Gila : Bila Dah Terlampau-lampau

Kegilaan pilihan raya, politik dan tuduh menuduh sedang melanda Malaysia sekarang ini.

crazyyBercakap tentang gila, saya teringat cerita pensyarah saya ketika dia mengajar defend-defend dalam jenayah di kelas Criminal Law minggu ini. Salah satu defendnya adalah ‘unsoundness of mind’ yang lebih dikenali sebagai ketidakstabilan otak, tidak waras dan sakit jiwa. “Daripada pengalaman saya, kalau saya jumpa seseorang yang sangat pintar, dan kemudiannya menyakitkan hati orang-orang di sekelilingnya, saya boleh agak yang dia sedang menuju ke arah sakit jiwa.”, katanya. Ini kerana secara peribadi dia sendiri mempunyai dua orang kawan sekolah yang bermula menjadi graduan Rumah Bahagia dengan tindak-tanduk begitu.

1954063862_100ec9667e1Kawan sekolahnya itu sangat pintar ketika di sekolah dan ramai orang kagum dengan kejayaannya dalam kokurikulum serta akademik. Lambat laun tiba-tiba dia semakin berubah dan mula mengganggu dan menyakitkan hati orang-orang di sekelilingnya, dengan perangai yang annoying. Pernah sekali dia menggubah lagu untuk bertanding dalam pertandingan musik di tandas sekolah. Dia akan ke tandas dalam 3,4 pagi untuk mengetuk bermacam-macam ‘instrumen’ di tandas dalam menghasilkan bunyi-bunyi yang terbaik. Ya, ia memang menghasilkan muzik yang menarik apabila dirakamkan. Tetapi, kesian sekali apabila kawannya ini dipukul oleh senior-senior kerana kedegilannya menganggu ketenteraman malam. Iyalah, budak-budak nak tidur & belajar lagi kan..

Tidak berapa lama kemudian, ketika perangai gila-gila dan menyakitkan hati orang sekeliling sudah mencapai tahap kritikal, barulah seluruh pelajar sekolah faham keadaan yang sebenar apabila mendengar khabar yang kawannya ini dihantar ke rumah bahagia kerana sakit jiwa. Namun, sebelum SPM bermula, dia dilepaskan dari tahanan dan dibenarkan menduduki peperiksaan. Mengejutkan, dia menduduki peperiksaan itu dengan amat cemerlang sebelum berlepas ke luar negara untuk menyambung pelajaran dalam Sarjana Muda Kejuruteraan. Apabila pulang, dia mendapat kerja dengan salah satu badan yang sangat berpengaruh dan ketika itu hidupnya masih stabil.

toutes_les_larmes_de_son_corps_by_aquasixioSetelah masa berlalu, kisah pasal kawannya ini diam seketika. Suatu hari, pensyarah saya pergi ke pusat boling. Tiba-tiba dia terganggu dengan bunyi bising dan kecoh di satu corok di pusat boling itu. Alangkah terkejutnya dia, apabila melihat kawannya itu dalam keadaan tidak terurus, berpakaian lengkap dengan bendera Malaysia dari atas sehingga ke bawah dan membuat bising. Ketika itu, hidupnya sudah tunggang langgang dan tidak lagi bekerja. Penyakit gilanya sudah sampai ke tahap kronik sehingga menganggu kehidupannya di kemudian hari. Khabar terakhir yang didengar pasalnya adalah dia telah meninggal dunia kerana lompat di hadapan lori yang sedang memandu laju. Itupun kerana ketika remaja dia selalu melompat di belakang bas dan mencapai tangganya untuk menuju ke sesuatu destinasi. Kali ini dia lompat di hadapan lori untuk tahu apa yang akan terjadi jika dia melakukannya.

“So now if I have friends that is very brilliant but irritates me, I feel fine because I know where he or she is heading to,”katanya sebagai penutup bicara.

gila1

Sekarang kita melihat pula soal gila dalam simpulan bahasa Melayu. Gila talak, gila judi, gila kuasa, gila perempuan, gila seks, gila bola, gila kerja, dan macam-macam gila lagi yang diletakkan di hadapan perkataan-perkataan lain untuk menggambarkan aktiviti yang terlebih-lebih atau ekstrem. Jadi, kita menggunakan ayat ini yang bersesuaian dengan kelakuan mereka yang ketika itu keterlaluan,terlampau dan bercanggah dari norma tindak-tanduk masyarakat biasa. Gila yang diletakkan pada perkataan lain ini menunjukkan sesuatu yang terlampau-lampau,sehingga mendahului kepentingan lain. Walaupun mereka-mereka yang digelarkan perkataan sebegini adalah orang-orang biasa yang belum pernah menjadi “graduan” Rumah Bahagia atau Tanjung Rambutan, tetapi perlakuan mereka ketika dalam cabang gila mereka itu memang kelihatan seperti orang gila. Iyalah, kalau yang gila berjudi itu sampai sanggup berjaga pagi semata-mata untuk berjudi, tak balik rumah dua,tiga hari sebab memuja nombor untuk ditikam, pukul anak bini sebab nak kan duit untuk berjudi.

2144688806_75387d5567Secara saintifik gila sebenarnya berpunca kerana bendalir kimia di dalam otak yang tidak stabil atau seimbang. Namun, dari apa yang kita boleh lihat kalau seseorang itu terlalu menumpu, fanatik,radikal, pada sesuatu cabang hidupnya sehingga tidak ambil tahu soal-soal sekeliling, kelakuannya juga seperti orang gila. Mulalah tidak seimbang sistem hidupnya sehingga apa yang dilihatnya hanya suatu perkara yang ditumpukannya itu. Gila..gila..gila..sehingga kalau boleh apa yang benar dan rasional mahu dinafikannya untuk menegakkan falsafah hidupnya itu.

Seperti yang kita lihat tindakan gila satu parti politik ketika pilihanraya Permatang Pauh yang memukul jurugambar-jurugambar dan wartawan yang sedang melakukan kerja mereka kerana pada anggapan mereka, jurugambar-jurugambar ini sekadar pengacau dalam melaksanakan dasar mereka. Begitu juga mereka yang terlalu gila politik sehingga Universiti dan Agama juga mahu dipolitikkan dan menjadi agenda politikus mereka. Tak ketinggalan, individu yang mengamuk dan bom diri sendiri kerana terlalu fanatik dengan jihadnya sehingga mengorbankan orang-orang sekelilingnya yang tidak berdosa. Inilah terjadi bila dah terlampau gila politik, gila jihad, gila kuasa sangat! Ketika bertindak sedemikian, orang-orang gila tidak ingat apa yang dilakukannya kerana hilang pertimbangan dan tidak waras!

funnyface2Apa yang kita lakukan apabila melihat orang-orang gila ini? Kita akan menjauhinya dan tidak membuang masa untuk menasihati mereka kerana kita tahu yang orang-orang gila ini kalau kita cakap macam mana pun dia akan mengatakan yang mereka juga benar. Siapa nak mengaku diri gila kan? Jadi bagi kita yang insyaallah normal ini, jadikanlah ini panduan dalam mengenalpasti individu-individu yang sakit jiwa dalam hidup kita. Dengan ini kita dapat memaafkan tindakannya yang tidak waras ketika itu kerana dia insan-insan yang bermasalah yang memerlukan bantuan kita untuk ditunjukkan jalan benar. Maka, jadikan panduan pensyarah dan simpulan bahasa Melayu tadi, bila individu itu terlampau-lampau KHUSYUK dalam sesuatu perkara dalam hidupnya dan kemudian diteruskan dengan menyakiti hati atau mencederakan orang-orang sekeliling, berhati-hatilah kerana mungkin orang ini tergolong dalam orang-orang gila.

P/s : Saya gila-gila jer~

Satu Respons to “Gila : Bila Dah Terlampau-lampau”

  1. farizbakar Says:

    x gila pertahankan uitm. tp yg gila berdemo x tentu arah mcm lembu(cow madness). si MB khalid tu bukan ada autoriti nk amend perlembagaan yg termaktub uitm ni utk bumiputera. demo cuma menambahkan sifat perkauman. xberdaya saing. kes uitm ni sbnrnya lebih kepada khalid(PKR) vs ibrahim abu shah(UMNO). yg jd mangsa, budak2 uitm.

Your comment will reflect your IQ, so it better be wise. Anything that contain harsh word will automatically be sent to spam. TQ Wordpress. U make my day! Hehe! -Sabar itu Separuh Dari Iman-

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s