Kalaulah Saya Bukan perempuan, Tentunya Saya Lelaki Lembut!

Hello, saya menjawab telefon.

Suara saya yang serak-serak basah ini bertambah serak dan garau dengan demam selesema. Lagi-lagi baru terjaga dari tidur sebab dikejutkan oleh panggilan dari mana entah pukul 5 setengah pagi ini.

Ermm..sapa ini?!!”, suara seorang lelaki di hujung talian.

“Haaa..awak nak cari siapa ini?”, tutur saya dengan nada terkejut, tapi keayuan masih lagi maintain.

“Ni laki ke perempuan?”, tanyanya pada saya.

Saya terkejut dan jawab “perempuan lah takkan laki kot” dengan suara saya yang masih garau tu.

“Eh, tak la. Takkan suara perempuan camni. Hehehehehe Mak nyah ek?”, sambil dia tergelak-gelak kecil.

Dalam hati saya “aku sepak jugak mamat ni, dah la ganggu aku pagi-pagi!!”.

Wan I_ _ _ _ ada tak?”, katanya pada saya sambil dia cuba nak memperkenalkan diri. Bila disuruh beritahu nama dia buat main-main lak sambil berkali-kali tak percaya yang dia bercakap dengan perempuan tulen. Dia ingat saya ini mak nyah ke apa??

“Dah la, awak pegi tidolah!”, dengan suara yang agak tegas sebelum saya matikan hanfon. Sorilah beb, saya ini pantang sikit kalau tidur diganggu. Iyalah, tahap kepekaan dan sensitiviti tu tinggi sangat. Sikit kilauan lampu, bunyi tv, saya dah boleh terjaga. Kalau nak terlelap punyalah payah, macam-macam condition yang kena fulfill dulu. Jadi, sekali dapat terlelap memang saya pulun tidur betul-betul.

shave

Tapi, hari ini kita bukan nak bincangkan pasal tidur. Saya terfikir macam manalah agaknya kalau saya ini bukan perempuan. Ala…tak bestnyerrrrrrr. Kena kumpul kening tebal-tebal tak boleh cabut dah, lagi lebat..lagi macho! Tak boleh dah nak pakai lipstick, euw pondan ke apa? Tiap-tiap pagi kena sibuk cukur misai or janggut sebelum pegi kelas. Apa lagi yang laki buat ek? Oh ya..selisih sesama kawan lelaki lepas itu mengusik nak sentuh alat sulit kawan. Euwww.. (I had saw that!!) Lepas itu, seriously saya tak boleh lagi menangis di khalayak semasa ceramah sedang tayang video Jasa Bonda yang tunjukkan pengorbanan mak ayah atau tengok gambar-gambar pengguguran bayi. Nanti orang cakap, eee mamat ini menangis mengalahkan perempuan! Apa lagi yang kena saya korbankan?

Tolonglah..ingat best sangat ke jadi laki! Lagi-lagi lelaki melayu zaman sekarang ini banyak yang lembik-lembik. Ketahanan pun kurang! Bila kita jual mahal sikit dia cakap “saya takutlah mendekati awak, saya fikir banyak perkara dan saya takut nak amik risiko-risiko yang mendatang. Masa depan awak sangat cerah. Saya takut kerana saya masa depan awak jadi gelap”. Pergh..ayat bukan main. Padahal, kiri kanan awek keliling pinggang. Sebelum mengorat kita, tak pernah pula rasa takut. Jadi, lelaki melayu zaman sekarang takut dengan apa? Takut dengan komitmen dan tanggungjawab. Mereka lebih suka seronok-seronok je. Kelelakian bagi mereka kalau buat gurl yang disayangi menangis kerana dia, dapat tukar-tukar awek dan apabila perempuan tergedik-gedik padanya.

171346295_125fc60536

Lepas itu masa bulan puasa, lembiknya mengalahkan orang perempuan yang mengandung 9 bulan. Terlonggok ramai-ramai kat bawah gerai, sambil terhendap-hendap takut kena serbu tengah makan di waktu siang. Lemah! Punyalah dulu Hang Tuah dan Hang-hang lain pertahankan bumi Melaka dan berjuang untuk anak bangsa dengan penuh keberanian. Apabila cukup yakin bangsanya nanti kuat dan berani sepertinya, Hang Tuah pun ghoyak “Takkan Melayu hilang di dunia”, berdiri segak di hadapan ramai. Lelaki sekarang? Bila dah buntingkan anak dara orang, terus lesap tanpa khabar berita. Langsung tak berani nak berdepan dengan masalah yang dibuatnya.


mencry1

Jadi normallah kalau zaman sekarang ramai lelaki yang nak jadi perempuan. Ala, sensitive dan lembut macam perempuan tak semestinya mereka nak bercinta sesama jenis juga. Contohnya, Aznil Haji Nawawi dan Chef Wan. Tolak tepi mereka-mereka yang gay itu. Sekarang saya sedang bercakap tentang lelaki-lelaki lembut yang secara semulajadi memang begitu. Lebih baik jadi begini, dari jadi lelaki berhati kering yang buang masa dan habiskan duit mak bapak dengan benda-benda tak berfaedah. Ada masa melepak dengan motor, lepas itu cari perempuan untuk dirosakkan. Saya rasa lelaki macam ini baik mati muda sebab main motor, dari hidup ke tua asyik main perempuan!!

lovehina_1_10241

Kalaulah saya bukan perempuan, tentunya saya jadi lelaki lembut! Lelaki LEMBUT tak sama   dengan lelaki LEMBIK tau! Lembut-lembut pun tak menyusahkan mak bapak! Kerja rumah pandai, menjahit pandai, memasak, mengandam, dan macam-macam lagilah! Lelaki lembut yer, bukan gay! Agama islam tak benarkan perkahwinan sesama jenis! Paling penting saya (yang dah jadi lelaki lembut) memahami perasaan perempuan dan tak suka-suka hati mempermainkan perasaan mereka.

Memang bukan semua lelaki lembik macam itu, tapi LEBIH RAMAI yang suka, bangga dan mahu jadi macam itu. Patutlah lebih ramai anak dara sekarang prefer jadi anak dara tua dari tersalah pilih dan merana sampai mati. Iyalah, bila dah kahwin dengan lelaki macho tapi hancur itu masalah lain pula yang datang. Kita ini kena menanggung sakit hati kerana melayan perangai mereka yang tak betul tu!

Saya bukan bercakap suka-suka, tapi banyak contoh yang menunjukkan prestasi kaum lelaki yang semakin merundum. Mungkin anda rasa macam di ‘torture’ je dengan kata-kata saya ini, tapi anggaplah ia sebagai cabaran untuk buktikan bahawa kata-kata saya itu tak betul. Saya seorang perempuan yang hampir sejati, dan saya juga pencinta lelaki. Saya seorang yang admirer lelaki dan sentiasa mengharapkan kaum Adam ( bukan Adam kawan Asasi saya) terus menawan hati seluruh wanita dengan kejayaan-kejayaannya. Buat kami terus berkata “wahhhh…machonyerrr die…”. Tolonglah lelaki-lelaki berkualiti, jangan pupus dulu. Tak bermakna hidup kami tanpa “menggilai” anda. Haha!

P/s : Ia salah dan saya akan tetap cakap ia salah. Jangan harap saya akan menipu semata-mata nak sedapkan hati anda. Cukup-cukuplah ego tu!!

6 Respons to “Kalaulah Saya Bukan perempuan, Tentunya Saya Lelaki Lembut!”

  1. farizbakar Says:

    “Padahal, kiri kanan awek keliling pinggang. Sebelum mengorat kita, tak pernah pula rasa takut. Jadi, lelaki melayu zaman sekarang takut dengan apa? Takut dengan komitmen dan tanggungjawab. Mereka lebih suka seronok-seronok je. Kelelakian bagi mereka kalau buat gurl yang disayangi menangis kerana dia, dapat tukar-tukar awek dan apabila perempuan tergedik-gedik padanya.” – Hello, it’s me.

    Itu sejarah lama. memang aku jahat pun dulu2. skang ni ada lagi jahat sikit2 tapi dah berjaya di turas dengan kertas litmus.

    soal wanita lagi hebat? aku xnak jd genderist. tp nak berckp jgk, pompuan cuma banyak kat ipta tapi isi kosong(bukan semua dan bukan cik ilani). aku penah bersembang(flirt) dengan awek dean list, tp cakap sabah tu filipina punya dan negara jepun di tandanya di sri lanka. dia memang hebat untuk dpt pointer tinggi tp tidak hebat untuk survival. Kaum hawa tak perlulah mendabik buah dada sangat dengan kuantiti yg byk di ipta. laki dan pompuan semuanya setara. Masing2 tugasnya adalah untuk melengkap 1 dengan yg lain dan hawa itu sendiri dicipta dengan tulang rusuk kanan adam. tiada hawa, pincang adam. Peace!

    xlarat nak debat intelek. baru saja argue pasal institusi pendidikan.

    p/s: rokok xdak kaitan ngan laki. pompuan yg lahir pandai2(x bijak) dr ipta pun dh ramai merokok.

    p/ss: oh aku juga pernah flirt dgn lelaki lembut.

  2. Cik Mata Hati Says:

    Tau..
    laki mmg “hebat” pun sbb tu byk pmpuan yg byk mngis psl diorng..
    bkn ckp gurl lbh hebat just nk kata laki tak gunakan “kehebatan” dan “kebijaksanaan” mereka tu ke jalan betul..

    prmn bkn sje pndai kata tp pndai buat..cuma ade segelintir dari mereka tak ade courage yg ade pd bdk laki..tp tu citer dulu2 la skrg mcm2 gurl blh buat ok..

    Psl dekan tu tak payah ckplah. tu slh satu spesies “memanglah pandai tapi kurang bijak”..

    Mmg laki n prmpuan setara tp realistiknya laki zaman skg BANYAK dah ketinggalan dgn ape yg patut dikejarnya, ALPA, dan paling teruk mereka tak sedar kepincangan itu..
    tapi..apa2 pun..i know they will succeeds by their own “independent” way..

  3. Lepas itu, seriously saya tak boleh lagi menangis di khalayak semasa ceramah sedang tayang video Jasa Bonda yang tunjukkan pengorbanan mak ayah atau tengok gambar-gambar pengguguran bayi. Nanti orang cakap, eee mamat ini menangis mengalahkan perempuan!

    -*ello..laki pon de prasaan k..lantak la ape org ckp..tp nk nangis pon de cara..macho still kene jaga..huhuu

    Tolonglah..ingat best sangat ke jadi laki! Lagi-lagi lelaki melayu zaman sekarang ini banyak yang lembik-lembik

    tarik blk yg bhormat..tarik blk..sy bangkang skeras-kerasnya..=P

    “saya takutlah mendekati awak, saya fikir banyak perkara dan saya takut nak amik risiko-risiko yang mendatang. Masa depan awak sangat cerah. Saya takut kerana saya masa depan awak jadi gelap”.

    inilah ayat lelaki sialan klu nk tau..cam tau2 jer dia akan mgelapkan masa depan pompuan tu..

    Bila dah buntingkan anak dara orang, terus lesap tanpa khabar berita. Langsung tak berani nak berdepan dengan masalah yang dibuatnya.

    en shukree ckp klu da tau kite di ancam bahaya kene cepat2 slamatkan diri..klu da tau agak2 nk kene kapak ngan bapak pompuan tu..so kite kene lari..-en shukree ckp..wakakaka…=D

    Ada masa melepak dengan motor, lepas itu cari perempuan untuk dirosakkan. Saya rasa lelaki macam ini baik mati muda sebab main motor, dari hidup ke tua asyik main perempuan!!

    -*aku main moto x penah main pompuan..bkn sume bdk moto tu jahat..

    Saya seorang yang admirer lelaki dan sentiasa mengharapkan kaum Adam ( bukan Adam kawan Asasi saya) terus menawan hati seluruh wanita dengan kejayaan-kejayaannya

    -* adam juga adalah lelaki..adam jua seorang yg berjaya..maka adam macho..huhuhu..kok gitu..? apa mau ckp…?

  4. Tanpa Nama Says:

    Wlaup0n laki byk kt pusat serenti,gurl byk kt ipta. .kalo x de laki. .mane ley de zuriat??x brkembg r kturunan kte. .hrp fhm btpe pntingnye laki.

  5. Cik Mata Hati Says:

    ok lelaki penting, noktah.

  6. kalau jadi lelaki tu.janganlah dok buat perkara yang tidak berfaedah

Your comment will reflect your IQ, so it better be wise. Anything that contain harsh word will automatically be sent to spam. TQ Wordpress. U make my day! Hehe! -Sabar itu Separuh Dari Iman-

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s