintakan die wlupn org yg kite cinta tu x menepati criteria2 yg kite idamkan..;)

  15. cinta..? cinta itu ubat..klu diguna dgn betul amatlah bermanfaat..tp klu lebih jadi mudarat..pd aku cinta itu racun..

  16. Mohd Fadhli Yahya Says:

    Cinta tak dapat digambarkan dengan kata kata walaupun ia lahir dari hati.. ia haruslah diikuti dengan apa yang dimaksudkan dengan kata kata. Mengenai berpoligami Islam tidak pernah melarang umatnya. Tetapi melaksanalan keadilan dalam berpoligami adalah susah kerana tanggungjawab adalah lebih besar dan berat. Itulah bebanan yang harus dipikul. Cinta mungkin merupakan ketentuan. Bagi saya klu saya mempunyai girlfrenz satu hari nanti InsyaAllah dia akan menjadi teman hidup saya. Bukannya berpacaran kerana ingin memenuhi kehendak semasa.🙂

  17. Cik Mata Hati Says:

    Yes!!
    itulah yg sepatutnye Encik Fadhli!!

  18. cinte ine bkn dtg dri fikiran tpi dtg dri emosi…..ine ksah idop aku…aku dah bnyak couple tpi stu pun aku tak dpt rse and then aku lyan lah myspace aku trjmpe lah minah nie…apalagi aku try lah mintak no,,,,,per!!!!!skali dpt aku igt kan shaja lah nak kwn rpt..bak kate orng orng putih “friend forever”and then mse tu die ada pkwe…..aku tak kesah sb aku pon nak kwn……die kte pkwe die pon mcm tak lyn sgt dah kt die…aku pon bt tak taw je lah..tpi pda stu ari tu aku bleh trgla bahyang plk kat die “ah udah”aku kte…..aku pun mula lah cre mnggatal aku….apa nak bt dah tkdir aku couple jgk angan die…..biasa lah orng dilamun cinte msti lah rindu…tiap2 mlm aku angan die asyik cll je tak pranh rse bsan….prtma kli aku jmpe die mmeng best lah bak kte orng tua2 kubang dh jmpe si bunga ape die akn bt nye??????????malu lah mse aku nie prmalu skit…..bkn mcm lki lean gentl and then aku brepakli jmpe die…..tpi skrang krang ckp angan die sbb msing2 nak spm kan…..tpi skrang aku rse rindu kt die…..ape pndapat korang aku nie cinte sajati ke…palsu???????

  19. Cik Mata Hati Says:

    Kalau betul cinta, dtg ke rumah masuk meminang.🙂

Your comment will reflect your IQ, so it better be wise. Anything that contain harsh word will automatically be sent to spam. TQ Wordpress. U make my day! Hehe! -Sabar itu Separuh Dari Iman-

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s