Memanglah pandai, tapi kurang bijak!

Tun Mahathir Mohammad bukanlah pelajar dekan tiap semester, tapi dia antara Perdana Menteri Malaysia yang dihormati.

mahathir_smile2

Siti Nurhaliza hanya mendapat keputusan sederhana dalam SPM tapi menjadi antara seniwati yang terkenal dan disanjung. Anwar Ibrahim bukanlah salah seorang doktor yang mempunyai PHD tapi dia adalah antara orang yang berpengaruh di Malaysia dan mungkin dunia.

Pandai : clever, bijaksana : wise. Mungkin di dalam lingkungan mereka, mereka dianggap biasa-biasa atau sederhana saja. Tapi jangan terkejut dengan kapasiti gigabyte dalam otak mereka yang mampu menggoncangkan dunia. Tau tak di mana kelebihan mereka? Mereka adalah individu-individu yang bukanlah terlalu pandai tapi sangat bijaksana.

umno_logo

Ada satu garisan halus yang memisahkan antara pandai dan bijaksana. Orang-orang yang pandai adalah yang selalunya mendapat keputusan cemerlang dalam akademik dan juga kokurikulum. Contohnya, dapat 4.00 flat setiap semester. Manakala orang-orang yang bijaksana selalunya individu-individu yang meraih kejayaan kerana idea-ideanya yang luar biasa atau mempunyai kemampuan yang lain dari yang lain. Contohnya, Pendebat Terbaik kejohanan Debat setiap tahun. Bagi saya, kepandaian adalah kejayaan untuk diri sendiri manakala bijaksana adalah kejayaan yang dikongsi masyarakat atau sesuatu yang bukan berbentuk individualisme semata-mata.

Clever won’t give u anything if you are not wise in life. Manakala keputusan yang bijak akan memberikan apa yang anda mahu dalam hidup. Clever is not necessarily wise, but wise is clever! Tak guna pandai sampai jadi genius matematik kalau pilih untuk menjadi pelacur untuk memuaskan hati. Tak guna belajar sampai ke China kalau balik nanti harta tanah mak ayah yang nak dikejarnya. Tak guna ada PHD kalau banyak orang yang “ditikam” dari belakang untuk berjaya. Belajar tinggi-tinggi pun tak ada berkat kalau Perasaan Hasad Dengki yang digenggamnya.

individuality-posters1

Saya menulis artikel ini ketika dalam kelas, sewaktu rehat tengahari di bulan Ramadhan. Mujurlah setiap kelas ada disediakan PC. Tadi, dalam kelas Ethical, baru selesai kuliah Cyberethics dan salah satu isu yang timbul adalah perkara-perkara salah etika di internet. Salah satunya “don’t use computer to harm others”. Bloggers macam saya ini tak layaklah nak masuk ISA, kalau kena hantar pun alih-alih kena tendang balik! Lainlah kalau blogger sorang yang promosi “dakwah” baru kat laman web dia tu! Semua isu yang kontroversi, sensitive dan seditious pun ditelanjangkannya sehingga menimbulkan ancaman dan kemarahan ramai pihak Rasa-rasanya masuk hari ini 5, 6 dakwaaan dah dibuat! Blogger tu rileks je. Saya siap boleh lawat web Malaysiantoday lagi kat UITM. Nasib baik, belum ada mala fide (niat buruk) dalam hati saya ni nak sebarkan fitnah yang tak betul pada khalayak. So, tak jadi kesalahan ETIKA kalau saya nak terus menulis. Lagipun blog ini tempat untuk menyuarakan pendapat sendiri. Iyalah sampai bila para pembaca nak terbuku dan sempit dengan kepala sendiri je kan? Kadang-kadang kena buka juga fikiran tu bagi luas sikit pengetahuan.

gerakan_anwar_bebas_logo

Kalau benar seseorang itu pandai, maka betulkanlah apa yang kurang pandai di khalayak. Jangan gunakan kepandaian yang ada itu untuk memanipulasi keadaan. Jadilah manusia yang bijak dan tidak membuat keputusan yang menampakkan kebodohan diri balik! Iyalah, kata orang A tu jahat, B tu jahat, tapi bila suruh buktikan kat mahkamah tiba-tiba jadi pengecut dan satu apa pun tak mahu cakap! MANGSANYA ADALAH ORANG-ORANG YANG KURANG PANDAI DALAM MENELAAH DAN MENGHADAM MAKLUMAT YANG DIBERIKAN. Maka, tanpa ada kesedaran terus bulat-bulat percaya sehingga menjadi satu isu perdebatan yang besar. Kalau benar anda bijak, tampil ke hadapan dan buktikan segala idea-idea baru itu boleh dipakai. Jangan jadi manusia yang tidak bertanggungjawab dan berjuang sesuatu yang kelihatan delusional di mata orang. Delusi adalah membayangkan sesuatu yang tidak ada atau tidak pernah berlaku.paklah

“Orang Melayu perlu disedarkan supaya mereka tidak leka”, Tun Dr. Mahathir Mohammad.

“Matlamat kita menjadikan orang melayu bangsa kuat, berdisiplin, cemerlang dan dihormati”, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

paklah

Perjuangan mereka itu datangnya daripada semangat cintakan Negara bangsa dan tidak mahu melihat perjuangan lampau mereka menjadi sia-sia. Orang-orang yang bijaksana tidak mungkin boleh mementingkan diri sendiri kerana semulajadinya mereka terdidik untuk memikirkan sesuatu yang lebih dari sekadar dirinya. “Siti mula melibatkan diri dalam bidang seni ini dengan niat nak ringankan beban mak ayah di kampung”, kata Siti Nurhaliza sebelum sensasi auranya meledak ke seluruh negara. Mungkin kerana itu perjalanan seninya yang direstui oleh ibu dan ayah menjadi mudah untuk diharungi.

Orang-orang yang bijak, ilmunya terjangkau sehingga ke luar skope silibusnya. Pandangannya sangat jauh dan pemerhatiannya sangat dalam pada perkara yang berlaku di sekeliling. Di situ dapat dilihat keputusannya selalu memberansangkan dan menjadi contoh. Kita ada perjuangan yang belum selesai. Orang yang buka UM, UITM dan Universiti-universiti lain lebih 50 tahun dulu hendak melahirkan bangsa-bangsa bijak gemilang yang menyumbang untuk negaranya. Namun, alangkah tersentapnya mereka (yang hidup atau dalam kubur) melihat generasi “pandai-pandai” sekarang menyalahgunakan kepandaian yang ada. Jangan jadi bangsa yang pandai menjadi boneka untuk dimainkan pihak lain. Jadilah individu yang bijaksana kerana insyaallah kejayaan itu akan berpanjangan!

P/s : If u asking my advise I would say that failure in achieving straight A’s doesn’t mean that it’s the end of the world!

5 Respons to “Memanglah pandai, tapi kurang bijak!”

  1. In life, everything must be put into moderation.

    A combination of book-smart + street-smart is essential to get things done.🙂

  2. helo bakal lawyer. cantik blog ni. isinya pun ‘berisi’. salaam.

  3. ilani88 Says:

    thanks jeff.. peace!

  4. ilani88 Says:

    yes luq..
    whatever it is, it comes back 2 us..
    if we want it, we hav to work hard

  5. farizbakar Says:

    rpk? ‘dakwah’ baru x patut dihukum/dihumban dlm ISA/penjara. seeloknya, diskus atau debat dgn org yg tahu hakam hukum ni untuk menentukannya. sama juga mcm pengharaman ke atas buku pelik tapi benar dlm solat karya rahman ni..semua org patut diberi hak untuk menulis idea masing2 ttg apa2 isu pon.kalau salah, betulkan..buat live coverage kat tv..rtm contohnya..debat ttg isu yg salah atau dikatakan insult islam ni..bukan hukum.sumbat isa.

    melayu muslim ni takut sgt dgn isu2 cmni.xnak menerima idea baru.sdgkan kita pun byk ‘memelayukan’ islam tu sendiri. wallahualam.

Your comment will reflect your IQ, so it better be wise. Anything that contain harsh word will automatically be sent to spam. TQ Wordpress. U make my day! Hehe! -Sabar itu Separuh Dari Iman-

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s