PR : Public Relations Sorang Melayu..

Sedang bergegas ke kelas, dua orang kawan baik saya telah ditahan oleh dua orang jurujual.di PKNS.

Jurujual ini hendak mempromosikan produk pembelajaran bahasa inggeris yang terbukti berkesan dalam tempoh 19 bulan. Pada mulanya perbualan berjalan lancar walaupun kawan saya telah memberitahu yang mereka hendak cepat. Ala, tak apa bas kan banyak lagi. Produk ni dik, kalau secara tunai RM 1600 tapi kalau nak bayar ansuran pun tak pe. Starting RM 298 saja”, katanya. “Oh, tapi saya belum ada duit lagi ni bang”, kata kawan saya S ( bukan nama sebenar). “Ala adik ni pakai jam branded boleh je, tapi soal pelajaran nak tangguh-tangguh”, kata Salesman itu. “Oklah bang, saya pun dah lambat ini”, kata S pula tapi terus ditahan oleh Salesman itu.

“Adik ni student je kan, tengok dalam list ni lecturer yang dah pandai pun, datuk, arkitek yang busy pun boleh beli, inikan pula adik.”, kata Salesman itu sambil menunjukkan senarai pembeli yang belum tentu kesahihannya. “Ada seorang budak itu datang sini, anak mekanik je tapi ada duit nak beli, itu semua sebab nak belajar juga bahasa inggeris. Ni adik tengok berita-berita kat newspaper ni. Punya banyak graduan menganggur sebab tak pandai bahasa inggeris”, kata Salesman itu sambil menunjukkan keratan-keratan suratkhabar. Suaranya mula mendesak.

mechi-yg-stu“Abang, sekarang saya nak cepat, lain kali ek?”, kata S pula. Si salesman mula bercakap tentang agama yang lebih kurang begini. “Adik, tak tahu ke Tuhan laknat umatnya yang suka tangguh-tangguh. Tak baik tau adik buat macam ini, terutama lagi soal pelajaran. Kan kita ini wajib menuntut ilmu, mana boleh tangguh-tangguh”, kata Salesman yang berbangsa melayu itu dengan panjang lebar sambil terus mendesak.

“Tapi abang tak bolehlah nak paksa-paksa customer beli kan?”.jawab S. “Eh, mana ada memaksa! Inilah mentality orang melayu, bila convince dia cakap paksa lak. Kalau paksa mesti saya suruh sain borang, tapi tak kan?”, kata Salesman itu dengan nada lebih tinggi seakan-akan marah.“Kalau adik nak beli laptop, adik mesti kena convince ayah adik dulu kan, lepas tu baru boleh dapat? Samalah juga macam saya!”. Kawan saya S menjawab, “eh taklah, kalau saya nak laptop ayah saya belikan je”. Lepas itu, soal lain pula diserangnya. “Inilah mentality orang melayu langsung tak nak tolong bangsa sendiri. Kalau macam ini, macam manalah bangsa melayu nak maju” S pun menjawab, “Tapi abang kena paham condition customer juga. Sekarang ini saya nak cepat!”, kata S sambil cuba untuk beredar.

drama-ok-group-ramaiYang lebih mendidihkan otak apabila lelaki berbangsa Melayu yang berkerja sebagai salesman itu mengutuk UITM, tempat saya dan kawan-kawan yang lain melanjutkan pelajaran.“Adik tengok dalam list ni, nama Uitm langsung tak ada. Yang ada UM, USM, sebab apa Uitm tak ada? Sebab produk kami langsung tak iktiraf Uitm. Tak ada standard langsung! Saya ada kawan-kawan yang masuk Uitm tapi kalau sayalah, hurm jangan harap, langsung saya tak pandang! Not my choice!”,katanya lagi sambil marah. Haii..Uitm nak ke pandang dia? “Saya ini tak belajar tinggi pun tapi I can speak English really well”.Sambil ayat sama asyik diulang-ulang. Akhirnya kedua-dua kawan saya berjaya meloloskan diri dan berlari ke kelas yang telah setengah jam pun bermula.

Hurm.. rendah betul PR – Public Relations atau Komunikasi Awam orang kita. Mungkin dia terlalu terdesak hendakkan komisen hasil jualan produk pembelajaran bahasa inggeris mereka. Tengoklah sampai Uitm pun nak dikutuknya sebab tempat bangsa Melayu dan Bumiputera belajar. Kat Uitm kami ada kelas BEL bahasa inggeris tiap semester. Free pulak tu! Itulah antara masalah orang kita yang harus diubah. Tak perlulah hairan apabila melihat bangsa lain lebih maju dalam berniaga dan lain-lain. Kita asyik sibuk menjatuhkan sesama sendiri.

PR sebenarnya amat penting dalam berurusan seharian, terutama lagi dalam perniagaan. Contohnya, kita berniat nak beli sesuatu barang dari sebuah kedai di depan rumah, namun apabila mendapat layanan yang teruk dari kedai itu, secara automatik niat kita terus padam untuk membelinya. Kita lebih rela menuju ke kedai yang lebih jauh dan mahal tetapi melayan kita dengan mesra. Ini semua demi kepuasan pelanggan itu sendiri. Jadi, berubahlah menjadi lebih prihatin. Senyum dan mesraaaaa!

P/s : Ingat lagi kenangan semasa bekerja di 7 Eleven selepas SPM dari 7 Disember – 30 Jun. Selamat petang!!

2 Respons to “PR : Public Relations Sorang Melayu..”

  1. farizbakar Says:

    sangat x setuju student uitm ramai2(bunch of idiot monkeys) berdemo ttg saranan khalid ibrahim.

    ex-uitm

  2. Abang, sekarang saya nak cepat, lain kali ek?”, kata S pula. Si salesman mula bercakap tentang agama yang lebih kurang begini. “Adik, tak tahu ke Tuhan laknat umatnya yang suka tangguh-tangguh. Tak baik tau adik buat macam ini, terutama lagi soal pelajaran.Kan kita ini wajib menuntut ilmu, mana boleh tangguh-tangguh”, kata Salesman yang berbangsa melayu itu dengan panjang lebar sambil terus mendesak. “Tapi abang tak bolehlah nak paksa-paksa customer beli kan?”,jawab S. “Eh, mana ada memaksa! Inilah mentality orang melayu, bila convince dia cakap paksa lak. Kalau paksa mesti saya suruh sain borang, tapi tak kan ?”, kata Salesman itu dengan nada lebih tinggi seakan-akan marah. “Kalau adik nak beli laptop, adik mesti kena convince ayah adik dulu kan, lepas tu baru boleh dapat? Samalah juga macam saya!”. Kawan saya S menjawab, “eh taklah, kalau saya nak laptop ayah saya belikan je”. Lepas itu, soal lain pula diserangnya. “Inilah mentality orang melayu langsung tak nak tolong bangsa sendiri. Kalau macam ini, macam manalah bangsa melayu nak maju” S pun menjawab, “Tapi abang kena paham condition customer juga. Sekarang ini saya nak cepat!”, kata S sambil cuba untuk beredar.

    da tau x elok bertangguh yang die dok tangguh org nk gie kelas tu x dilaknat ke…?

Your comment will reflect your IQ, so it better be wise. Anything that contain harsh word will automatically be sent to spam. TQ Wordpress. U make my day! Hehe! -Sabar itu Separuh Dari Iman-

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s