Kenapa Kita Harus Berpecah-belah?

“Ingatlah wahai saudara seagamaku, andai kita berterusan caci mencaci sesama kita pastinya ALLAH tidak akan memandang kita dengan rahmat-Nya”. Peringatan dari Allah yang mengingatkan umatnya bahawa perbuatan bermusuhan,keji mengeji dan membenci dilaknatNya. Kenapa kita sesama bangsa Melayu dan agama Islam hendak bersengketa dan dengki-mendengki hanya kerana ada sedikit rasa tidak puas hati dalam diri? KIta mungkin berbeza dari segi jantina, citarasa, taraf pendidikan tapi kita adalah dari acuan yang sama apabila bercakap tentang agama Islam dan bangsa Melayu.

th_97aPerpaduan adalah bertentangan dengan perpecahan. Bukankah kita sama-sama rugi apabila tidak berkerjasama, memalingkan muka dan bermusuhan? Bukankah lebih baik tenaga BENCI yang meluap-luap itu digembleng untuk menuju ke kebaikan sesama kita? Tidak penat ke kita asyik membawa rasa benci itu dari hari ke hari? Padahal orang yang kamu benci itu sudah berlapang dada dan inginkan persahabatan yang aman denganmu? Kalau betul nak membenci dan jadikannya hobi, carilah orang yang setara membenci dirimu, barulah ada manfaat. Bencilah tentera Israel yang memang sentiasa ingin membunuh orang islam. Atau pun bencilah pembunuh-pembunuh orang islam beramai-ramai di kem Shatila (Palestin.)

us_war_iraq_mdbae10123262003326

Sudahlah warganegara Malaysia ni hanya 25 juta, bila ditolak lagi dengan umat lain selain Islam entah tinggal berapa kerat lagi orang Islam dalam Malaysia ni. Boleh bawa ke mana segala kebencian yang ada itu? Apa kata anda yang suka membenci sesama sendiri itu  melihat sendiri pembunuhan orang Islam di Ambon. Saya melihat video itu, ada seorang umat islam yang sorok-sorok mengamalkan agamanya di kampung. Di sekelilingnya kebanyakan adalah orang bukan Islam. Apabila telah terbongkar agama anutan lelaki ini, dia dikejar dengan senjata dan apa saja yang boleh dicapai oleh orang kampung untuk membunuhnya. Manakah orang-orang Islam yang lain? Patutnya kita sesama sendiri bersatu padu dan membuktikan murninya agama suci ini.

Surah Ali Imran ayat 103 “Dan, berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dulu) lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam) maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah) lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.

Hadis Nabi S.a.w bersabda “Seorang Muslim itu adalah bersaudara dengan muslim yang lain. Dia tidak boleh menganiayanya dan tidak boleh menyerahkannya (kepada musuhnya)..” (Muttafak alaihi)

friends_84

Di sini saya menentang sebarang idea dan amalan untuk kita terus berperang sesama sendiri.  Bendera perang tidak pernah berkibar di ‘territory’ saya malah hanya PEACE saya alu-alukan.  Saya yakin kita tiada alasan untuk berpecah-belah. Kita bukannya negara yang ketandusan makanan untuk bergaduh berebutkan makanan. Ataupun negara darurat yang sedang berperang? Oleh itu kenapa kita harus berpecah-belah.?

Lihatlah video-video ini untuk tengok kaum yang berpecah belah:

pembunuhan umat islam di Ambon

sabra shatila massacre

2 Respons to “Kenapa Kita Harus Berpecah-belah?”

  1. These are not surprising my anymore, but thanks..

  2. ck,ck,ck…
    jahatnyaaa…:@

Your comment will reflect your IQ, so it better be wise. Anything that contain harsh word will automatically be sent to spam. TQ Wordpress. U make my day! Hehe! -Sabar itu Separuh Dari Iman-

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s