Statistik Perceraian dan Perkahwinan Pasangan Islam di Malaysia!

Statistik perceraian yang diberikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di akhbar Harian Metro sangat mengejutkan. Ini kerana ia makin meningkat berbanding tahun-tahun yang sebelumnya. Mengikut laporan ini jumlah perceraian pada tahun 2007 adalah 20,259 kes berbanding 131,086 perkahwinan. Bagi tempoh sehari pula, lebih daripada 56 perceraian dan 359 perkahwinan berlangsung.

Di setiap negeri pula, dilaporkan perceraian paling tinggi didaftarkan oleh negeri Selangor dengan 3,722 kes (dah agak pun) diikuti Kelantan sebanyak (2,257), Kedah (2,188), Johor(1,931), Perak (1,551), Terengganu- yang dikatakan janda teramai di Malaysia di tangga keenam dengan (1,537), Pahang (1,502), Kuala Lumpur (1,141), Sabah (924), Pulau Pinang (917), Sarawak (910), Negeri Sembilan (907), Melaka (758), Perlis (247) dan Labuan (37)

maternal_instinctsDikatakan punca krisis rumahtangga ini adalah kerana tidak serasi, kecurangan,poligami, kerenah dan campur tangan keluarga yang keterlaluan, masalah kesihatan pasangan termasuk kesuburan, suami isteri bermain kayu tiga, masalah hutang banyak, masalah ekonomi, pengangguran, peluang kerja terhad, komitmen kerja dan kerjaya yang terlalu tinggi, simptom cemburu buta – kurung pasangan, dan kurangnya didikan moral -penderaan dan pengabaian.

Menurut laporan ini lagi, perkahwinan yang tertinggi pada tahun 2007 dicatatkan oleh negeri Kedahsebanyak 20,889 diikuti sekali lagi di tangga kedua, Kelantansebanyak 17,201, Selangor (14,817) – cerai no 1 kahwin no 3?, Johor(13,241), Perak (11,446), Sabah (9,941), Pahang (9,519), Terengganu (8,953), Sarawak (5,393), Negeri Sembilan (5,151), Pulau Pinang(4,458), Melaka (3,559), Kuala Lumpur (3,538),Perlis(2,484) dan Labuan (486).

1_601440484lSoal rezeki, jodoh, ajal dan yang seumpamanya di tangan yang Esa. Namun seperti yang tertulis di dalam al Quran “Allah tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum, melainkan kaum itu mengubahnya sendiri”. Sehubungan itu,kita tidak boleh dengan mudah-mudah berserah segalanya pada takdir tanpa ingin berusaha. Kebanyakan kes perceraian berlaku kerana pasangan belum cukup persiapan dan bersedia dalam menghayati alam rumah tangga. Berkahwin tanpa arah tuju dengan niat semata-mata kerana nafsu saja tidak akan membawa keharmonian dalam membina masjid.

Ia seperti seorang lelaki yang ingin terjun ke dalam sebuah lubang yang gelap, yang dikatakan mempunyai emas dan intan permata di dalamnya. Lelaki itu terjun ‘blindly’, tanpa sebarang persiapan dan kemungkinan risiko yang menanti lebih tinggi. Bahaya dipatuk ular atau tercedera tidak disedarinya kerana terlalu ingin mengejar ‘kemewahan’ yang diangan-angan. Tapi bandingkan jika lelaki ini terjun dengan memakai helmet, sut keselamatan, bersama lampu suluh dan pisau sebagai persiapan, jika apa-apa yang buruk berlaku dia mempunyai kesempatan untuk mempertahankan diri. Malah, jika dia pulang dari lubang itu dengan tangan kosong pun, dia tidaklah rugi banyak sangat. Paling kurang dia telah berusaha dan barulah berserah. Akhirnya kalau tidak menjadi, penyesalannya tidaklah sedalam mana. Begitulah juga dengan perkahwinan yang dibawa dengan persedian dan persiapan dari sudut agama, mental, fizikal dan pelbagai sudut lain.

10 Respons to “Statistik Perceraian dan Perkahwinan Pasangan Islam di Malaysia!”

  1. farizbakar Berkata:

    Dikatakan punca krisis rumahtangga ini adalah kerana tidak serasi, kecurangan,poligami, kerenah dan campur tangan keluarga yang keterlaluan, masalah kesihatan pasangan termasuk kesuburan, suami isteri bermain kayu tiga, masalah hutang banyak, masalah ekonomi, pengangguran, peluang kerja terhad, komitmen kerja dan kerjaya yang terlalu tinggi, simptom cemburu buta – kurung pasangan, dan kurangnya didikan moral -penderaan dan pengabaian. – kurang didikan agama.1 masyarakat Malaysia kurang didikan agama.semua org.dari pemimpin smpai pencacai.

  2. ilani88 Berkata:

    Yang membezakan mereka adalah kurang didikan agama tapi mahu mencari ilmu agama untuk membetulkan diri sendiri atau kurang didikan agama tapi tidak endah lalu terus merosakkan pegangan diri dan orang yang seharus dipimpinnya.

    There’s a big difference

  3. izzuddin79 Berkata:

    pokok pangkal dlm perkahwinan, mesti dibina kerana Allah….cinta keranaNya dan Benci keranaNya….bila dah ikhlas gitu…barulah “masjid”yang dibina dapat kekal utuh….bukan kerana nafsu semata…

  4. Cik Mata Hati Berkata:

    harap2 begitulah..
    KITA YG MENGUBAHNYA..
    N ALLAH TENTUKAN..

  5. fateh munabbeh Berkata:

    apa yang berlaku pada hari ini kerana kita meninggalkan agama. Memang betul kewujudan sekolah agama begitu banyak. Tetapi sukatannya tidak meliputi kehendak agama itu sendiri. Contohnya pendidikan agama hanya menjurus kepada ilmu feqah semata-mata. Jika mempelajari ilmu tauhid hanyalah perkara-perkara yang asas dan paling-paling tidak menghafaz sifat 20. Apa yang dihafaz tidak tahu dalam sudut penghayatan dan aplikasi kehidupan. Ilmu tasawwuf jauh sekali mendapat tempat di sekolah agama. Bahkan sudah ramai ustaz-ustazah yang mencela dan menasihati pelajarnya agar tidak mempelajari tasawwuf. Tareqat!!? Sudah lama terpinggir kononnya bidaah dan segera disabitkan dan disamakan dengan Al-Arqam dan Al-Maunah. Kita hendaklah rujuk kembali kepada sejarah bagaimana orang Melayu yang pertama memeluk Islam bernama Pra Ong Mahawangsa diislamkan oleh ulama sufi bernama Syeikh Abdullah Jaafar Al-Qumairi serta 12 orang rakannya. Tidak dinafikan sesetengah pandangan sarjana mengatakan aliran Syiah terlebih dahulu sampai ke nusantara sehingga tertegaknya Kerajaan Mataram di Pulau Jawa.Jangan sebab kerana fakta ini semua ilmu tasawwuf dan tareqat disamakan dengan fahaman Syiah. Kita mengamalkan Islam secara runcit-runcit. Enggan mengamalkan Islam secara borong. Maka itu kita terhukum oleh perbuatan kita. Moralnya di sini ialah tidak memadai untuk menjana INSAN YANG KAMIL dengan hanya mengamalkan ilmu feqah.

  6. dekna88 Berkata:

    sebelum kahwin, kita buta setelah kahwin kita merana…dulu,sumer bahagia..sekarang apa yang ada..binalah hubungan atas landasan ukhwah yang suci, moga Allah merestui dan meredhai perkahwinan yang dibina..aminnn.

  7. remaja sekarang mudah tertipu dengan cinta…… maklumlah cinta itu buta

  8. remaja sekarang mudah tertipu dengan cinta…… maklumlah cinta itu buta..
    sampaikan kadangkala mereka merasakan apa-apa yang mungkar itu merupakan kebaikan yang belum tentu membawa kepeda semua yang mereka mimpikan… inilah remaja zaman sekarang! bila ditegur kita kembali yang akan dimarah…. walaupun banyak paparan yang menunjukkan balasan kepada mereka yang melakukan kemungkaran tetapi hanya ibarat ‘mencurah garam ke dalam laut’.. lebih menakutkan apabila remaja hari ini lebih berbangga dengan melakukan kemaksiatan dan rasa malu apabila melakukan kebaikan..
    ADAKAH INI YANG DIKATAKAN BANGSA MODEN? WALLAHUA’LAM…

  9. Cik Mata Hati Berkata:

    hmm..cinta itu buta ya??
    thanks shidi

  10. amir Berkata:

    mak bapak aku dah kawen 23 tahun baru sebok nak bercerai skrg.. tension betul aku..

Your comment will reflect your IQ, so it better be wise. Anything that contain harsh word will automatically be sent to spam. TQ Wordpress. U make my day! Hehe! -Sabar itu Separuh Dari Iman-

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 321 other followers