Lelaki Jerk n Perempuan Desperate

“Bagilah kad tu cepat sikit, orang nak guna duit ni!”, kata lelaki jerk itu dengan garang pada teman wanitanya.

couple-3 Ketika itu pensyarah saya sedang melalui tangga fakulti untuk ke kelas. Wanita itu tersipu-sipu malu mungkin segan dipandang orang dengan tergesa-gesa mengeluarkan dompetnya lalu memberikan kad atmnya kepada lelaki jerk itu. Lelaki itu dengan wajah gembira seperti beruk dapat bunga terus berlalu pergi. Lekas wanita itu menarik sedikit baju t-shirt selekeh lelaki itu dengan perlahan, seakan-akan mencuit “Nanti awak pulangkan tau!”,katanya. Kisah ini diceritakan pensyarah BEL saya apabila dia masuk ke kelas untuk mengajar. “Haa..itulah bakal lawyer bodoh, kena guna dengan boyfriend. Macam lembu kena cucuk hidung!”

Kenapa perempuan yang cantik dan bijak seperti dia dan yang seumpamanya sanggup menjadi hamba @ badut @ boneka @ pembantu rumah pada seorang lelaki yang dicintainya ya?? Lelaki yang selalunya disanjung perempuan kerana kepimpinannya,kebijaksanaan dan ada rasa tanggungjawab, boleh menjadi lelaki tidak guna dalam sekelip mata dan sekadar menjadi si dayus yang menggunakan perempuan. Perempuan pula mungkin kerana sememangnya sangat “desperate for love”, terdesak sangat dengan kasih sayang dan perhatian lelaki itu,mabuk cinta seolah-olah dunia hanya berputar kerana lelaki itu, sanggup melakukan apa saja demi kekasihnya yang jerk.

2187728791_9af8ef3b731Hello? Sampai bila nak jadi tempat pencuci kaki kaum laki? Atau mungkin kamu seronok menjadi someone’s punching bag? Sudah terang-terang dia buat kamu terluka kerana sikapnya yang suka berfoya-foya, tidak tahu menghargai dirimu dan  pelbagai lagi perangai yang mengalahkan setan, buat apa nak tunggu lagi?? Setia? Pengorbanan? Sedia beralah? Jangan nak buat saya muntah la..!!

Kalaulah lelaki jerk itu buat benda sama pada kamu tak apalah juga, ini kamu pula yang lebih-lebih! Mana maruah? Muka tembok sangat ke? Muka sudah setebal kamus ensiklopedia ke? Memang mulia kalau si wanita masih lagi bersama kerana alasan ini tapi biarlah berpada-pada. Biarlah  3 ALASAN ini datang kerana lelaki itu turut memberikan perkara yang sama pada diri anda.

love2Memang bila bercinta ini ia sangat asyik. Tetapi biarlah ia selalu asyik dan menyenangkan! Bukan 60% sepanjang bercinta asyik dihabiskan dengan menangis! Seeloknya bila  mencintai seseorang, kamu kekal menjadi PENCINTA! Bukan hamba cinta @ badut @ boneka @ kuli @ tunggul atau yang seumpama dengannya! Yang lelaki bila nak bercinta atau bila hendak berumahtangga , niat biarlah betul! Jangan sekadar nak jadikan teman tempat berseronok. Kalau nak. kamu cari dia, kalau tidak. kamu buat tidak tahu saja! Dan biarkan si perempuan itu terhegeh-hegeh mencari kamu seperti orang bodoh! Kalau si teman wanita itu hanya kawan biasa, tak apa lah juga! Tapi, ini dua-dua sudah isytiharkan diri jadi pasangan cinta sehidup semati. So, berhentilah menjadi lelaki yang dipandang rendah dengan terus-terusan menjadi lelaki DAYUS yang mengambil kesempatan atas cinta perempuan. Dayus tidak semestinya memukul perempuan atau menjadi pak turut saja, dayus juga merangkumi apa-apa tindakan yang tidak mencerminkan seorang lelaki sejati! Jadilah lebih sensitif tentang kekasih tercinta.

blood_siren-closeup-11

Bagi perempuan pula, saya faham kita memang mempunyai perasaan yang sangat halus. Selalunya apabila perempuan jatuh cinta, dia jatuh cinta sepenuh hati. Namun, janganlah sehingga bengkak-bengkak mata dan bengkak-bengkak badan pun masih percaya yang si lelaki itu sayangkan anda. Apabila berdepan dengan kekasih ‘jerk’, tegaslah! Bukan anda yang rugi apabila meninggalkannya. Saya percaya masih ada lelaki yang baik dalam dunia ini untuk anda! Fikirkan.

Lebih baik tidak bercinta, daripada bercinta tidak bahagia! Seorang perempuan kena berani untuk mempertahankan diri sendiri dan mempertahankan kaumnya. Tidak guna menghabiskan masa 5,6 tahun dengan lelaki jerk kalau di akhirnya anda juga yang banyak menderita. Kepada semua kaum lelaki, jangan ingat semua perempuan hadap sangat kat anda. Mungkin hari ini anda boleh memperdayakan seorang wanita, tetapi esok lusa jangan terkejut kalau ibu, kakak, adik perempuan, anak perempuan atau mungkin cucu perempuan anda pula yang terkena.! WHAT GOES AROUND COMES AROUND.


P/s: Saya tak suka lelaki bangsat!

3 Respons to “Lelaki Jerk n Perempuan Desperate”

  1. farizbakar Says:

    org kita masih pgg dgn anak2 laki kena jd agresif+macho..anak2 gadis kena passive, pemalu, sabar byk…x balance.spttnya anak2 gadis ni jgk kena ajar jd non-conformist & assertive.

    cik kak mata hati : jgn jd genderist yer nnt.=P

  2. Cik Mata Hati Says:

    x genderist pun. prmpuan mmg kne bljar assertive n strict to defense themselves

  3. Kalau aku jadi perempuan tu, dah lama aku terajang lelaki tu.

    And you know what, sometimes boys are stupid. some men too. hehhh

Your comment will reflect your IQ, so it better be wise. Anything that contain harsh word will automatically be sent to spam. TQ Wordpress. U make my day! Hehe! -Sabar itu Separuh Dari Iman-

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s