The Exploitations of Riots : Where is the love?

Forum “Peluk Islam” semalam 9hb.Ogos.2008 membangkitkan ketegangan dalam masyarakat sehingga menimbulkan persengketaan dengan Bar Council.

Saya terfikir bagaimana saya nak menulis perkara sebegini di saat semua pihak tengah marah-marah, seakan-akan nak tumbuk je siapa-siapa yang bangkitkan hal ini lagi. Saya mulakan dengan menjelaskan tujuan saya menulis, bukanlah untuk menyokong mana-mana pihak, dan saya ingin menerangkan paksi artikel saya ini bermula dari objektif menuntut hak saya sebagai rakyat yang inginkan keamanan.

samp62c112f4eb536e68

Sejak dua menjak ini, begitu banyak demonstrasi dilakukan rakyat, bermula dari Hindraf sehinggalah apa yang berlaku semalam. Sebenarnya, apa sebab sesebuah forum dianjurkan? Tujuannya adalah untuk membincangkan sesuatu permasalahan atau isu-isu yang timbul dalam masyarakat.

Terdapat pelbagai jenis forum mengikut spesifikasi khusus yang terdapat dalam isu forum itu. Misalnya, jika ia mengenai islam, ia akan diuruskan oleh badan yang berkuasa dan lebih arif tentangnya. Jemputan akan dibuat pada mereka yang lebih pakar untuk menyuarakan pendapat tentang soal-soal yang lebih terperinci. Jika mengenai sains dalam islam, ahli sains akan dipanggil untuk menyuarakan pendapat mereka mengikut landasan islam.

Forum semalam menimbulkan kekecohan kerana ia membincangkan soal peluk dan keluar islam mengikut undang-undang negara. Seperti yang kita ketahui Perkara 121 1A di dalam Perlembagaan Persekutuan menjelaskan setiap kes-kes yang melibatkan agama islam dan umat islam akan dirujuk ke Mahkamah Syariah dan tiada mahkamah (sivil) yang boleh campur tangan. Persoalan yang ingin dibawa oleh forum Majlis Peguam adalah bagaimana bagi ahli keluarga yang tidak memeluk islam, adakah mereka juga tertakluk mengikut perundangan Syariah?

Majlis Peguam menjunjung demokrasi jadi mereka harus menerima kesan yang timbul daripada junjungan demokrasi itu. Sejak awal 9 pagi, pintu masuk Majlis Peguam diasak oleh badan-badan pertubuhan Islam yang meminta forum itu dihentikan. Pejuang-pejuang yang menggempur forum itu, yang kebanyakannya bergerak atas nama NGO ialah Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Jawatankuasa Penyelaras Perikatan NGO Islam (ACCIN), Persatuan Al-Hidayah, Belia Perkim, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Persatuan Al-Hunafa dan Persatuan Darul Fitrah Malaysia. Turut sama ialah Persatuan Kebajikan Dakwah dan Islamiah (Pekida), Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia, Persatuan Seruan Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor, Persatuan Ulama Malaysia, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia, Yayasan Kerjaya Malaysia, Kelab Cinta Malaysia, Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) dan Persatuan Penjaja Kecil Wilayah Persekutuan.

Apa sebenarnya yang cuba dibangkitkan dari kekecohan forum ini? Nampaknya ia seperti sengaja menarik perhatian orang ramai untuk mendengar apa yang terkandung dalam lubuk hati mereka. Apa yang saya lihat ia seperti eksploitasi demonstrasi dan riot yang seakan-akan menonjolkan kita ini suka kekerasan dan keganasan. Kenapa tidak memilih saluran lain yang lebih kena dengan isu yang timbul. Bukankah ini soal sensitif, melibatkan hal umat islam yang semua orang sedia maklum majoriti rakyat negara ini. Jika kita sudah sedia tahu forum ini akan menyebabkan respons hebat dari masyarakat islam , kenapa kita sengaja untuk menduga lagi? Bukan bermakna perbincangan tidak boleh dibuat, tetapi biarlah ia dibuat oleh pihak dan saluran yang betul. Mereka mengekploitasi demonstrasi yang kita adakan untuk mencapai matlamat yang mereka idam-idamkan. Sedarkah kita?

Kita sengaja dijolok untuk marah, untuk mengamuk dengan isu yang ditimbulkan, kesannya seluruh rakyat memberi sepenuh perhatian kepada isu yang mereka timbulkan. Inilah yang mereka mahukan!! Siapa yang menang dalam situasi ini? Mari kita menilai sendiri bagaimana kita umat islam yang berpaksikan toleransi dan keamanan menghadapi dugaan Allah ini. Ada dua botol air yang dikhuatiri bom tangan ditemui di bangunan Majlis Peguam.

Ada beberapa individu bertumbuk sesama sendiri. Bom tangan dicampakkan ke rumah Presiden Majlis Peguam, Ambiga Sree, yang rupa-rupanya kini didiami oleh Shahrizat Jalil. Malaysia ini dah nampak kucar-kacir seperti negara dunia ketiga. Sudah tidak aman lagi bagi rakyat, malah untuk bergerak dari suatu destinasi ke suatu destinasi pun takut-takut. Jika masalah ini semakin parah, ia akan menjejaskan industri pelancongan dan ekonomi kita dari terus bergiat cemerlang.

badgeBila terlalu mengikut perasaan marah, kita akan hilang pertimbangan. Bila terlalu marah kita tak dapar berfikir dengan tenang!Penilaian kita dikaburkan dengan emosi dan kesannya kita akan menjadi boneka kepada permainan orang lain. Orang-orang yang ingin tampilkan kita sebagai bangsa yang lemah, kasar dan ganas. Orang-orang inilah yang akhirnya akan menang bila kita disumbatkan ke penjara atas tuduhan menyerang, mencederakan, dan mengganggu ketenteraman awam. Jangan tertipu dengan permainan mereka.

Ikutlah jalan dan landasan yang betul untul menyuarakan perasaan marah yang meluap-luap. Dengan perpaduan pelbagai pertubuhan NGO yang bijak-bijak dan gemilang di atas, saya percaya suatu jalan yang lebih baik dapat kita laksanakan. Malah jalan ini akan lebih hebat sehingga melupuskan badan-badan kecil yang mempunyai impian besar untuk menakluki kita. Lagi-lagi apabila sokongan majoriti dari rakyat masih boleh kita peroleh sekarang.

P/s :Di manakah kasih sayang anda untuk kami, dan kasih sayang kami untuk anda? Keputusan di tangan kita. Say No To ViolENCE!

Satu Respons to “The Exploitations of Riots : Where is the love?”

  1. farizbakar Says:

    seeloknya diskusi bar council ni dibuat secara tertutup. apa yg semakin risau skang ramainya Muslim liberal smpai menggunakan ayat quran/hadis sbg alat untuk kepentingan dorang ni.

Komentar ditutup.