Khas Untuk Pencinta-Pencinta Amatur (Esp. Bwh 18thn)

sekolah2nq6“Menyampahlah tengok budak kecil dah gatal nak bercinta”, kata emak saya apabila melihat budak sekolah yang berkepit dengan pasangannya. Iyalah, pada zamannya dulu susah nak jumpa budak perempuan yang tergedik-gedik ke hulu hilir berkepit dengan jantan.

“Ingat mak nak sangat ke buat menantu yang murah sangat macam ini. Patutnya umur macam itu sibuk belajar, ini dia gatal nak bercinta, murah sangat!”, katanya lagi.

Yang lebih teruk apabila ‘budak sekolah” yang gedik sangat nak brcinta itu, terlalu over sampai hari-hari pun nak jumpa untuk melepaskan rindu dendam. Kenapa dik? Tak dapat cukup kasih sayang ke di rumah?

Kids, enjoy your time!! Jangan tua sebelum usia. Budak-budak kecik yang sangat mentah lepas itu terus terjun ke lembah cinta, selalunya bertindak terburu-buru dan tidak mahir untuk mengawal perasaannya.

friends_581Oleh kerana ketandusan pengalaman dan pengetahuan untuk mentafsirkan apa maksud cinta yang sebenar, ‘adik-adik’ ini kebiasaannya melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dalam hubungan.

Mulalah berlakunya adegan yang kononnya cinta seperti kepala terlentok-lentok kat bahu, tangan merayap sampai ke badan, tertonggeng naik motor sampai terselak seluar, berpeluk sakan sampai tak nak lepas. You are too small to recognize that it is wrong!

Saya melihat di zaman sekolah saya dulu, budaya couple memang menular seperti di tempat-tempat lain. Jadi, perbezaan aliran kehidupan ini menyebabkan si pasangan meletakkan dirinya seperti orang dewasa.

Sehinggakan terikut-ikut cara orang dewasa bercinta. Padahal cara orang dewasa bercinta itu pun salah! Sanggup ponteng tuisyen untuk berdating, meminta kekasihnya itu untuk menjemputnya pulang dan balik dari sekolah, waktu-waktu petang dihabiskan dengan berpelukan di taman bunga, tanpa menyedari ia bukanlah yang sepatutnya seorang pelajar sekolah dan budak bawah umur lakukan.

Bagi yang lelaki pula, sebab nak tunjuk macho sanggup berhabis duit untuk dating! Asalkan kekasih tersenyum meleret! Padahal, duit nak dating pun mintak mak bapak, ada hati pula nak bercinta! Nak bercinta, bercinta je la jangan menyusahkan orang lain!

couple

Dah gatal nak kahwin ke? Zaman dah berubah, dunia dah maju! Tapi perlu ke kita ikut perkara-perkara yang tak molek??.

Tak kira di zaman mana anda berada atau di mana bumi anda berpijak, adab dan tradisi yang dipupuk dibawa bersama. Salah satunya adalah pergaulan anak-anak perempuan. Tak manis melihat perempuan asyik buang masa di luar rumah tanpa sebab yang berfaedah. Haii..perempuan ini tak ada kerja lain ke?

Berani sangat melepak dengan lelaki-lelaki yang belum tentu baik ini. Yang lebih menyakitkan mata kalau mereka bergaul bebas, bertepuk tampar, menjerit-jerit, dan tergedik-gedik tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang.

Situasi yang sama pernah saya lihat ketika datang ke sebuah cyber café, di mana seorang gadis sebangsa dengan saya tanpa segan silu duduk di atas riba kekasihnya ketika saya datang untuk bayar di kaunter. Tak tahulah budak itu umur berapa!

Kalau dia jumpa saya balik sekarang, mesti dia malu dengan perbuatannya 3,4 tahun yang lepas.

Pesan emak saya, jangan terlalu kerap kelihatan berkepit dengan seseorang lelaki yang bukan muhrim kita, kerana martabat dan maruah kita sebagai wanita akan rendah atau dalam bahasa kasar ‘saham dah jatuh’.

Lebih memalukan lagi kalau lelaki itu akhirnya tidak menjadi pasangan hidup kita. Berbalik pada topik kita, budak-budak sekolah buatlah cara macam budak sekolah! Tak payahlah nak serabut kepala otak fikirkan pasal boifren tercinta sangat.

Anda belum terdesak lagi nak berlaki! Kalau teringatkan muka kekasih yang macam jambatan tak siap itu, bukaklah buku sejarah yang tebal dan isikan masa ‘gila bayang’ itu dengan mentelaah subjek sejarah itu sampai habis!

mylover

Kan lagi baik! Ini sampai nak melawan mak bapak kerana nak menangkan kekasih! Mak ayah susah payah habis duit nak hantar kita belajar tinggi-tinggi, tapi kita habiskan duit itu dekat kekasih yang belum tentu jadi milik kita. Mak bapak suruh belajar kita tak nak dengar, tapi bila datang je kekasih yang baru kita kenal tak sampai seminggu itu, apa saja dia cakap kita patuh! Taat sangat sampai tak berani nak lawan!

gse_multipart46849Tanyalah diri balik, masa sedang susah payah mak ayah cari duit untuk membesarkan kita itu, adakah kekasih anda turut bersama? Adakah si jantung hati itu turut sibuk bayar yuran sekolah, carikan kasut sekolah untuk dipakai, sanggup berhutang dengan orang untuk belikan apa yang kita mahu, keliling seluruh kompleks untuk carikan baju raya kita?

Mana ada mak ayah yang nak rosakkan masa depan anak-anaknya.. Kekasih yang anda baru kenal itu tak mungkin boleh menggantikan mereka walau seribu tahun pun. Masa anda masih panjang lagi untuk mencari pasangan hidup. Tak payahlah tua sebelum usia! Kalau nak matang, biarlah bertempat! Biar matang dan bijak berfikir dalam pelajaran, kokurikulum dan mengejar masa depan.

Cari jawapan KENAPA PERLU BERCINTA? Untuk kahwin? Untuk suka-suka? Untuk raba-raba?

Kalau benar sudah jatuh cinta atau tangkap leleh dengan mana-mana yang anda berkenan, berkawanlah tetapi jangan sampai lupa diri. Lagi-lagi kalau pelajar sekolah kerana kapasiti otak dan kematangan anda belum cukup mampu untuk menerima tekanan lain selain pelajaran.

Saya tak menafikan ada budak-budak yang matang sebelum usia, maka bercintalah dengan matang dan bijaksana! Iyalah bercinta ini ada pasang surutnya, bukan hari-hari seronok. Kalau dapat yang memahami tak apalah jugak, tapi kalau dapat yang bermasalah, alamatnya pergi sekolah atau kuliah dengan bengkak mata je la sebab asyik menangis! Cermin diri sendiri itu balik!

p/s : Kalau gatal sangat, kahwin je la! Nak tahu seksinye mperempuan di mana? Klik sini Simbol Seks Perempuan.

11 Respons to “Khas Untuk Pencinta-Pencinta Amatur (Esp. Bwh 18thn)”

  1. Fish.cake Says:

    huhu…….budak2 zaman skang mmg makin bijak, n diorang kener bersyukur sbb dapat hidup waktu zaman sudah beteknologi tinggi….tp syg, di salah gunakan…patut nya diorang ni tak boleh pakai hp ade camera…bg 3310 sudeh…hehehe….zaman i dulu nk rase pegang hp pun tak penah

  2. ilani88 Says:

    mcm2 faktor jd cmni.. the main factor is diorg kurang diberikan prhatian fmili. tu yg kuar ikut ske hti pn xde sape nk tegur

  3. farizbakar Says:

    kita sekadar bley ulas je lah isu mcm ni.tp no action, talk only (NATO)..sama la semua org.dari dlm diri, famili, jiran2, masyarakat, media, NGO, kerajaan..semua buat pekak..xkan setel perkara ni.jd biarlah budak2 bwh 18 tahun nk bercinta, xsalah..yg tua2 ni harus membimbing.selagi boleh elak, elak..klu x dpt elak..anak2 kita nk tangkap cintan jgk..support dgn didikan agama. insyaAllah OK.

  4. semua masalah ni bermula bila pergaulan bebas antara pelajar x dibendung. kesian sangat kalau dah terlanjur baru tersedar. lelaki x rugi..tp..perempuan? agak2..ade x org yang akn memandang rendah kat budak 2? pkir2kan la..harap2 ade tindakan dari pihak sekolah n kerajaan..rasenya dah terlalu memalukan untuk dilihat dan dibincangkan

  5. lupikir lah sendiri Says:

    cinta yg bahagia ialah cinta yg tidak melanggar perintahNya,jadi sentiasalah mengingatiNya jika bertemu dgn kekasih hati krn Dia tlh memberikan perasaan cinta dan juga Dia tlh memberikan kte merasa ke bahagiaan bersama org yg kte sayangi

  6. Wanita kini telah ramai yang rela hilang daranya hanya kerana cinta… Mengapa ini boleh berlaku?

  7. nadhirah Says:

    memang kalau saya ckap cam nih dengan rakan sebaya saya mesti confem saya kene kutuk..bukan nak dngr ckp ornag…==’

  8. kita berdoa semoga ALLAH s.w.t. Menjauhkan perkara ini dri anak cucu kita..amin..

  9. Cik Mata Hati Says:

    harap2 begitulah..

  10. pMinat Cik.Mata haTi Says:

    iNi lah yg sy Cari slaMe nie.., jwpN pda prs0alan mengapa plajaR sibuk brcinta.. (^_^)

  11. serina Says:

    tepuk dada tnya dri sendiri apa yg baik buat sja lah apa yg jahat jgn seskali buat….fkir dlm2 sebelum terlambat….

Your comment will reflect your IQ, so it better be wise. Anything that contain harsh word will automatically be sent to spam. TQ Wordpress. U make my day! Hehe! -Sabar itu Separuh Dari Iman-

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s