Tips-tips Untuk Berterus-terang!

“Sorrylah..saya malas nak keluar. Banyak kerja saya nak buat kat rumah”,

kata saya ketika menolak date dengan si pelawa. Kadang-kadang kita berhadapan dengan situasi di mana ia memerlukan kejujuran kita dalam bersuara dan ada situasi di mana kita perlu diamkan diri sahaja. Di sinilah kita harus memainkan peranan yang betul.

Nanti terlepas cakap, takut buat orang terasa lak. Tapi, kalau terkurang cakap, isi hati kita tak sampai. Takut nanti lain pula yang difahaminya. Sebenarnya cara penyampaian kita jugak boleh diadun dan digubah dalam meyampaikan maksud kita. Kita kan orang Melayu yang penuh dengan adab dan sopan. Bila bercakap kita kena menjaga tata tertibnya. Ini di antara cara mudah untuk bersuara :

1.  Mulakan dengan kemesraan

Untuk menyampaikan maksud asal, kita mulakan dulu dengan menggunakan topik lain. Kita dedahkan individu itu dengan hal-hal lain yang menarik perhatiannya sebelum lebih menjurus kepada hal yang mahu kita sampaikan. Dengan bahasa tubuh yang amat selesa dan perbualan yang rancak, kita menyampaikan maksud yang kita datang sebagai kawan bukan lawan.

th_rites1

Mukadimah yang baik akan menampakkan sama ada si dia bersedia untuk mendengar atau tidak apa yang kita sampaikan.Misalnya kita hendak bertanya arah jalan pada makcik yang menjual goreng pisang di tepi jalan, kita mulakan dengan “Wah laku betul goreng pisang mak cik hari ini ya”, apabila dibalas dengan bahasa tubuh yang baik baru kita mula bertanya “Makcik, saya sebenarnya dah sesat ni, boleh tak tunjukkan jalan ke….” Jika respons tidak baik, maka kita tangguhkan saja niat itu.

2. Perkataan yang sedap didengar dan molek

words

Dalam satu ayat yang sama, kita memilih perkataan yang orang tidak akan terasa atau berkecil hati. Misalnya, “kau ni busuklah” dan ubah ia kepada “kau ni setiap kali lepas mandi wangi betul. Aku pun suka nak duduk dekat. Wangi betuul! Rexona ek?”.Bila orang yang mendengar mula respon baru kita beritahu maksud kita yang sebenar seperti : “Ohh bukan Rexona ek? Tapi kan, Rexona memang sangat bagus untuk perempuan yang aktif sukan macam kita ini.” Dengan ini, niat kita untuk menegur nampak kabur di matanya dan kelihatan seperti kita hendak berkongsi pengalaman.

3. Nada suara yang rendah dengan mimik muka yang tenang.

comeynyee

Nada suara yang lembut dan wajah yang tenang, kita boleh mencairkan pihak lawan. Seolah-olah kita datang untuk berdamai dan bukan untuk menyerangnya. Kita bercakap sesuatu yang sensitif tetapi di telinga orang ia seolah-olah sesuatu perkara yang rasional untuk difikirkan. Kalau kita bercakap dengan emosional, nanti kita akan dianggap membuat tuduhan melulu tanpa mengkaji kata-kata yang dikeluarkan. Misalnya “kamu ni pemalas betullah, satu kerja pun tak boleh buat” dengan nada yang sangat garang dan maki hamun. Orang yang mendengar hanya akan bertambah marah dan menganggap kita nak cari pasal. Satu apa kita cakap pun takkan masuk!.Cuba kalau cakap baik-baik, tentu kesannya lebih kuat di ingatannya. Sebab orang bila naik marah, dia tak berapa ingat apa yang sedang berlaku.

4. Berkongsi pengalaman

3699296235Misalnya (diambil dari contoh kedua) “Dulu tak ada siapa nak dekat dengan saya sebab bau busuk dengan peluh. Kawan-kawan mana nak cakap takut kita terasa kan? Tapi, lepas guna Rexona, masalah bau badan tak ada lagi” Orang yang mendengar akan lebih yakin dengan penyampaian kita kerana melihat sendiri contoh subjek itu di depan mata. Dia akan lebih faham apa yang cuba kita sampaikan. Malah, dia akan sedar yang kita bukan bercakap atas dasar suka-suka tapi untuk menegurnya kerana apa yang dilakukannya itu berlawanan dengan norma kehidupan.

5. Cari persamaan dengan subjekbumi-only

Secara psikologi, kita lebih mudah ‘ngam’ dengan orang yang ada persamaan dengan kita daripada orang yang sangat asing. Misalnya, kita membeli sayur di pasar malam. Kalau kita bercakap dengan dialek yang sama dengan penjual sayur itu, mesra dan ramah, kita lebih berpotensi untuk mendapat harga yang lebih murah atau percuma barangan lain. Begitu juga dalam berterus-terang, cari persamaan antara anda dan subjek. Beritahu padanya tentang persamaan ini. Misalnya ketika sedang di ‘interview’, si penemuduga mengatakan dia berasal dari Kedah jadi katakan “Oh mak saya pun berasal dari situ”, percayalah penyampaian anda menjadi lebih mudah.

6. Berhemah dan rasional

minimalistic_desperation_by_jonyboy135

Selepas anda sudah menunjukkan persamaan antara anda dan dia, sudah mesra, maka katakan isi hati anda dengan sangat brhemah. Jangan terus menyerang subjek dengan melulu. Misalnya “eh, bila ko nak bayar balik hutang aku minggu lepas tu??!” Sepatutnya kita katakan begini “sekarang ni banyak betul duit nak guna kan? Nak beli itu, beli ini, lagi-lagi masa harga minyak dah naik ini. Kucing eden kat rumah tu pun asyik makan nasi ngan kicap je, dah lama tak merasa ikan..eden tak mampu nak belinyo. Anak-anak pula baru nak masuk belajar,hurm..kalau boleh eden nak guna duit yang eden bagi pinjam kat ekau mggu lepas tu.” Dengan cara begini, hubungan anda dengan dia pun tidaklah terjejas. Iya lah, hidup ini bagaikan roda, hari ini kita buat orang, esok lusa mungkin kita akan perlukan bantuan dia pula.

Jadi, berterus-terang bukanlah satu masalah bukan?  Asalkan suara hati anda dapat didengar olah orang lain. Jangan pula sampai terlepas cakap! Seperti kata pepatah, “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan merana” Pandai-pandailah membawa diri ya.


6 Respons to “Tips-tips Untuk Berterus-terang!”

  1. yang memberi pesanan Says:

    Salam wak..betul tu mmg kesabaran ada batasannya..awk jan terlalu menampakkan awk terlalu marah ngan llki dalam situasi gni…ermm nnti ada llki yg sngaja nak uji awk tanpa awk sedar..coz ramai llki ada kat sekeliling awk n ada yg bepura2 baik..n kalu tau lagi awk buat ketidak puasan ati macam ni…mereka akan cuba nak tambat ati awk utk bagi awk rasa d permainkan…sory..sy just ckp jak…coz adalah 1 dua insan kwn llki awk yg sy knl kat tag tu nmpk jak baik…tapi erm…takpe la..tak baik mmalukan org..cuma saya nak bepesan2 jak pada awk..awk ati2 jak la ya???harap jak awk tk kena ya????

  2. gadis binggung Says:

    salam…syukur saya dh dapat separuh daripada tips anda..tetapi jika situasi seperti saya..boleh kh anda sedikit sebanyak memberi panduan dan pandangan?
    Saya sudahpun bertunang hampir 3 tahun..dan jodoh kami insyallah akan tiba selepas saja tunang saya menghabiskan perkhidmatan beliau di luar negeri..so kira jarang sekali lah kami bertemu..jika beliau ada kesempatan cuti pulang barulah kami berjumpa ( 2x dalam setahun)
    Sepanjang pertunangan kami..allhamdulilah kami masih di rahmati dengan kejujuran dan kesetian kami masing-masing..
    masalah saya..
    Saya binggung dan keliru..kerana saya telah pun melakukan kesilapan terhadap beliau..dimana saya telah menipu beliau””” yang mana ini membabitkan diantara keluarga beliau dengan diri saya dan juga keluarga saya..
    Jika saya berterus terang dengan beliau..besar kemunkinan mungkin akan berlaku pertengkaran pada tunang saya dengan keluarga nya!!!
    Tapi jika saya terus membisu..
    terus mendiamkan diri..
    saya akan terus merasa ter tekan dan berdosa terhadap tunang saya..
    patut kah saya berterus terang??? atau biar saja masa berlalu dan dia mengetahuinya sendiri…

  3. Cik Mata Hati Says:

    Waalaikummusalam gadis bingung.
    Pertama kali terima kasih kerana menghargai pandangan saya yang tak seberapa ini.

    Saya rasa saudari sekarang sedang diburu bayang-bayang sendiri.
    Dalam bercinta dan seterusnya berkahwin kita kenalah saling berterus terang dan bagitau dia apa saja yang baik dan buruk tentang diri kita ini. Itu baru pasangan yang berpijak di bumi nyata. Sebab secara logiknya mana ada manusia dalam bumi ini yang tak pernah buat silap. Kalau anda cuba nak berpura-pura baik sekarang, walau macam mana pun lambat laun dia akan ketahui juga sebab dia bakal hidup berdua dengan kamu nanti.

    Jadi secara umumnya, pada pandangan saya tidak salah untuk berterus terang andai ia dapat memudahkan anda menemui keserasian dan saling memahami apa yang masing-masing inginkan dalam hubungan. Ia lebih mudah apabila anda dan dia saling tunjukkan true colours masing-masing sekarang supaya tak ada lah kes, terkejut beruk tengok perangai boyfren yang dulu “pijak semut pun tak mati, padahal kat belakang banyak yang dah mati”. Contoh berterus terang secara umum ini seperti pengenalan diri, status, latar belakang, sikap.

    Berterus terang ada dua jenis
    1. Berterus terang = Masalah selesai dan pulih
    2. Berterus terang = Masalah makin teruk.

    Contoh no 1 seperti, A, (bini orang) beritahu B (kekasihnya) yang dia sebenarnya dah kahwin dan dalam tempoh edah. Memang pahit untuk B terima, tapi kalau A tak bagitahu mungkin B terkahwin dengan bini orang.

    Contoh no 2 pula, apabila B, si kekasih A tadi berterus terang yang dia pernah tidur dengan semua kawan-kawan A. Bukan ke berterus terang sebegini hanya mencari masalah sebab kepercayaan A akan hilang pada B. Memang B hendak berlaku jujur, tapi dia boleh berlaku jujur dengan cara lain, seperti berubah dan setia pada A. Buat apa beritahu tapi bukannya dapat mengubah apa-apa.

    JADI!
    Bagi saya ada beberapa pengecualian kepada prinsip umum ini. Anda pernah dengar pepatah “jangan dikenang barang yang lepas”?. Jika kesilapan yang saudari lakukan adalah sesuatu yang harus ditanam dan dilupakan forever, buat apa nak gali balik dan tunjukkan kesilapan yang dah reput tu pada orang? Untuk orang ketawa? ejek? marah? malukan kita? lebih-lebih lagi apabila “kesilapan” yang kita lakukan itu tak melibatkan sesiapa. Tak ada sape yang akan mati pun kalau kita tak beritahu. Ia hanya satu “dirty little secrets” yang kita dan Tuhan saja tahu. Bukan kita tak nak berlaku jujur, tapi kalau berterusterang itu hanya akan menyusahkan kita balik buat apa cari masalah?

    Gadis ada melakukan “kesilapan” dan “menipu” dia yang melibatkan keluarga. Apa jenis kesilapan itu untuk saya teliti. Kalau saudari malu untuk berterus terang di laman ini, saudari boleh email saya di bigb_rd@yahoo.com.

    Gud luck dear!
    “orang yang paling berani adalah orang yang berani berkata benar”,
    “berani kerana benar, takut kerana salah”
    Jangan diburu bayang-bayang sendiri.

  4. aisyah Says:

    salam betul lelaki kadang menbuat kita sakit hati dengan diorang apa yang patuk kita buat sabab ?

  5. Tanpa Nama Says:

    perlu ker berterus terang…sedangkn kalu diluahkn nnti si dia wat dekkk jer..mcm x dak apa2 yg berlaku..pada situasi sy plk sidia ni terlalu la pendiam..kalu date ngan dia 3 jam..x da topik yg hang
    at di bual kn…saya tanya sepatah dia jawap sepatah..sy tanya 2 dia jawap 2……adoiii….camner nk berterus terang ni……..

  6. Cik Mata Hati Says:

    Terus terang;ah bagitau pada dia tentang sikapnya yang pendiam itu dan tanyakan padanya TERUS TERANG kenapa dia terlalu pendiam. Tak de tajuk nak dibualkan atau memikirkan hal lain.

Your comment will reflect your IQ, so it better be wise. Anything that contain harsh word will automatically be sent to spam. TQ Wordpress. U make my day! Hehe! -Sabar itu Separuh Dari Iman-

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s