Shah Alam : Bandar Sampah?

Menariknya Shah Alam!! Meh saya bawa jalan-jalan di sini!

pict0128

Kita boleh pergi SACC Mall, Plaza Alam Sentral, Plaza Masalam dan tidak juga tempat paling hangat masa-masa nak dekat raya iaitu Kompleks PKNS. Bosan tiada panggung wayang? Tidak apa, saya boleh bawa jalan-jalan pergi Taman Tasik Shah Alam. Bolehlah dating, beriadah atau berekreasi dengan famili tersayang. Bawalah anak-anak sekali main gelongsor lepas itu tolak-tolak kat buaian. Nak pegang tangan dengan awek sambil jalan-jalan tengok tasik pun boleh juga. Ini pun dekat dengan Uitm Shah Alam, jadi kalau nak datang lawat pun apa salahnya, naik je bas Rapid KL dari stesen bas situ! Dekat sangat! Jalan kaki pun boleh.

Tapi, hati-hati dekat Shah Alam ini. Jaga kepala, jaga kaki, jaga hidung!pict0138 Takut-takut nanti tersepak mana-mana plastik sampah yang orang buang kat tepi jalan tu. Ala dekat sini orang campak sampah dekat divider jalan je. Ekspress sikit! Tiada masa nak turun dan buang kat tong sampah! Haa..jalan tu pandang-pandang sikit! Mana tau tiba-tiba kena hempap dengan timbunan sampah dari atas! Eh, bukan hujan sampah! Just, orang Shah Alam nak buat magik! Kena buat dari tingkat atas umah flat!

Mari sini saya ajar magiknya! Mula-mula pergi dekat tingkat atas, kalau boleh tingkat lagi tinggi lagi bagus! Cari plastik dan sumbatkan sampah sarap macam diapers baby, tin milo, muntah si emak sebab loya-loya, dan sampah yang sewaktu dengannya! Lepas itu, angkat tinggi-tinggi, pastikan teknik tangan itu betul! Kena sasarkan kat tingkat paling bawah! Dan… bushhhh anda campak ia ke bawah! Ahh, biarkan saja! Ada ‘orang gaji’ paling setia dah sedia nak kutip!

Sampah? Beginilah scenario yang berlaku di Shah Alam lewat kebelakangan ini. Apa nak jadi dengan kita ni? Kajian ini telah saya lakukan di beberapa tempat di Shah Alam seperti Seksyen 2,3,4,17,18,19,20 dan 24. Rasa hidup segan mati tak mahu bila tengok pencemaran alam secara terang-terangan ini! Inilah tingkat kesedaran sivik kita! Di situ terserlah bagaimana mentaliti orang Shah Alam ini. Longgokan sampah bukannya nak letak dalam tong sampah, tapi letak baik punya bawah papan tanda “Larangan Membuang Sampah” sekali dengan pemberitahuan denda Seribu Ringgit. Wahh!! Langsung tidak takut, siap cabar lagi!

pict0162

Lepas itu saya terus membuat kajian di sebuah restoran Seksyen 24. yela..kerja part time i kan Pengkaji Sampah. Apa yang anda semua boleh lihat, mereka bukannya nak buang sampah dalam Rumah Sampah yang disediakan, tapi buang dekat sebelahnya. Entah berapa jengkal saja jarak. Amboi manja betullah orang Shah Alam ni! Nak buang, nak longgok, tang situ juga!

pict0131Yang buat saya bertambah jelik melihat sikap mereka ini adalah, mereka sesuka hati saja buang sampah di pesisiran jalan. Kalau tengok sepanjang pembahagi jalan itu memang penuhlah dengan sampah. Apa ini? Kerajaan sudah terlalu miskin ke nak sediakan tong sampah atau kita sendiri yang malas angkat sampah-sampah itu untuk dibuang ke tempat sepatutnya? Hasil kajian saya, tong sampah ada disediakan, namun kita yang tidak menggunakannya dengan betul. Malah ada rumah sampah yang dibiarkan kosong dan bersih kerana tidak digunakan. Kiranya kalau nak sewakan rumah sampah itu kat orang pun berbaloi juga!

Tolonglah orang-orang Shah Alam, sayangilah tempat tinggal anda dan pict0133jiran-jiran anda! Janganlah kerana anda seorang yang kurang cerdik, orang lain pula nak terseksa! Gunakan tong dan rumah sampah yang ternanti-nanti untuk anda menyalah gunakannya.. eh eh, salah, MENGGUNAKANNYA! Cukup-cukuplah tabiat mencabar Majlis Bandaraya Shah Alam dengan sengaja membuang sampah di bawah papan tanda “DILARANG MEMBUANG SAMPAH”! Buanglah sikap ‘terlalu manja’ itu! Berbudilah pada tanah dan alam sekitar yang Tuhan kurniakan ini! Anda boleh melakukannya!! IMPOSSIBLE IS NOTHING! Masalah menguruskan sampah bukan trend kita! Marilah kita hapuskan masalah kronik ini!

5 Respons to “Shah Alam : Bandar Sampah?”

  1. farizbakar Says:

    Bukankah mentaliti orang Malaysia keseluruhannya begini?

  2. Cik Mata Hati Says:

    yes.
    lagi2 Shah alam..
    juara denggi di Malaysia!!

  3. hahaha.x larat nk komen..it wont change anything..

  4. halen Says:

    illani tgk kat s alam mcm nie.mmg org malaysia suka buang sampah merata rata tempat terutamanya kws rumah flat.tak reti nak jaga kebersihan.tu la kws s alam nie diistiharkan kws denggi.pda pendapat sy bukan kws s alam je mcm nie.di negeri lain pun sama gak mcm nie.

  5. Cik Mata Hati Says:

    Whatever it is juara denggi still milik shah alam..

Your comment will reflect your IQ, so it better be wise. Anything that contain harsh word will automatically be sent to spam. TQ Wordpress. U make my day! Hehe! -Sabar itu Separuh Dari Iman-